Dalam kesibukan suasana pilihanraya, saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD meneruskan aktiviti-aktiviti belia dan kemasyarakatannya dengan menghadiri pelbagai program. Antaranya terlibat dalam menjadi moderator Bengkel Evaluasi Masalah Sosial Remaja anjuran Biro Pembangunan Sosial ABIM, menyertai delegasi Islamic Outreach ABIM (IOA) ke Singapura melawat pertubuhan dakwah di sana seperti Darul Arqam, Jamiyah, Masjid Sultan dan berkesempatan menemui dengan Timbalan Mufti Singapura iaitu SS Ustaz Fatris Bakaram yang masih muda.
Selain itu saudara Jufitri juga mengetuai lawatan ke Institut Kajian Oksidental (IKON) UKM sehingga GPTD dianggap sebagai "Friend of IKON". Saudara Jufitri juga menghadiri penutup program anjuran International Youth Centre (IYC) dan World Assembly of Youth (WAY) di Melaka yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka.
Sementera itu juga, saudara Jufitri turut dijemput menjadi panel Program Persediaan Mahasiswa Dinamik (Persada) di Kuala Pilah anjuran Pkpim. Pada kesempatan tersebut beliau telah menekankan persaingan global yang harus dihadapi oleh bakal mahasiswa di mana mereka terpaksa bersaing sesama individu di seluruh dunia di pentas terbuka. Sudah pasti persaingan ini amat sengit dan hanya yang bersedia sahaja akan berjaya. Untuk menghadapi cabaran tersebut, mereka harus 1.) be the first, 2.) be different dan 3.) continuously strive dalam apa sahaja bidang yang diceburi.
Saudara Jufitri juga telah menerima di sekretariat dua kunjungan mahasiswa daripada UIA dan UPM yang telah diberikan taklimat mengenai ABIM dan GPTD.
Saudara Jufitri juga turut serta dalam Mesyuarat Biro Antrabangsa ABIM dan Penyelaras Kawasan GPTD (Peka) yang telah membincangkan gerak kerja di peringkat antarabangsa yang antara lain memfokuskan kepada beberapa aspek gerak kerja iaitu Muslim Professional Alliance, Nusantara Peace Committee, World Congress of Muslim Philanthropy, World Council of Muslims for Interfaith Relations (WCMIR), Union of NGOs In The Islamic World (UNIW) dan World Assembly of Muslim Youth (WAMY).
Akhir sekali, saudara Jufitri yang juga selaku Naib Dipertua ABIM Rembau turut berkesempatan menghadiri 2 program anjuran ABIM Rembau iaitu menjadi pengadil untuk perlawanan futsal dan memberikan ceramah motivasi remaja dalam program Perasmian Tadarus Al-Quran dan Akademik.
Tuesday, March 18, 2008
Pengerusi GPTD Di Sana Sini 2
5:25 PM