Thursday, June 02, 2005

Khidmat Sosial dan Kajian Ketamadunan di Kemboja dan Turki



KEMBOJA

Mohd Ridzuan yusof
Anas Jaafar
Rasunah Abd Hamid
Norhidayah Ismail

Laporan hari pertama (31 mei 2005)


- Bertolak dari Malaysia pada jam 9.30
- Selamat sampai di kemboja pada jam 10.30(waktu di kemboja)
- disambut oleh Dr. sos mohsein, Dr sulaiman, dan karim / terus selesaikan urusan di kastam.
- Sos mohsein membawa kami ke pejabat mufti, di mana tempat penginapan pertama kami di kemboja.
- Diperkenalkan dengan beberapa staf yang bekerja di pejabat mufti, antaranya raihan fudly, rozali,
- Berehat pada jam 11.00 dan dijamu dengan nasi ayam kemboja.
- Jam 2.00 petang, kami telah dibawa ke kedutaan. Alhamdulillah sambutan terhadap program menggalakkan.
- Pulang pada jam 4.30, sempat singgah di salah sebuah pasar disini untuk "survey" tempat untuk pertukaran wang
- Sampai di pejabat, anas dan wan telah diajak untuk pergi bersiar di sekitar Bandar Phnom Penh dengan menaiki motorsikal
- Jam 7.30,bersiap untuk berjumpa dengan mufti, sos mohsein, wakil mahasiswa Islam, serta pegawai-pegawai pejabat mufti ( mereka menghadiri dialog antara agama pada sebelah pagi) bagi membincangkan tentang perjalanan program dan aktiviti yang boleh dilakukan disana,
- Terdapat beberapa aktiviti yang perlu dirombak.

Tambahan:
-Disini kami menerima sms, panggilan telefon, sms YM dari Malaysia, tetapi kami tidak dapat menghubungi keluar melalui telefon bimbit.


TURKI

Najmuddin Mohd Nawi
Mujahed

HARI PERTAMA (27 MEI 2005 / 18 RABIUL AKHIR 1426)

Bertolak dari Anjung Rahmat jam 6.00 pg
Berlepas dari KLIA jam 9.00 pagi dengan menaiki pesawat Airbus A330-200 Malaysia Airlines
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Attaturk, Istanbul jam 3.00 ptg waktu tempatan; suhu 23C (8.00 mlm waktu Malaysia)
Selesai urusan di kaunter imigresen & mengambil bagasi jam 3.40 ptg
Disambut oleh Sdr. Ersin & Sdr Mustafa
Tuan Presiden, En Ahmad Azam & Sdr. Hilmi dibawa ke Hotel (laporan selanjutnya sila rujuk Sdr Hilmi)
Najmuddin & Mujahedd dibawa ke Persatuan Solidariti Sosial dan Ekonomi Negara-negara Pasifik (PASIAD) dan diperkenalkan dengan staf PASIAD
Kami dijamu dengan makanan Turki di restoran Bezm-i Alem
Solat jama’ taakhir Asar & Zuhr di musolla bangunan pejabat PASIAD
Jam 5.30 petang, beramah mesra dengan ahli Lembaga Pengarah PASIAD, Sdr. Ferhan Merter di pejabat pengarah
Jam 6.30 ptg, kami dibawa ke apartmen oleh Sdr Salih dari Zamboanga City, Filipina. Beliau hadir ke Istanbul untuk mengikuti kursus bahasa Turki selama setahun. Kami dimaklumkan jarak Masjid Sultan Ahmet (Masjid Biru) hanya 30 minit berjalan kaki dari tempat kami (+ 2km).
Kami makan malam jam 10.30 malam dan tidur pada 11.30 malam (suhu 15C)
Waktu solat:
Subuh : sekitar 4.00 – 4.10 pagi

Zuhur : sekitar 1.00 – 1.15 tgh hari

Asar : sekitar 5.00 ptg

Maghrib : 8.30 mlm

Isyak : 10.00 mlm


HARI KEDUA(28 MEI 2005 / 19 RABIUL AKHIR 1426)

4.00 pg: Bangun & Solat subuh
9.30 pg: Bergerak ke PASIAD untuk sarapan & berbinang dengan Sdr Ismail
10.00 pg: Berbincang dengan Sdr Ismail mengenai GPTD Turki dan PASIAD
Bersarapan bersama staf PASIAD
Mengemaskini weblog GPTD Turki dan menghantar laporan kepada Penasihat, Penyelaras, dan yahoogroups GPTD & PKPIM
2.00 ptg: dibawa oleh Sdr Ismail menaiki komuter dari Haseki ke Sultanahmet [Laluan: Haseki-Yusufpasa-Aksaray-Laleli Universitesi-Beyazit Kapalicarsi-Cemberlitas-Sultanahmet]
+15 minit kemudian tiba di Masjid Sultan Ahmet (Masjid Biru). SubhanaLlah! BESARNYA MASJID!!!
Solat jama’ Zuhur-Asar dan melawat sekitar Masjid Biru
Melintasi Haiga (Aya) Sofya untuk ke Istana dan Muzium Topkape (Topkapi)
Melawat dewan yang menempatkan barangan peribadi Rasulullah S.A.W. (tapak kaki Rasulullah, helai janggut, jubah, gigi yang patah, cap mohor, surat asal Baginda kepada pembesar Qibti, 2 bilah pedang Baginda, busur panah & sarung); pedang: Ja’far ath-Thoyyar r.a., Uthman bin Affan r.a., Khalid al-Walid r.a., Abal-Husin r.a.; kunci Kaa’bah (zaman Rasulullah dan yang kemudian); sebahagian pintu Kaabah (zaman Rasulullah); pemegang / sarung Hajar al-Aswad (diwujudkan ketika zaman Daulah Uthmaniyyah); replika Qubah as-Sakhra (hadiah ulangtahun keputeraan kepada Sultan Abdul Hamid II daripada Patriarch Jerusalem)
+5.00 ptg tiba di PASIAD
Bersiar-siar di sekitar apartment sehingga ke Masjid Jamek Hirkai Sharif
Solat jama’ Maghrib-Isya’ di apartment & makan malam

HARI KETIGA (29 MEI 2005 / 20 RABIUL AKHIR 1426H

Bangun & solat subuh.Kemaskini laporan
Bantu Sdr Salih & Sdr Ismail sediakan sarapan
12.45 tgh hr: keluar daripada apartment
+1.30 tgh hr: tiba di stesen komuter Eminonu [Laluan: Yusufpasha-Aksaray-Laleli Universitesi (Universiti)-Beyazit Kapalecharshe (Kapalicarsi)-Chemberlitash (Cemberlitas)-Sultanahmet-Gulhane-Sirkeci-Eminonu]
Solat Zuhur & Asar di Masjid Jamek Baru (Yeni Cami)
2.15 ptg: tiba di pelabuhan feri Eminonu (Selat Bosphorus)
3.30 ptg: feri memulakan perjalanan menyelusuri Selat Bosphorus (Bosphorus Tour)
Berkenalan dengan beberapa orang kenalan baru; ucapan penganjur; persembahan kebudayaan: Thailand; makan tengah hari
7.00 ptg: Kembali ke pelabuhan Eminonu
7.10 ptg: Menaiki komuter pulang dari stesen Eminonu ke Haseki
7.40 ptg: Tiba di apartment
8.10 mlm: Sdr Hendri (Indonesia) tiba dari lapangan terbang
10.00 mlm: Makan malam
11.00 mlm: Perbincangan mengenai borang soal selidik & strategi mengumpul maklumat


HARI KEEMPAT (30 MEI 2005 / 21 RABIUL AKHIR 1426)

Bangun & solat Subuh. Hari kedua tidur tanpa selimut, nampaknya saya sudah semakin biasa dengan keadaan di sini.
Kami masih tidak mendengar kabar dari cik azam dan abg hilmi walaupun jarak dipisahkan hanya sejauh 500 m. Mereka akan bersama kami pada 31hb.
10.45 tiba di pejabat PASIAD dan terus mengemas kini laporan, check email dan sempat bertanya kabar kepada sahabat di Malaysia menggunakan Yahoo Messenger.
Hari ini kami di maklumkan Bro. Ayub akan menemani kami melawati beberapa tempat di Turki. Bro. Ayub adalah pelajar Turki yang menuntut di UIA.
Bro. Ayub tiba pada jam 2.25 ptg (waktu Turki) dan membawa kami ke Money changer dan terus menaiki bas ke Ayub Sultan dari Aksaray.
Solat zohor di Masjid Ayub Sultan, masjid yang penuh sejarah. Dikatakan oleh penduduk tempatan masjid ini mempunyai kelengkapan mengesan gempa bumi pada zaman pemerintahan Uthmaniyyah.
Selepas solat kami sempat melawat makan Ayub Sultan sebelum makan tengah hari
Melawat beberapa tempat di sekitar Ayub Sultan termasuk bazaar di sana. Kami semapat membeli beberapa buah buku menarik.
5.25 ptg kami kembali ke Masjid Ayub Sultan untuk solat asar. Di Turki, kebanyakkan masjid masih mengekalkan tradisi lama, yakni berzikir beramai-ramai.
5.40 kami kembali ke Aksaray menaiki bas dan dari Aksaray berjalan kaki ke Beyazit Kapalecarshe (Bazar berbumbung bayazit).
Kami tidak sempat masuk ke bazar tersebut kerana kekurangan masa. Hanya sempat menghabiskan masa di bazar berdekatan dengan Istanbul Universitesi.
Jam 7.25 : sampai di tempat menginap (apartment).
Malam nie kami makan nasi yang dimasak melalui rice cooker yang di bawa oleh mas Hendri dari Indonesia. Di sini memang susah nak mendapatkan sebuah rice cooker.
Solat maghrib bersama pada jam 8.40
11.10 mlm : update laporan sambil mendengar ceramah dari anak murid said nursi