
Oleh: Jufitri Joha Ar Rembawi. Atas semangat untuk melahirkan sukarelawan muda yang adventurous dan tahan lasak, Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD)dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengorak langkah menghantar seorang sukarelawan muda ke Hobart, Tasmania iaitu satu wilayah di selatan Australia. Sukarelawan muda yang dimaksudkan itu ialah saudara Noryzal Zainal Abidin. Tujuan penghantaran beliau ke sana adalah untuk membantu kerja-kerja...