Showing posts with label jemputan. Show all posts
Showing posts with label jemputan. Show all posts

Monday, January 31, 2011

Seminar Baldatun Toyyibah: Model Uthmaniyyah (P.U.M.)

24 Safar 1432 (29.01.11), Universiti Malaya - S.U.A. GPTD merangkap Ketua Grup GPTD Turki, telah menghadiri "Seminar Baladatun Toyyibah II: Model Uthmaniyyah" anjuran Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) Cawangan Selangor.

Seminar ini merupakan yang kedua selepas penganjuran siri yang sama membentangkan Model Andalusia.

Sebanyak 9 kertas kerja yang dibentangkan oleh 8 pembentang merangkumi jatuh bangun kerajaan Osmanlı, perkembangan fiqh di zaman tersebut, aspek kewarganegaraan dan ekonomi.

Kertas kerja yang dibentangkan amat baik untuk dijadikan rujukan bagi mereka yang berminat mendalami pengetahuan berkenaan kerajaan Osmanlı, khususnya penggerak GPTD Turki.
[Baca selanjutnya]

Friday, January 14, 2011

Forum bersama para pelajar SMAP Labu


Labu, 8 Januari 2011 - Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL), Negeri Sembilan telah menjemput Sdr Muhammad Suhail Ahmad, Presiden GPTD dan Sdr Amidi Abdul Manan, Timbalan Presiden ABIM sebagai panelis untuk forum bertajuk "Hamba dan Khalifah: Di Mana Kita?" bertempat di sini.


Forum yang dilaksanakan sempena program motivasi pelajar selama tiga hari anjuran mahasiswa IPTA yang sebahagiannya merupakan alumni SMAPL ini telah mendapat perhatian Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEP), En Abdull Samat Othman yang turut hadir dalam majlis berkenaan.


Tajuk "Menghayati Konsep Hamba dan Khalifah menerusi Kerja Kesukarelawanan" yang dibentangkan Presiden GPTD mengajak para pelajar untuk merenung dan berfikir bagaimana untuk menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain.

Penekanan diberikan terhadap kepentingan mengambil tahu dan peka tentang perkembangan semasa di sekeliling kita. Setelah itu, apakah tindakan kita selaku khalifah yang seharusnya berperanan membantu mengatasi atau memperbaiki situasi berkenaan sedaya mungkin.

Para pelajar yang merupakan aset utama dalam memimpin negara pada masa akan datang adalah wajar didedahkan dengan perkara-perkara yang berlaku di sekitar mereka agar kesedaran mengambil berat kepentingan masyarakat dapat disemai sejak awal lagi.

Justeru, En Abdull Samat turut menyeru agar lebih banyak program dan aktiviti susulan dapat dibuat bagi memastikan para pelajar dilengkapkan dengan kemahiran sosial selain menimba ilmu di sekolah.

Dengan penglibatan organisasi luar khususnya penggerak yang merupakan alumni SMAPL, kegemilangan kepemimpinan di peringkat pelajar dapat digiatkan semula standing dengan pencapaian akademik yang cemerlang.