25 Mei 2015,Kuala Lumpur- Relawan DG Nilai, saudara Khairuzzaman Wafa telah berangkat ke Pulau Kokos Australia selama 2 minggu bermula pada 24.05.2015 hingga 7.06.2015 sebagai pegawai perhubungan untuk pengambaran di Cocos (keeling) Islands Australia bersama krew TV al-Hijrah yang akan ditayangkan pada bulan Syawal nanti.
Dalam masa yang sama untuk mengukuhkan jaringan & ukhwah dengan komuniti setempat. Didoakan semoga misi dapat dijayakan dengan cemerlang.
4 comments:
assalamualaikum,boleh berkongsi bagaimana pengangkutan/perjalanan ke pulau cocos atau pulau krismas?
terima kasih
Waalaikumsalam.
Terima kasih Cik Puan Saodah Rusli kerana bertanya. Untuk ke Pulau Kokos @ Pulau Krismas, puan perlu menaiki kapal terbang ke Perth, Australia. Dari Perth, ambil penerbangan domestik ke Pulau Kokos.
Assalamualaikum... saya ingin pergi ke pulau kokos selama 5 hari... jadi nya saya ad beberapa soalan yg ingin saya tanyakan...
1. Berapakah jumlah perbelanjaan kewangan untuk pengangkutan bermula dari KLIA ke Perth dan dari perth ke Pulau Kokos???
2. Disana ada makanan yg halal disediakan atau kita yg kene bawa makanan sendiri??
3. Untuk penginapan pula, dimanakah yg sesuai untuk kami menginap disana selama 5 hari??
4. Apakah ianya cabaran yg sangat mencabar apabila menghadapi suasana di pulau kokos itu nanti???
akhir sekali, mohon bantuan pihak tuan untuk memberi maklumat kepada saya agar mudah untuk saya pergi ke sana untuk berprogram... sekian... terima kasih...
Post a Comment