28 Februari 2015, Kuala Lumpur- Telah berlangsungnya satu konvensyen ketamadunan dunia yang dianjurkan pada 28 Februari bertempat di Auditorium Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Konvensyen yang bertemakan "Menjejaki Kegemilangan Tamadun Melayu" ini telah membuat persiapan yang amat rapi dan terdapat seramai 50 orang sukarelawan telah berkhidmat bagi menjayakan konvensyen yang gilang gemilang ini.
Seramai empat orang panel telah membentangkan hasil kajian mereka di konvensyen ini. Antara panel tersebut adalah:
1) Puan Zaharah Sulaiman adalah seorang pakar IT dan merupakan penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia.
2)Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail merupakan pakar dalam bidang Falsafah dan Sejarah Matematik di Universiti Malaya.
3)Dr. Mohamammad Alinor Abdul Kadir merupakan pensyarah sains matematik di Universiti Kebangsaan Malaysia dan bergiat aktif sebagai Setiausaha Agung Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)
.4)Datuk Dr. Haji Awang Sariyan merupakan Ketua Pengarah DBP yang pernah menjadi Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Republik Rakyat China, yang berpangkalan di Beijing.
Sekiranya anda terlepas mengikuti KKD 1.0 yang telah diadakan ini, bolehlah mendapatkan DVD berharga RM15 dan Audio CD pula hanya RM10 sahaja. Disamping itu juga,ketika berlangsungnya konvensyen ini, terdapat juga pameran dan perkongsian khas daripada En.Jamalullail iaitu dari By Road to Malaysia.
Turut diadakan juga majlis Malam Anugerah Relawan pada malam berlangsungnya konvensyen ini.
Para Relawan bertungkus lumus membuat persediaan bagi menjayakan konvensyen ini |
0 comments:
Post a Comment