22 Oktober 2014, Gombak - satu pertemuan telah diadakan bersama dengan Tuan Haji Khaludeane Azoor, Presiden Persidangan Melayu Sri Lanka (COSLAM) di Lantai Tiga. Tuan Azoor juga telah menjadikan rakan perhubungan GPTD sejak tahun 2004 lagi.
Antara yang dibincangkan ialah program-program kerjasama yang boleh dijalankan terutamanya dalam mengembalikan jati diri Melayu seperti kem bahasa Melayu dan sebagainya.
GPTD juga berhasrat untuk menghantar lebih ramai relawan ke Sri Lanka sebagai pusat latihan dan khidmat bakti kepada masyarakat Melayu Islam khasnya.
Tuan Azoor juga sempat menceritakan kehidupan muslim Sri Lanka sekarang. Turut hadir Sdr Akmal, projek pertama Sri Lanka (2004) dan Puan Ain Najwa, Ketua grup GPTD Sri Lanka (2008).
0 comments:
Post a Comment