Seremban, 10 Julai 2014 - Relawan senior GPTD Cocos Island iaitu Saudara Kamarul Arifin Wafa telah mengendalikan induksi buat para relawan baru yang akan meneruskan misi Rahmatan lil-'Alamin (khidmat sosial dan sosio-budaya) di Cocos Island Australia selama sebulan mulai 15/7/2014.
Para relawan GPTD yang akan menyambung misi khidmat sosial dan kajian sosio-budaya di Cocos Island Australia sempat meluangkan masa bersama pengasas GPTD iaitu Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman dan Pengerusi GPTD iaitu Saudara Jufitri Bin Joha.
Maka secara rasminya, pertemuan ini melengkapkan sesi induksi para aktivis sebelum mereka meneruskan misi rahmatanlil 'alamin ini.
Jaringan dan perhubungan antara GPTD dengan masyarakat Melayu Cocos Island telah terbina sejak tahun 2004.
0 comments:
Post a Comment