123

Thursday, July 31, 2014

Salam Aidilfitri & Eid Mubarak

Dikesempatan ini, kami di GPTD ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu. (Riwayat Ibnu Majah)تقبل الله منا...

Monday, July 21, 2014

Kuliah Ramadhan & Iftar Perdana GPTD Menarik

Gombak, 20 Julai 2014 - Telah berlangsung Kuliah Ramadhan & Iftar Perdana yang disampaikan oleh Imam Muda Pulau Kokos, Ustaz Shazni di Lantai Tiga, GPTD. Ustaz Shazni bercerita keunikan pengalaman menikmati bulan ramadhan & syawal di Pulau Kokos, Australia. Masyarakat Melayu di sana berpuasa disamping masih mengamalkan amalan-amalan datuk nenek mereka yang kebayakkan bercanggah dengan ajaran Islam. Oleh itu ia menjadi satu cabaran...

Tuesday, July 15, 2014

Relawan GPTD berangkat ke Pulau Kokos, Australia

Sepang, 15 Julai 2014 - Telah berangkat seramai 5 orang relawan GPTD dalam misi Rahmatan Lil A'lamin untuk projek khidmat Masyarakat & kajian sosio budaya masyarakat Melayu/Islam di Cocos (keeling) Islands, Australia. Mereka akan berada di sana selama sebulan menjalankan aktiviti sepanjang Ramadhan dan Aidilfitri bermula 15/7/2014 hingga 1/9/2014. Turut mengiringi mereka relawan senior GPTD Pulau Kokos, Sdr Kamarul Ariffin ke lapangan...

Monday, July 14, 2014

STEADFAST UIAM kunjungi GPTD

Gombak, 14 Julai 2014 - GPTD telah menerima tetamu daripada wakil Student Facilitator Team (STEADFAST) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak. Tujuan utama mereka ke Lantai Tiga adalah untuk mendapatkan nasihat, pendapat dan cadangan berhubung program pendidikan antarabangsa Malaysia-Kemboja yang akan mereka jalankan pada September ini. Alhamdulillah sesi perbincangan berjalan lancar dan berjaya menjuruskan fokus dengan...

Friday, July 11, 2014

Relawan GPTD Unisel ke Pattani, Selatan Thai

Pengkalan Kubur, 11 Julai 2014 - Seramai 11 relawan Grup Jejak Patani (10 dr Unisel dan 1 dr KIAST) telah merentas sempadan Selatan Thai melalui Pengkalan Kubur-Takbai dalam Misi Kembara Ramadan di Patani 3.0 tahun 2014. Misi relawan adalah menyalurkan bantuan dana kepad Badan Kebajikan Anak Yatim Tabal Takbai (AYATA) dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Nad Tanyong (PAYONG). Grup Jejak Patani (GJP) di bawah GPTD Unisel juga membawa...

Thursday, July 10, 2014

Induksi relawan ke Pulau Kokos, Australia

Seremban, 10 Julai 2014 -  Relawan  senior GPTD Cocos Island iaitu Saudara Kamarul Arifin Wafa telah mengendalikan induksi buat para relawan baru yang akan meneruskan misi Rahmatan lil-'Alamin (khidmat sosial dan sosio-budaya) di Cocos Island Australia selama sebulan mulai 15/7/2014. Para relawan GPTD yang akan menyambung misi khidmat sosial dan kajian sosio-budaya di Cocos Island Australia sempat meluangkan masa bersama...

Wednesday, July 09, 2014

Penyerahan Sumbangan kepada GPM

Gombak, 9 Julai 2014 -  Penyerahan barangan sumbangan kepada rakan strategik kami Global Peace Mission (GPM) Malaysia berupa tudung, pakaian lelaki & wanita yg disumbangkan oleh orang ramai melalui GPTD. Sumbangan tersebut akan disalurkan projek-projek Ramadhan GPM dalam dan luar negara. Terima kasih diucapkan kepada penyumbang yang budiman. Moga diberikan limpahan rezeki olehNya....

Tuesday, July 08, 2014

GPTD Unisel adakan Majlis Iftar

Bestari jaya, 8 Julai 2014 -  Timbalan Presiden, Sdr Hakim dan Setiausaha Agung, Sdr Huzaifah mewakili GPTD Pusat telah menghadiri Majlis Iftar & Diskusi Grup (DG) bersama ahli Gptd Unisel Bestari Jaya. Majlis turut diikuti dengan Solat Terawih bersama dan perkembangan aktiviti yang dijalankan mereka. ...

Friday, July 04, 2014

Kunjungan Dari Belia Korea Selatan

7 Julai 2014, Kuala Lumpur - GPTD telah menerima kunjungan daripada International Peace Youth Group (IPYG) yang berpusat di Korea Selatan. Organisasi ini menggerakkan kempen keamanan di seluruh Korea untuk meraih persahabatan antara agama.  Kedatangannya ke Malaysia kali ini bertujuan membina jaringan bersama organisasi yang membawa mesej keamanan sejagat. GPTD turut dipelawa untuk menyertai persidangan yang bakal diadakan pada 17 -...