Tuesday, November 04, 2014

SERAHAN MISI LATIHAN LAPANGAN KE LUAR NEGARA | DG SABAH


3 November 2014, Kota Kinabalu - Telah diserahkan misi latihan lapangan ke luar negara kepada DG Sabah oleh Timbalan Presiden, sdr Hakim.

Semoga misi yang diterima berjaya dilaksanakan.

Monday, November 03, 2014

SERAHAN MISI LATIHAN LAPANGAN KE LUAR NEGARA | DG SARAWAK

2 November 2014, Kuching - Timbalan presiden, sdr Hakim telah menyerahkan misi latihan lapangan ke luar negara kepada DG Sarawak. Turut hadir mentor mereka, Puan Syafafwati.


Nampaknya mereka sangat bersemangat merancang gerak kerja setelah mendapat misi tersebut. Moga semuanya berjalan dengan baik.

SERAHAN MISI LATIHAN LAPANGAN KE LUAR NEGARA | DG BANGI & PUTRAJAYA


2 November 2014, Putrajaya - Telah diserahkan misi latihan lapangan ke luar negara kepada DG Bangi & Putrajaya yang disampaikan oleh Pen. Setiausaha, sdr Muhammad.

Semoga misi yang diterima dapat diselesaikan dengan jayanya.

Sunday, November 02, 2014

SERAHAN MISI LATIHAN LAPANGAN KE LUAR NEGARA | DG JOHOR

1 November 2014, Johor Bharu - Alhamdulillah telah diserahkan Misi Latihan Lapangan Ke Luar Negara kepada DG Johor. Misi telah diserahkan oleh Timbalan Presiden, Sdr Hakim.



Mereka juga sempat mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Masjid Bukit Indah, Nusajaya, Johor Bahru.

Semoga misi yang diterima dapat diselesaikan sebaiknya.

Tuesday, October 28, 2014

SERAHAN MISI LATIHAN LAPANGAN KE LUAR NEGARA | DG GOMBAK & DG GEORGETOWN

27 Oktober 2014, Georgetown - Tahniah kepada ahli DG Gombak atas penerimaan misi. Pertemuan telah berlangsung di Lantai Tiga dan misi telah diserahkan sendiri oleh Presiden Sdr Muhammad Suhail.

Manakala serahan misi turut berlangsung di Masjid Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Pertemuan dimulai dengan tazkirah ringkas dan sampul misi diserahkan oleh Naib Presiden 2 Sdri Puteri Nur Azwa.


Didoakan semoga misi ini berjaya dilaksanakan dengan sebaik mungkin.InshaAllah.

SERAHAN MISI LATIHAN LAPANGAN KE LUAR NEGARA | DG IPOH


26 Oktober 2014, Ipoh - Telah berlangsung pertemuan ahli DG Ipoh dengan Naib Presiden GPTD, Sdr. Najmuddin Mohd Nawi yang telah menyerahkan misi latihan lapangan ke luar negara kepada mereka.

Didoakan agar misi yang diserahkan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Hari Keluarga GPTD 2014


26 Oktober 2014, Hulu Langat - Telah berlangsung Hari Keluarga GPTD 2014 di D'Sungai Lepoh Kem, Hulu Langat bertujuan mengumpulkan ahli-ahli untuk saling mengenali lebih dekat.

Pelbagai aktiviti dijalankan dengan juadah yang dibawa peserta. 


Perkongsian Pengalaman GPTD - Pulau Kokos & Kunming


24 Oktober 2014, Gombak - Alhamdulillah selesai sudah perkongsian pengalaman misi gptd ke Kunming, China dan Pulau Kokos, Australia semalam.


Presiden mewakili GPTD telah menerima hadiah kenangan daripada grup Ar-Rayyan yang menjalani misi ke Pulau Kokos.



Terima kasih diucapkan kepada penonton online secara langsung melalui youtube yang telah memberikan maklumbalas yang baik.

Semoga relawan-relawan GPTD yang akan menyertai misi yang telah diserahkan dapat suntikan semangat daripada pengalaman para relawan ini.

Menjejak. Meneladani. Memimpin.

Monday, October 27, 2014

SERAHAN MISI LATIHAN LAPANGAN | DG SHAH ALAM & KLANG


23 Oktober 2014, Shah Alam - Tahniah diucapkan buat DG Shah Alam dan DG Klang atas penganjuran gotong royong membersihkan surau Raudhah Al-Muttaqin, Seksyen 4, Shah Alam dan Masjid Diraja Sultan Sulaiman Kampung Jawa, Klang.

Dalam pertemuan itu juga telah diserahkan misi latihan lapangan ke luar negara oleh exco Wan Ritini & Fakhri kepada ahli DG Shah Alam serta exco Nurnajihan kepada ahli DG Klang. Semoga misi ini dapat dijayakan dengan sebaik mumkin.

Pertemuan bersama Persidangan Melayu Sri Lanka

22 Oktober 2014, Gombak - satu pertemuan telah diadakan bersama dengan Tuan Haji Khaludeane Azoor, Presiden Persidangan Melayu Sri Lanka (COSLAM) di Lantai Tiga. Tuan Azoor juga telah menjadikan rakan perhubungan GPTD sejak tahun 2004 lagi.

Antara yang dibincangkan ialah program-program kerjasama yang boleh dijalankan terutamanya dalam mengembalikan jati diri Melayu seperti kem bahasa Melayu dan sebagainya.

GPTD juga berhasrat untuk menghantar lebih ramai relawan ke Sri Lanka sebagai pusat latihan dan khidmat bakti kepada masyarakat Melayu Islam khasnya.

Tuan Azoor juga sempat menceritakan kehidupan muslim Sri Lanka sekarang. Turut hadir Sdr Akmal, projek pertama Sri Lanka (2004) dan Puan Ain Najwa, Ketua grup GPTD Sri Lanka (2008).

Tuesday, October 21, 2014

PERKONGSIAN PENGALAMAN RELAWAN GPTD



Satu sesi perkongsian pengalaman relawan GPTD yang baru sahaja pulang dari negara misi masing-masing akan diadakan pada 24 Oktober 2014 (Jumaat) jam 8.00 malam bertempat di Lantai Tiga, Gombak, KL. Pada sesi kali ini perkongsian pengalaman dalam misi berikut:

1) Misi Pendidikan di Pulau Kokos, Australia; dan
2) Misi Jejak Cheng Ho di Kunming, China.

GPTD juga akan membawakan siaran langsung bagi yang jauh dan tidak dapat hadir. Boleh klik pautan http://bit.ly/gptdkongsi

Sebarang soalan boleh diajukan dalam chatbox di sebelah kanan video atau twitter dengan #gptdkongsi atau komen di facebook.com/gptdhq sepanjang program berlangsung.


Peta alamat Lantai Tiga:

Monday, October 20, 2014

Takziah atas Allahyarhamhu Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ismail b. Hussein


Ucapan takziah daripada saf kepemimpinan GPTD kepada ahli keluarga, waris dan kenalan (khususnya ahli GAPENA) Allahyarhamhu Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ismail b. Hussein yang telah pergi bertemu Rabbul Jalal malam tadi.

Penasihat GAPENA ini adalah seorang tokoh yang konsisten memperjuangkan bahasa, budaya dan persuratan Melayu.

Didoakan agar ruhnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama para solihin.

Al-Fatihah.

Sunday, October 19, 2014

Mentor Grup Melayu ziarah Imam Pulau Krismas


19 Oktober 2014, Melaka - Baru-baru ini, mentor Grup Melayu (Australia) telah menziarahi Imam Ghaffar yang baru selesai menunaikan ibadah haji.

Beliau singgah ke kampung asalnya, Melaka sebelum bertolak pulang ke Pulau Krismas. 

Hubungan erat yang terjalin sejak tahun 2002 bersama komuniti Melayu Pulau Krismas dan Pulau Kokos Australia masih berterusan hingga kini. 

Dan permintaan mereka atas penempatan relawan GPTD di sana masih tinggi. Kami juga serius dalam melatih relawan agar mereka sedia untuk ditempatkan di pulau-pulau ini kelak.

Semoga jaringan ini berterusan demi meneruskan misi rahmatan lil 'alamin.

Relawan GPTD selesai misi di Pulau Krismas, Australia


19 Oktober 2014, Sepang - Mentor Grup Melayu (Australia), Sdr. Kamarul Ariffin telah menyambut kepulangan Ustaz Azhar di KLIA. 

Ustaz Azhar telah dihantar oleh ABIM Negeri Sembilan dan GPTD ke Pulau Krismas Australia bagi membantu pengajaran agama kepada para pelajar dan masyarakat di sana untuk tempoh sebulan.

Penghantaran misi ini adalah atas permintaan masyarakat tempatan khususnya Imam Ghaffar yang tiada di Pulau Krismas kerana mengerjakan ibadah haji.


Saturday, October 18, 2014

Program Motivasi di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh


18 Oktober 2014, Ipoh - GPTD telah dijemput bagi mengisi Program Motivasi untuk kepemimpinan Akademi Al-Fateh di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh Perak petang tadi. Semoga pengisian yang diberikan memberi sedikit sebanyak inspirasi buat para pemimpin. 


Pihak GPTD juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian menjemput GPTD. 

Friday, October 17, 2014

Union of Youth Federations of Cambodia (UYFC) kunjungi GPTD


17 Oktober 2014, Gombak - GPTD telah dikunjungi oleh delegasi Union of Youth Federations of Cambodia (UYFC) yang diwakili oleh 8 orang pemimpin belia dengan hajat untuk bekerjasama dengan kami.

Dalam sesi pembentangan oleh Presiden GPTD, beberapa peluang dan ruang telah dikongsikan bersama.


Antara lain, GPTD dipelawa memperkenalkan model pembangunan belia GPTD kepada belia Kemboja. Justeru, mereka akan merangka suatu konvensyen belia Kemboja untuk tujuan tersebut.

Selain itu, GPTD juga telah bersetuju menerima UYFC sebagai rakan strategik kami di Kemboja.

Tuesday, October 14, 2014

Bengkel khas bersama Penasihat Sejarah GPTD



14 Oktober 2014, Gombak - Telah diadakan bengkel khas bersama Penasihat Sejarah GPTD iaitu Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam membincangkan buku "Ilmu Sejarah: Falsafah Pengertian, Kaedah dan Pensejarahan" karangan Muhd. Yusof Ibrahim, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Sesi yang berlangsung hampir 3 jam itu berfokus pada aspek Falsafah Pengertian Sejarah serta menjelaskan tentang apa itu sejarah serta mengapa sejarah perlu dihayati.

Sunday, October 12, 2014

Tenaga pengajar Kursus Bahasa Turki GPTD pulang ke Turki



12 Oktober 2014, Sepang - GPTD sempat menghantar petugas Yayasan Hayrat iaitu Hocam Celil Akar pulang ke Turki di Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia (KLIA).

Untuk pengetahuan, beliau merupakan satu-satunya tenaga pengajar Kursus Bahasa Turki GPTD. Maka secara rasminya kami di GPTD terpaksa menghentikan kursus ini buat sementara waktu. 

Kami mengucapkan jutaan terima kasih dan mendoakan agar Hocam Celil Akar terus sukses di sana!

Friday, October 10, 2014

Pengerusi GPTD dinobatkan Tokoh Belia ASEAN 2014



10 Oktober 2014, Brunei - Sdr. Jufitri Joha, Pengerusi Majlis Syura GPTD telah dinobatkan sebagai Tokoh Belia ASEAN 2014 di Brunei Darussalam. 

Tahniah diucapkan. Semoga terus sakti dalam mendepani kerja belia di dalam dan luar negara.

SERAHAN MISI LATIHAN LAPANGAN | DG UNISZA GONG BADAK


10 Oktober 2014, Gong Badak - Saudara Huzaifah selaku wakil daripada Exco GPTD Pusat telah menyerahkan misi lapangan ke luar negara kepada ahli DG UniSZA Kampus Gong Badak, Terengganu. 


Moga dengan kehadiran Mentor baru iaitu Saudari Balqis akan melancarkan lagi gerak kerja misi tersebut.

Tuesday, October 07, 2014

SERAHAN MISI LATIHAN LAPANGAN | DG UNISZA TEMBILA



7 Oktober 2014, Besut - Saudari Arina selaku Exco Keahlian GPTD telah menyerahkan misi latihan lapangan kepada ahli DG Unisza Kampus Tembila. Mereka berasa sangat teruja menerima misi yang diberikan. 

Semoga misi berjaya dilaksanakan dengan baik.

SERAHAN MISI LATIHAN LAPANGAN | DG MELAKA



7 Oktober 2014, Melaka - Mentor DG Melaka, Presiden GPTD sendiri telah menyerahkan misi latihan lapangan ke luar negara 2014 kepada ahli DG Melaka.

Semoga misi yang diserahkan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Monday, October 06, 2014

SERAHAN MISI LATIHAN LAPANGAN | DG KELANTAN


6 Oktober 2014, Kota Bahru - Alhamdulillah, selesai sudah pertemuan dengan ahli Diskusi Grup (DG) Kelantan. Misi latihan lapangan ke luar negara 2014 juga telah diserahkan kepada mereka. Didoakan semoga misi ini akan mencapai matlamatnya. Semoga berjaya!

Saturday, October 04, 2014

Siri Diskusi Terjemahan Kitab Risalah An-Nur bakal diadakan


3 Oktober 2014, Kajang - Telah diadakan perbincangan gerak kerja teknikal dalam menjayakan 10 Siri Diskusi Terjemahan Kitab Risalah An-Nur yang akan dianjurkan oleh Yayasan Hayrat dan Pemikir An-Nur dengan kerjasama GPTD. 


InsyaAllah Siri ini akan dibuka kepada umum yang berumur antara 18-40 tahun, bertempat di Pusat Pemikir An-Nur, Seksyen 8, Bangi dan dijangka bermula pada pertengahan Oktober ini.

Cadangnya diadakan pada setiap Sabtu dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari atau setiap Khamis jam 9.00 malam hingga 11.00 malam.

Wednesday, October 01, 2014

Ahli GPTD sambung pengajian di Bandung



30 September 2014, Sepang - Presiden GPTD sempat menghantar Saudara Azri, ahli GPTD warga Pulau Kokos, Australia ke KLIA2 untuk menyambung pengajian ijazah di Institut Agama Islam Latifah Mubarokiyah, Tasik Malaya, Bandung, Indonesia dalam jurusan Dakwah dan Penyiaran.

Azri telah diamanahkan untuk meneroka sejarah Islam di Indonesia khususnya melibatkan jasa besar Wali Songo.

Kami mendoakan agar pengembaraan ilmu ini bakal menjadikannya seorang pendakwah yang bakal menyerlah di bumi Australia sekembalinya ke tanah kelahirannya.

Sunday, September 28, 2014

GPTD buka pameran di Shah Alam



28 September 2014, Shah Alam - GPTD telah membuka pameran dalam Seminar Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti di Kompleks Karangkraf, Shah Alam. Masih berkesempatan bagi yang ingin hadir ke sini.


GPTD juga diberi peluang untuk berkongsi pengalaman & aktiviti kepada peserta yang hadir sebelum program bermula.




Tuesday, September 23, 2014

Ziarah Tokoh (ZiTo) bersama Dr Mohamad Alinoor



23 September 2014, Kajang - GPTD telah mengadakan Ziarah Tokoh(ZiTo) bersama Dr Mohamad Alinoor Bin Abdul Kadir di Akademi Kajian Ketamadunan, Kolej Darul Hikmah,Kajang.

Antara tujuan utama ziarah adalah untuk mendapatkan maklumat dan pandangan tentang Melayu di Madagascar bagi projek yang akan GPTD laksanakan. Beliau turut berkongsi maklumat berkaitan Melayu Nusantara.

Selain itu, beliau juga memberi kaedah bagaimana menghasilkan kajian yang baik dan berkesan.



Sunday, September 21, 2014

Program Cuti Sekolah meriah

20 September 2014, Gombak - Telah berjalan program Cuti sekolah GPTD 2014 selama seminggu yang dibahagikan kepada dua prgram iaitu Cuti Sekolah @ Lantai Tiga dan Keluar Pagi Balik Petang.  


Terima kasih kepada semua peserta yang menyertai memberikan kerjasama yang baik sekali.

Terima kasih juga kepada ibu bapa yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk menjalankan aktiviti bersama anak-anak.

Terima kasih kepada semua relawan yang memberikan komitmen sepanjang program. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

Harapan kami program ini tidak berakhir di sini. Antara objektif kami menjadikan Lantai Tiga satu pusat hentian kepada adik-adik untuk dijadikan tempat belajar, berehat, mengulangkaji pelajaran dan sebagainya. Kami juga menjemput semua yang berkelapangan ada masa jangan malu jangan segan datang ke sini.

Moga segala usaha dilakukan semua pihak sentiasa mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Sunday, September 07, 2014

Selamat Hari Lahir Presiden GPTD

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Presiden GPTD, saudara Muhammad Suhail Ahmad.

Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan tuan presiden sekeluarga. Moga sentiasa terus sakti dalam meneruskan misi rahmatan lil alamin.

Saturday, September 06, 2014

Relawan GPTD ke Pulau Krismas


5 September 2014, Sepang - Telah berangkat seorang lagi relawan GPTD ke Pulau Krismas, Australia bagi melaksanakan misi rahmatan lil alamin.


Ustaz Azhar (tengah) akan bertugas menjadi relawan selama sebulan menggantikan sementara ketua Imam Pulau Krismas yg sedang mengerjakan ibadah haji.




Pulau Krismas juga seperti Pulau Kokos mempunyai komuniti Melayu yang ramai.

Friday, September 05, 2014

Tamat Pelajar Praktikal di GPTD



5 September 2014, Gombak - Hari ini merupakan hari terakhir bagi Saudari Yasmin; pelajar latihan industri jurusan Sosiologi & Antropologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama 3 bulan di GPTD.


Kami di GPTD memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekhilafan sepanjang berada di sini. Berbekalkan pengalaman yang ditimba di sini, kami mendoakan agar Yasmin berjaya dalam semua bidang yang diceburi. Ameen.

Wacana Katalog Baharu Manuskrip Dunia Melayu di UKM


4 September 2014, Bangi - Wakil GPTD telah menghadiri Wacana Katalog Baharu Manuskrip Dunia Melayu dalam Koleksi British yang disampaikan Ybhg. Dato' Dr. Annabel Teh Gallop di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Beliau berkongsi beberapa manuskrip asal tulisan Jawi dan Arab yang berada dalam simpanan Perpustakaan British termasuk surat-surat perjanjian, surat kenyataan, dan manuskrip Hikayat Raja Babi yang menjadi tumpuan para pengkaji manuskrip Malaysia dan Indonesia. 

Menariknya, manuskrip Melayu tersebut boleh diakses secara percuma di laman web British library: Endangered Archives (http://eap.bl.uk/)

Perjumpaan bersama Wakil Relawan Pulau Kokos


4 September 2014, Gombak - Satu perjumpaan ringkas telah diadakan di Lantai Tiga bersama wakil relawan Pulau Kokos, saudara Hanif membincangkan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan selepas pulangnya mereka dari misi khidmat bakti selama sebulan di sana.


Antara yang dibincangkan ialah penyediaan laporan lengkap sepanjang aktiviti mereka di sana di samping penambahbaikkan yang perlu dilakukan. Selain itu juga satu sesi perkongsian pengalaman sedang diatur dijangka hujung bulan September. Segala kemaskini akan dimaklumkan di sini.

Tuesday, September 02, 2014

Relawan Pulau Kokos Selamat Pulang


1 September 2014, Sepang - Alhamdulillah telah selamat kembali ke tanah air relawan Pulau Kokos, Australia yang menabur bakti di sana selama sebulan.

Hanya 4 orang yang kembali untuk meneruskan pengajian mereka di universiti manakala seorang lagi relawan masih berada di sana meneruskan misi rahmatan lil alamin.


Tahniah dan syabas atas usaha yang dijalankan. Insyallah satu sesi perkongsian pengalaman akan diaturkan bersama relawan dalam masa terdekat.

Monday, August 25, 2014

Jamuan Aidilfitri GPTD & GPM Meriah

24 Ogos 2014 - Jamuan aidilfitri bersama dengan rakan sinergi GPTD iaitu Global Peace Mission telah dihadiri lebih kurang 100 orang. Turut hadir pada majlis tersebut antaranya Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan.



Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir. Mohon ampun dan maaf segala kekurangan sepanjang majlis dan perkenalan kita semua. Semoga Allah merahmati segala usaha yang dilakukan.