16 Disember 2012, Nabawan, Sabah -
Beberapa orang relawan GPTD telah menyertai Porgram Berkhatan Sekampung
yang dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaaan Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM) dengan kerjasama Abim Sabah dan GPTD sendiri.
Program yang telah masuk
fasa ke 5 kali ini memfokuskan program berkhatan untuk kanak-kanak dan
remaja yang berada di Kg Pandiwan. Selain itu diadakan juga program
susulan Iqra yang telah berjalan sebelum ini. Sambil itu juga ibu dan
bapa dikendalikan ceramah pemakanan yang sihat yang disampaikan oleh SUA
GPTD, Sdr Huzaifah sendiri. ALhamdulillah program dapat dijalankan
dengan lancar sekali.
Semua pihak memainkan peranan yang baik sekali. Ternyata program berkhatan ini adalah satu usaha yang murni kerana mereka yang membantu menjalankan aktiviti ini sedikit sebanyak pahala berkhatan ini turut dikongsi oleh mereka yang menjayakannya. Sesungguhnya amalan berkhatan ini sangat dituntut oleh Islam kerana ia termasuk dalam kategori menjaga kebersihan. Islam sangat menitik beratkan soal kebersihan.
Insyallah program sperti ini akan kerap dilakukan melibatkan semua relawan GPTD sebelum memulakan projek ke luar negara.
0 comments:
Post a Comment