Saturday, March 28, 2009

Pengenalan GPTD di Pusat Asasi UIAM, Nilai

Nilai, 27hb Mac 2009 - GPTD telah membuat pengenalan kepada pelajar-pelajar Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa cawangan Nilai. Pengenalan telah disampaikan oleh Penlong Setiausaha GPTD, Saudara Shazni dan diikuti dengan perkongsian pengalaman dari Grup Korea Jepun dan Grup Sri Lanka. Turut hadir sama semua ahli Grup Sri Lanka bagi menyemarakkan lagi majlis tersebut.

Selepas itu disusuli dengan ucapan pengerusi GPTD, Saudara Jufitri Joha. Insyallah selepas ini program susulan akan diadakan kepada pelajar-pelajar tersebut bagi membentuk sebuah grup baru untuk menggerakkan lagi misi GPTD di serata dunia.

Tuesday, March 24, 2009

Grup Ashabulkahfi



GPTD telah melancarkan laman blog Grup Ashabulkahfi di http://ashabulkahfigptdabim.blogspot.com/. Grup Ashabulkahfi diwujudkan untuk melatih pelajar-pelajar lepasan Tahfiz untuk menjadi pendakwah global melalui kerja-kerja kesukarelaan GPTD. Grup ini diketuai oleh saudara Saiful Islam (gambar di atas; beliau berdiri nombor dua dari kanan),lepasan Maahad Tahfiz Darul al-Quran JAKIM yang juga merupakan sukarelawan GPTD yang pernah dihantar ke Melbourne, Pulau Krismas, Singapura dan Brunei.

Monday, March 23, 2009

Forum di Universiti Malaysia Pahang



Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah dijemput menjadi panelis forum yang bertajuk "Peranan Tamadun dalam Mengintegrasikan Kaum di Malaysia" sempena Minggu Tamadun Universiti Malaysia Pahang (UMP). Forum ini akan diadakan pada :-

Tarikh : 25 Mac 2009 / 28 Rabiulawal 1430H (Rabu)
Masa : 2petang - 5petang
Tempat : WDKU1, Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Anjuran: Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan UMP


Saudara Jufitri dijangka mengutarakan konsep La Convevencia sebagai satu formula untuk mengintegrasikan kaum di Malaysia. La Convivencia bermakna 'Hidup Bersama'("the Coexistence"). Ia merupakan istilah khas yang menggambarkan situasi dan kondisi dalam sejarah keagungan Tamadun Islam Sepanyol daripada tahun 711 to 1492 masihi. Situasi tersebut menggambarkan masyarakat Islam, Yahudi dan Kristian boleh hidup secara relatifnya aman di bawah pemerintahan Kerajaan Islam terutamanya di Toledo. Toledo merupakan pusat berkembangnya idea ini secara praktikal. La Convivencia juga merujuk kepada "the interplay of cultural ideas between the three groups and ideas of religious tolerance".

Monday, March 16, 2009

GJSA



Pada Khamis lepas, 5 Mac 2009 bersamaan 8 Rabiul Awwal 1430H, satu pertemuan telah diadakan di Pejabat ABIM, Ampang sebagai langkah lanjutan bagi menggerakkan Grup Jiil Salahuddin al-Ayubi(GJSA). Pertemuan ini bermula pada jam 2 petang dan telah dikendalikan oleh saudara Najmudin, Setiausaha Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD). Pertemuan ini dihadiri oleh 5 orang tenaga penggerak grup dari Pusat Asasi UiAM yang terdiri daripada Mohd Zul Amin, Mohammad Fazril, Muhammad Izzat, Nur Afifah dan Nur Azimah....bacaan lanjut di http://grupjilsaladin.blogspot.com/