Thursday, May 28, 2009

GPTD @ RA Fine Arts



Ampang - 28 Mei / 3 Jamadilakhir - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD dan saudara Mujahed Mohd Naser, aktivis GPTD ke Turki telah mengunjungi Galeri RA Fine Arts atas jemputan pengarahnya iaitu Raja Ahmad Aminullah atau lebih mesra dengan panggilan Pak Raja (gambar di atas).

Dalam perbincangan bersama Pak Raja, GPTD telah dipelawa untuk menyertai pameran berkenaan kerja-kerja sosial dan kemanusiaan di peringkat antarabangsa pada tahun hadapan. GPTD juga ditawarkan untuk menjadi sebahagian jawatankuasa penggerak pameran. GPTD telah berhasrat menonjolkan aktivis GPTD sepenuh masa di luar negara iaitu Suhail di Cina, Mas Darwin atau Faiz di Turki dan Saiful di Australia dalam pameran tersebut kelak. Juga tidak ketinggalan paparan pengalaman saudara Noryzal Zainal Abidin yang pernah berkhidmat di Australia selama tiga tahun akan dicadangkan untuk dipamerkan.

Pameran ini bertujuan memaparkan kerja-kerja mulia para aktivis kemanusiaan kepada orang awam dan juga sebagai satu penghargaan kepada mereka yang mempunyai semangat juang dan kesukarelaan yang tinggi.

Galeri RA Fine Arts merupakan galeri yang memaparkan seni lukis hasil tangan Abdul Halim yang unik. Galeri ini terletak di Jalan Aman Off Jalan Tun Razak Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh Yang Mulia Raja Muda Perak iaitu Raja Nazrin Shah dan ianya boleh dicapai di www.ra-finearts.com.