123

Tuesday, September 25, 2007

Ihya' Ramadhan di Laos

20 September 2007, KL Sentral - Ketua Grup Perentas LAOS Saudara Khairudin telah berlepas ke Laos untuk menjalankan misi Ihya' Ramadhan di sana. Beliau akan menjalankan misi selama lebih kurang 5 hari. Antara program yang akan dijalankan termasuklah mengajar, program iftar dan sebagainya.Beliau juga membuat sedikit kajian apa yang boleh dilakukan selepas pulang kerana Insyallah grup Perentas akan pergi ke sana semula menyambung perjalanan projek...

Iftar Bersama Pengasas

19 September 2007, Gombak - Telah diadakan usrah daniftar bersama pengasas En. Azam di rumah beliau. Kira-kira 20 orang ahli GPTD telah menyertai usrah tersebut termasuklah ahli-ahli baru. Majlis dimulakan pada pukul 5.30 petang dengan sesi taaruf ahli-ahli baru dan lama. Selepas itu beliau menyampaikan usrah yang pengisiannya lebih kepada kembali kepada matlamat dan objektif GPTD itu ditubuhkan serta memperkanalkan GPTD kepada ahli baru.Tiba waktu...

Tetamu dari United Kingdom

17 September 2007, Anjung Rahmat - GPTD mendapat kunjungan daripada salah seorang anak Presiden Melayu-UK En. Hamidi iaitu Saudara Suhaib. Dalam kerangka lawatannya ke Malaysia Saudara Suhaib sempat singgah di pejabat GPTD dan berkenalan dengan exco serta penyelaras GPTD. Beliau diberi sedikit taklimat pengenalan dan latar belakang tentang GPTD oleh pengerusi Saudara Jufitri Joha dan sedikit perkembangan Grup GPTD UK.Insyallah beliau akan membantu...

Friday, September 21, 2007

Salam Ramadhan Al Mubarak

Kami dari sekretariat GPTD ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Jadikan ramadhan ini sebagai madrasah penyucian jiwa. Selepas keluar dari kepongpong ramadhan ini,kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. menjadi yang lebih sopan,lebih pemurah,lebih bersangka baik dan sebagain...

Tuesday, September 18, 2007

Ekplorasi Dakwah Islamic Outreach ABIM (IOA) ke Kunming, China

Pada 2 sehingga 7 September yang lepas bersamaan 20 – 25 Syaaban 1428 H, IOA telah menganjurkan Ekplorasi Dakwah ke Kunming, China iaitu negeri kelahiran Laksamana Islam terkenal Cheng Ho. Kunming merupakan ibu negeri bagi provinsi Yunnan. Tujuan ekplorasi ini adalah untuk membuka ruang dakwah baru di negeri China. Di samping itu membina jaringan dakwah dengan pertubuhan Islam di Kunming. Selain itu, ekplorasi ini bertujuan menghulurkan bantuan...