Thursday, May 10, 2007

Seminar di Medan

Pada 5-6 Mei 2007 bersamaan 17-18 Rabiulakhir 1428, 5 warga ABIM termasuk Pengerusi dan Ketua Penyelaras GPTD telah terlibat sebagai panel penceramah bagi memenuhi agenda pengisian Seminar Ketamadunan Islam dan Cabaran Mahasiswa yang telah diadakan di Institut Agama Islam Negeri, Medan, Indonesia. Seminar ini telah dirasmikan oleh Consul General Malaysia di Medan, En Fauzi Omar.


Seramai hampir seratus orang mahasiswa yang melibatkan para pelajar dari Malaysia, Indonesia dan Thailand yang menuntut di 3 buah institusi pengajian tinggi iaitu Universitas Negeri Medan, Universitas Sumatera Utara dan Institut Agama Negeri Medan telah menyertai seminar yang diadakan selama 2 hari ini. Para peserta kebanyakannya menuntut dalam jurusan agama dan kedoktoran. Para peserta telah didedahkan dengan beberapa isu cabaran dan pengajaran ketamadunan, peranan mahasiswa didalam membentuk tamadun khaira ummah serta berkongsi pengalaman mengenai kerja-kerja khidmat masyarakat dan bantuan kemanusiaan Seminar yang telah dijayakan ini adalah hasil kerjasama dari Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia dengan Angkatan Belia Islam Malaysia.