Ampang, Kuala Lumpur - 3 Disember 2005 - Semenjak peninggalan Al-Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad Al-Haddad hampir tiga ratus tahun yang lalu, cahaya ilmunya terus mengalir dan menyentuh kalbu sesiapa sahaja yang diberi taufiq oleh Allah s.w.t. untuk mempelajarinya. Dengan tujuan mengingati serta mencebis sedikit pengajaran dan barakah yang sekian lama ditaburi dan dimafaati oleh sebahagian umat Islam di merata dunia, maka satu majlis hol beliau yang telah diadakan di Masjid Baitul Aman, Jalan Damai off Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada hari Sabtu 3 Disember 2005 bersamaan dengan 1 Zulqaedah 1426 mulai jam 6:00 petang. Turut hadir ke majlis ini adalah Presiden ABIM, Pengerusi dan Penyelaras GPTD.
Ahli GPTD diminta untuk mengkaji kegigihan ulama ini menyebarkan dakwah agar dijadikan ikutan dan pedoman ketika menjadikan misi dakwah ke seluruh alam. Nak mengenali ulama ini yang terkenal dengan kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman, sila buka http://www.alhawi.net/.