Thursday, October 28, 2004

Sidang Akhbar Pelancaran Tabung TAK BAI


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us



ABIM dengan kerjasama PKPIM, GPTD, MAPAN dan PPW telah melancarkan tabung bantuan untuk masyarakat Muslim yang tertindas di Tak Bai, Narathiwat pada 28 Oktober 2004. Sidang akhbar telah diadakan di Bilik Seminar Anjung Rahmat.


Tragedi Tak Bai ini adalah perkara yang dikecam hebat oleh ABIM dan badan-badan Islam yang berkenaan. Tindakan yang diambil oleh tentera Thailand ini dikira sebagai cara yang tidak berperikemanusiaan sekalipun Thaksin mengatakannya sebagai satu tindakan yang tepat.




Oleh yang demikian, hari ini telah dilancarkan tabung untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan setelah kehilangan ayah dan ahli keluarga lain. Apatah lagi, Ramadhan hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi. Jadi, dimaklumkan bahawa ABIM ingin menyaran kepada semua masjid memperuntukkan wang kutipan derma esok (29.10.04) dan jumaat akan datang (5.11.04)untuk tabung ini.



ABIM turut menggesa supaya OIC menubuhkan jawatankuasa siasatan khas untuk kes di Tak Bai.




Sumbangan boleh dihulurkan kepada Tabung Tak Bai-Abim menerusi akaun BIMB 14-023-01-001121-9