123

Tuesday, December 21, 2004

Kunjungan peserta Jepun (Kapal Belia) ke GPTD

Seorang bekas peserta Kapal Belia Asia Tenggara & Jepun telah mengunjungi saudara penyelaras GPTD di pejabat GPM lewat malam 21 Disember jam 12 am. Beliau yang bernama Tomohiko Murakami yang berasal dari Nara, Jepun merupakan rakan Penyelaras GPTD semasa program Kapal Belia pada bulan Ogos yang lepas. Saudara Penyelaras sempat menghadiahkan Al-Quran Translation dan sebuah mug GPM kepadanya. Beliau juga meminati ajaran Islam. Semoga beliau...

Monday, December 20, 2004

Pertemuan terkini : PROJEK MELAYU MEKAH

Presiden ABIM telah melantik wakil tunggalnya di Mekah (ahli pertama) iaitu Abdul Rahim bin Abdullah untuk pelaksanaan projek terbaru GPTD. Pertemuan pertama telah diadakan pada 20.12.04 jam 6.15 ptg bertempat di Anjung Rahmat antara GPTD bersama ABIM dan Persatuan Ummul Qura UIAM (Persatuan anak-anak Melayu Mekah). Pertemuan seterusnya akan diadakan bagi merancang program-program yang boleh dilaksanakan di bumi suci itu. Selain bertujuan...

Wednesday, December 08, 2004

Sajak Khas buat Pak Imad

Pada 3-5 Disember 2004 bertempat di Anjung Rahmat telah diadakan Latihan Mujahid Dakwah yang dikendalikan oleh ulama terkenal, Pak Imaduddin (Indonesia). GPTD dan PKPIM telah turut menghantar wakil-wakilnya untuk menyertai latihan tersebut. Berikut adalah sajak khas yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKPIM, Sdr. Azwiral Bukhairi Ab. Aziz. UNTUK PAK IMAD Pak Imad melangkah lesu Penuh ilmu ranjau berguru Abdul Rahim-Syaifatul Akmal tempat bertemu Putra ulama mujahid terpadu “Penegak Tiang Agama” Imaduddin keras bekerja Punya mimpi dan cita-cita Memilih...

Friday, December 03, 2004

Pengumuman daripada PENYELARAS

A'kum semua ahli GPTD 1. Lawatan saya ke Brunei adalah untuk networking saya dan kita di sana. Saya dibawa melawat ke Kampung Air Brunei, Masjid Sultan Omar Ali Shaifuddin, Jerudong Park(macam Genting Higland) dan dll. Brunei sebuah negara Islamik yg mengharamkan arak dan disko dan akan haramkan rokok. 2. Hopefully kita kerja lebih keras sebab kita akan mula expose GPTD ke dunia luar, so tunggu sedikit masa lagi dan be strong! 3. Hari ini kita...

Saturday, October 30, 2004

Grup Layar Samudera (Pulau Kokos) Selamat Berlepas

KLIA - Grup Layar Samudera (Pulau Kokos) telah selamat berlepas ke Bali pada hari ini jam 9.00 pagi tadi. Delegasi yang diketuai oleh Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa, 24, turut disertai oleh wakil tunggal Grup Jejak Warisan (Pulau Krismas) iaitu Huraizah Mohd Baharudin, 24. Delegasi ini akan transit di Bali dan Pulau Krismas sebelum bertolak ke Pulau Kokos. Peserta delegasi yang lain ialah Raja Nurbaizura Raja Ibrahim, 22, Sanisah Hj. Sarnuji, 22, Khairil Nizam Md Daron, 23, dan Nor Azeera Mohd Ariffin, 21. Delegasi ini akan berada di kawasan...

Thursday, October 28, 2004

Kunjungan Rasmi ke Kolej Darul Hikmah

KDH - Penyelaras GPTD bersama Naib Presiden Antarabangsa PKPIM dan 3 aktivis GPTD telah mengadakan kunjungan rasmi untuk sesi berkenalan dan perbincangan bersama mahasiswa dan mahasiswi KDH. Seramai 3 orang mahasiswa dan 6 orang mahasiswi KDH telah turut serta dalam sesi tersebut. Perbincangan lebih tertumpu kepada pengenalan GPTD, ciri-ciri ahli yang diperlukan,temubual,dan projek akan datang. Hasil perbincangan selama hampir 2 jam itu...

Sidang Akhbar Pelancaran Tabung TAK BAI

ABIM dengan kerjasama PKPIM, GPTD, MAPAN dan PPW telah melancarkan tabung bantuan untuk masyarakat Muslim yang tertindas di Tak Bai, Narathiwat pada 28 Oktober 2004. Sidang akhbar telah diadakan di Bilik Seminar Anjung Rahmat. Tragedi Tak Bai ini adalah perkara yang dikecam hebat oleh ABIM dan badan-badan Islam yang berkenaan. Tindakan yang diambil oleh tentera Thailand ini dikira sebagai cara yang tidak berperikemanusiaan sekalipun Thaksin...

Tuesday, October 26, 2004

Website GPTD dilancarkan

Assalamualaikum.. Pada tanggal 25 Oktober 2004, GPTD telah merasmikan laman web terbarunya yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Jadi, kekawan rajin2lah jenguk apa yang ada di sini. Kepada sesiapa yang mempunyai laman web sendiri diharapkan dapat juga maklumkan kepada WEBMASTER supaya dapat dimasukkan dalam ruangan 'Friends'.. Ruangan FORUM pun diharapkan supaya dapat kita aktifkan selalu dengan perbincangan yang lebih serius.. kalau nak bergurau senda pun takpe asalkan tak melampaui batas :) Hidayah.com pula merupakan laman menarik...