123

Tuesday, June 30, 2015

PROMOSI BUKU AMMAR KEMBALI LAGI!!!!

Kini promosi Buku Ammar kembali lagi!. Bukan satu,tapi kami bagi dua sekali! Dapatkan Buku Ammar secara kombo dengan harga yang begitu istimewa, iaitu RM50 SAHAJA! Setiap pembelian akan diberikan penanda buku dan badge edisi terhad secara PERCUMA! Bagi sesiapa yang berminat untuk medapatkan Buku Ammar ini boleh menghubungi secara whatsapp atau sms di talian 01.789.666.49. Dapatkan segera...

Jemputan ke Iftar Perdana dan Diskusi Dinamika Sejarah (DiNS)

Pihak GPTD berbesar hati ingin menjemput semua hadir ke Iftar Perdana dan Diskusi Dinamika Sejarah (DiNS) yang akan disampaikan oleh pengasas GPTD, Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman pada 10 Julai 2015 (Jumaat) di Lantai Tiga, Gombak, Kuala Lumpur bermula jam 5.30 petang. Pihak GPTD juga mengalu-alukan sumbangan untuk menjayakan iftar ini. Bagi yang ingin menyumbang boleh terus hubungi sekretariat melalui 01.789.666.49...

Monday, June 29, 2015

Kuliah Inspirasi Tokoh (KIT) 2015 Siri 4

27 Jun 2015, Kuala Lumpur- Telah berlangsung Kuliah Inspirasi Tokoh yang dianjurkn oleh GPTD pada 27 Jun 2015 yang bertempat di Bilik Mesyuarat Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur. Kuliah ini disampaikan oleh Tokoh Belia Perdana Negara 2014 iaitu En. Jufitri Joha. Perkongsian ini disampaikan dengan begitu ringkas dan jelas. Daripada perkongsian ini dapatlah kita tahu siapa dan apa itu Moriscos di Sepanyol.El-Moriscos ialah umat  Islam...

Wednesday, June 24, 2015

Ziarah NGO (ZiGO) ke Khalifah Model School

23 Jun 2015, Selangor- Pihak GPTD telah menziarahi Sekolah (Menengah) Model Khalifah yang terletak di Sepang. Kami sempat bertemu dengan Timbalan Pengetua, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mendapatkan sedikit informasi sistem pembelajaran yang dijalankan. Sekolah ini sangat unik kerana menggunakan sistem pembelajaran bersemester. Para pelajar bukan sahaja diajar bidang akademik sahaja malah didedahkan dengan pelbagai skil dan praktikal yang menarik. GPTD...

Ziarah Tokoh (ZiTo) ke ByRoadtoMalaysia

23 Jun 2015,Selangor- Pihak GPTD telah berkunjung ke kediaman Tuan Jamalullail yang terkenal dengan pengembaraan beliau  melalui jalan darat dari UK ke Malaysia menggunakan caravan. Bermula dari jemputan perkongsian pengalaman pada Konvensyen Ketamadunan Dunia di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini sekali lagi beliau menyatakan hasrat untuk manjalinkan kerjasama dalam pengembaraan beliau sekerluarga. Kami juga dibawa melawat seluruh caravan...

Jemputan ke Kuliah Inspirasi Tokoh (KIT) "EL MORISCO DI SEPANYOL"

JOM DAFTAR! GPTD akan mengadakan Kuliah Inspirasi Tokoh Siri Ke 4 yang bertajuk "El Morisco di Sepanyol". Sepanyol sebuah negara yang mempunyai sejarah dan tamadun Islam Andalusia yang kita banggakan sehingga hari ini. Tamadun ini juga antara penyebab tertubuhnya GPTD setelah pengasasnya, Tuan Hj Ahmad Azam Ab Rahman pulang dari Sepanyol pada tahun 2001. Disebalik itu juga tersimpan sebuah sejarah tentang Morisco. Siapakah mereka yang bergelar...

Monday, June 22, 2015

Relawan ke Banda Acheh

21 Jun 2015,Kuala Lumpur-Telah berangkat Diskusi Grup (DG) Tembila ke Banda Acheh dalam misi menjejak tokoh sejarah Islam seperti Syeikh Abdul Rauf Singkel dan Sultan Iskandar Muda. Mereka juga akan ke pusat manuskrip yang terletak di Dayah Tanoh Abee. Menjadi cabaran bagi mereka kerana bergerak pada bulan Ramadhan. Semoga usaha mereka dipermudah...

Monday, June 15, 2015

Kem Asas Sukarelawan dan Jatidiri (SAKTI) kali ke 7

14 Jun 2015,Selangor- Telah Berakhirnya Kem Asas Sukarelawan dan Jatidiri (SAKTI) kali ke 7 yang diadakan di Kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam. Kem yang berjalan selama tiga hari dua malam ini bermula pada 12 Jun 2015 dan berakhir pada 14 Jun 2015 telah berjalan dengan baik dan lancar. Banyak aktiviti yang menarik dijalankan sepanjang kem ini di laksanakan.Antara aktiviti yang dijalankan ialah:                ...

Tuesday, June 09, 2015

Relawan GPTD Ke Banda Acheh

9 Jun 2015,Gombak-Telah berangkat Diskusi Grup (DG) Gong Badak 2 ke Banda Aceh dalam misi Menjejak Perkembangan Islam di Banda Aceh fokus kepada Masjid Raya Baiturrahman. Selamat menjalankan misi dan dipermudahkan segala urusan di sa...

Thursday, June 04, 2015

Malam Apresiasi Sukarelawan & Kutipan Dana Global Peace Mission (GPM) Malaysia

3 Jun 2015, Selangor- Beberapa ahli Exco GPTD telah hadir ke Malam Apresiasi Sukarelawan & Kutipan Dana yang dianjurkan oleh Global Peace Mission (GPM) Malaysia. Tahniah diucapkan kepada sukarelawan yang dianugerahkan pada malam tadi. GPM adalah rakan strategik GPTD dalam menjalankan misi kemanusian di seluruh dunia. Antara Exco yang hadir ke Malam Apresiasi Sukarelawa...

Wednesday, June 03, 2015

Pertemuan GPTD Bersama Pengarah Jabatan Muzium Etnologi Dunia Melayu

2 Jun 2015, Kuala Lumpur-GPTD telah dijemput oleh Pengarah Jabatan Muzium Etnologi Dunia Melayu bagi membincangkan kerjasama strategik yang boleh ditawarkan oleh GPTD khususnya dalam menjejak Melayu di rantau Nusantara, Polinesia dan Austronesia. Pertemuan ini diketua Grup Jejak Melayu iaitu Sdr. Akhmal Mohd Nor  diiringi oleh Presiden GPTD iaitu Sdr. Abdul Hakim  dan Setiausaha GPTD iaitu Sdr. Huzaifah Ahmad. Suatu pencapaian yang...