123

Tuesday, March 29, 2011

SINT : Ketokohan Salahuddin

Klik pada gambar untuk paparan lebih besarGrup Jil Salahudin dengan kerjasama Kelab Bimbingan Mahasiswa (KBM) & Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan Seminar Intelek Ketokohan Salhuddin dalam Memperkasa Generasi Muda pada 2hb April 2011, bertempat di Panggung Percubaan, U...

Monday, March 21, 2011

Kuliah Inspirasi Tokoh Cheng Ho Meriah

19 Mac 2011, Taman Melati – Kuliah Inspirasi Tokoh Siri 1 yang bertajuk Keislaman Laksamana Cheng Ho Sejarah yang Disembunyikan telah diadakan di Dewan Masjid Salahudin Ayubi, Taman Melati sempena Gerakan Kempen Kesedaran Ijtima’I (GKKI). Kuliah yang telah menghimpunkan peserta lebih dari 40 orang telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Presiden GPTD, Saudara Suhail telah menerangkan serba sedikit tentang gerak kerja yang dijalankan oleh Grup Cheng...

Thursday, March 10, 2011

GPTD di Institut Pendidikan Guru Lembah Pantai.

10 Mac 2011-Lembah Pantai- Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD)terus mendapat perhatian pihak-pihak yang berminat mengembangkan lagi pengaruh Islam di dunia. Kali ini GPTD telah membuat lawatan susulan daripada jemputan ceramah oleh Saudara Suhail, Presiden GPTD bulan lalu. Institut Pendidikan Guru (IPG) di Lembah Pantai menjadi saksi pertemuan antara aktivis-aktivis GPTD bersama pihak IPG tersebut.Saudara Mohd Shazni, Abdul Hakim dan Saudara Huzaifah...

Jom Baca@LRT

GPTD dengan kerjasama Grup Baca@LRT & PKPIM sempena Gerakan Kempen Kesedaran Ijtima'i (GKKI) akan mengajurkan program Baca@LRT pada 20 Mac 2011. Program yang akan bermula di Masjid Salahudin Al-Ayubi, Taman Melati, Kuala Lumpur seawal jam 9.30 pagi.Sasaran peserta melebihi 80 orang akan menyertai program ini. Peserta akan diberikan taklimat pada pagi itu sebelum bergerak menaiki LRT. Mereka akan dibahagikan beberapa kumpulan dan bergerak secara...

Wednesday, March 09, 2011

Inspirasi Tokoh Siri 1

Insyallah. Sabtu depan 19hb Mac 2011 akan diadakan Kuliah Inspirasi Tokoh Siri 1 dengan tajuk Keislaman Laksaana Cheng Ho bersempena Gerakan Kempen Kesedaran Ijtima'i (GKKI) yang akan melibatkan peserta dari pelajar sekolah menengah dan awam. Slot perkongsian kembara akan diadakan untuk peserta (terutama pelajar sekolah) yang berminat utk mengembara bersama GPTD. Penceramah jemputan ialah Ann Wan Seng yang akan mengupas cerita disebalik keislaman...

Monday, March 07, 2011

SAKTI V -HEBAT,MANTAP-

4-6 Mac 2011, Sg. Congkak - Kem asas sukarelawan dan jatidiri SAKTI buat kali ke 5 berjalan dengan penuh jayanya. Walaupun sebelum ini menghadapi pelbagai rintangan dari aspek tarikh dan tempat, akhirnya kem SAKTI 5 ini menghimpunkan hampir 25 peserta baru dan lama dalam menjayakan misi GPTD untuk masa depan.Pelbagai pengisian menarik juga disusun sebaiknya agar peserta mendapat manfaat yang secukupnya dalam masa yang singkat ini. Hakikatnya 3 hari...