Monday, October 16, 2006

Salam Perantauan Dari Melbourne

8 Oktober, 2006 - Melbourne, Australia - assalamualaikum w.b.t...
buat kawan2 di MALAYSIA,alhamdulil lah genap 3hari saya di melbourne,hari pertama pada hari sabtu tiba jam 7.05 pagi waktu di melbourne,pengalama n pertama sampai sini dah kena tahan dengan kastam di sini,rupa2nya, makanan,buah- buahan pun tak boleh bawa masuk dalam negara dorang,tak pasal2 kena scan habis,mmg streat sikit dorang ni.

8.05pg abg razak dan hj salem(presiden penduduk melayu sini),mrk sambut.mrk bw saya ke "the school Islamic of victoria" saya jadi imam di sekolah ni la,jmp pengetua pengasas sekolah ni,lebih terkenal sekolah ni dengan omar khalak,sempena nama pengasas sekolah ni,beliau orang palestin yang dah menetap lebih 30thn.omar khalak ni pun sahabat baik dato Anuar Ibrahim,kebetulan ehsan anak d.Anuar pernah sekolah sini selama 4thn,orng sini kebayakan berhijrah,ramai dari negara Arab,melayu pun ada tapi ramai melayu singapore.

banyak lagi nak cite,nanti senang kita jumpa lagi,esok kena jemput jadi hakim pertandingan hafaz AQ.student yang ambil bahagian pun ramai..semoga bertemu lagi..InsyaAllah.

Mohd-TerMizi
Aktivis GPTD di Melbourne

Sunday, October 08, 2006

Khabar dari Perth, Australia

8 Oktober, 2006 - Perth, Australia - Segala Puji Bagi Allah, Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan, Tiada Illah selain Allah,dan Sungguh Maha Besar Allah dengan keagungan diriNya.Saya memohon kemaafan diatas kekurangan diri sehingga terputus berita dengan rakan-rakan yang lain.InshaAllah, sebentar lagi saya akan pulang kembali ke pengakalan da'wah di Malaysia untuk melakukan sesuatu dengan lebih serius lagi. Alhamdulillah, tanpa disedari sudah tiga tahun saya mengutip pengalaman di bumi Australia bermula dengan Masjid At Taqwa Pulau Krismes, Masjid Hobart di Tasmania dan di Perth serta berkesempatan menziarahi Melabourne dan Sydney dalam menghadiri persidangan Majlis Agama Islam Australia. Melihat kepada perbedaan keadaan ummat di sini, di Malaysia dan di negara lain, saya merasa terpanggil dan lebih bersemangat untuk berjuang dan dapat merasakan kebahagiaan hidup dengan jalan dakwah meskipun penuh dengan dugaan dan rintangan yang terpaksa dihadapi. Diri yang terlalu banyak kekurangan dapat disedari akan butuh kepada proses muhasabah dan mujahadah untuk melakukan islah kepada diri sendiri sebelum persada da'wah itu perlukan kepada diri yang siap untuk menghadapi sunnatullah perjuangan. Banyak pengalaman yang dirasakan amat bermanfaat untuk dikongsikan bersama rakan-rakan yang lain. Mungkin jalur suka dan duka yang dilalui merupakan guru untuk memperbaiki diri dan jema'ah agar setiap kerja dan gerakan yang dilakukan akan lebih cekap dan berkesan. Sekian dahulu di atas kadar kesempatan yang ada. Doakan untuk semua....Ma'asalamah.

Noryzal Zainal Abidin
Sukarelawan GPTD di Perth
*Beliau akan pulang ke Malaysia pada 8 Oktober ini.