KLIA - Grup Layar Samudera (Pulau Kokos) telah selamat berlepas ke Bali pada hari ini jam 9.00 pagi tadi. Delegasi yang diketuai oleh Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa, 24, turut disertai oleh wakil tunggal Grup Jejak Warisan (Pulau Krismas) iaitu Huraizah Mohd Baharudin, 24. Delegasi ini akan transit di Bali dan Pulau Krismas sebelum bertolak ke Pulau Kokos.
Peserta delegasi yang lain ialah Raja Nurbaizura Raja Ibrahim, 22, Sanisah Hj. Sarnuji, 22, Khairil Nizam Md Daron, 23, dan Nor Azeera Mohd Ariffin, 21. Delegasi ini akan berada di kawasan...