Wednesday, February 01, 2006

Lawatan ke Ansar Channel



Stesen Ansar Channel, Kuala Lumpur - 27 Januari 2006 - GPTD telah membuat lawatan kali kedua ke Ansar Channel bagi membincangkan kerjasama dua hala tentang program dakwah bidang media. Turut hadir Penasihat GPTD yang merupakan Presiden PKPIM iaitu saudara Suhail Ahmad, Pengerusi GPTD iaitu saudara Jufitri Joha dan Penolong Penyelaras 2 GPTD iaitu saudara Akhmal Mohd Nor. Turut dibincangkan dengan saudara Jep Hazimin, wakil Ansar Channel ialah tentang program tayangan dokumentari Islam seperti Salam Nusantara, Salam Timur Tengah, The Mosulman Untold Story, The Real Story Behind The Iron Curtain, Musulman Their Story in Europe dan lain-lain.