Monday, February 06, 2006

Kashmir Solidarity Day



Ampang - 5 Februari 2006 - Kashmir Solidarity Day anjuran Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Malaysia dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM) Malaysia, telah diadakan di Kelab Darul Ehsan. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap krisis yang melanda di Kashmir. Kashmir selama lebih 50 tahun telah dinafikan kemerdekaannya oleh India. Pelbagai keganasan tentera India terhadap rakyat Kashmir telah berlaku sepanjang tempoh tersebut. Kira-kira 130 orang peserta telah menyertai program ini.

Program ini telah diisi dengan ucapan daripada Tn Hj Ahmad Azam Abdul Rahman; Pengerusi GPM merangkap Penasihat GPTD, Dr Arif Zakaullah (UIAM), dan Dr Chandra Muzaffar (Presiden JUST). Selain itu, persembahan multimedia turut disajikan kepada peserta bagi memberi maklumat mengenai krisis yang berlaku di Kashmir. Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia turut hadir sama di dalam program ini.

GPTD telah diwakili oleh saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD dan saudara Najmuddin Mohd Nawi, Ketua Grup Turki-Asia Tengah.