








30 Oktober 2011, Bukit Bintang - Seramai 30 orang daripada ahli & bukan ahli GPTD telah menyertai Kejohanan Bowling anjuran GPTD Pusat. Program ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan ahli & bukan ahli. Alhamdulillah program dapat dijalankan dengan lancar hasil kerjasama padu yang diberikan peserta.
Antara lainnya program ini mengajak peserta-peserta yang berminat untuk menjadi urusetia Mesyuarat Agung Tahunan GPTD yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Hari ini 2 orang exco GPTD telah dijemput untuk keudara di Radio Online Durian.FM butiran seperti berikut:-
16 Mei 2011, Serdang - GPTD telah dijemput oleh Kelab Bimbingan Mahasiswa (KBM) untuk mengdakan kerjasama bagi menjayakan projek Kelab tersebut untuk menjalankan misi khidmat sosial di luar negara.
Di dalam pertemuan tersebut GPTD diwakili oleh Presiden, Sdr Suhail telah memberikan taklimat ringkas tentang GPTD dan gerak kerja. KBM bercadang untuk menghantar dua kumpulan untuk melakukan misi tersebut. Antara negara yang dicadangkan ialah Pulau Kokos, Australia & Sri Lanka. Projek ini dijangka akan dijalankan pada bulan Julai.



10 Mac 2011-Lembah Pantai- Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD)terus mendapat perhatian pihak-pihak yang berminat mengembangkan lagi pengaruh Islam di dunia. Kali ini GPTD telah membuat lawatan susulan daripada jemputan ceramah oleh Saudara Suhail, Presiden GPTD bulan lalu.
Institut Pendidikan Guru (IPG) di Lembah Pantai menjadi saksi pertemuan antara aktivis-aktivis GPTD bersama pihak IPG tersebut.Saudara Mohd Shazni, Abdul Hakim dan Saudara Huzaifah meluangkan masa hampir satu jam bersama Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Tuan Haji Ismail Bin Zaini, bagi membincangkan kerjasama antara GPTD dan IPG. Turut sama dalam sesi perbincangan tersebut ialah dua orang pelajar IPG sendiri yang sangat berminat untuk bekerjasama bersama GPTD. Mereka ialah saudara Iqbal dan juga saudara Aizat, pelajar TESL yang baru pulang dari luar negara untuk program bekembar IPG.
Beberapa persetujuan disimpulkan pada petang itu termasuklah pengenalan khas GPTD, seminar tokoh dan beberapa isu generasi pelajar masa kini.
Pihak GPTD sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak IPG dan berharap hubungan dua hala ini terus berkekalan dalam mengembangkan lagi misi Rahmatan lil Alamin.
Insyallah. Sabtu depan 19hb Mac 2011 akan diadakan Kuliah Inspirasi Tokoh Siri 1 dengan tajuk Keislaman Laksaana Cheng Ho bersempena Gerakan Kempen Kesedaran Ijtima'i (GKKI) yang akan melibatkan peserta dari pelajar sekolah menengah dan awam. Slot perkongsian kembara akan diadakan untuk peserta (terutama pelajar sekolah) yang berminat utk mengembara bersama GPTD. Penceramah jemputan ialah Ann Wan Seng yang akan mengupas cerita disebalik keislaman Laksamana Cheng Ho.


