Thursday, December 08, 2005

Kunjungan GPTD Kemboja ke Pejabat GPTD



Anjung Rahmat - 4 Disember - GPTD menerima kunjungan daripada GPTD Kemboja seramai 5 orang yang rata-rata semuanya belajar di Kolej Dar al-Hikmah, Kajang. Taklimat mengenai operasi GPTD telah disampaikan oleh saudara Mohd Khairudin Mohd Nor iaitu Penyelaras GPTD yang baru. Mereka sedang giat menjalankan persiapan untuk melakukan khidmat sosial di Kemboja susulan dari projek pertama iaitu pada bulan Mei yang lepas. GPTD Kemboja yang mendapat bimbingan langsung dari saudara Anas Jaafar, bakal berlepas ke Kemboja pada 10-20 Mac 2006.