Tuesday, May 26, 2015

Relawan GPTD ke Pulau Kokos Australia



25 Mei 2015,Kuala Lumpur- Relawan DG Nilai, saudara Khairuzzaman Wafa telah berangkat ke Pulau Kokos Australia selama 2 minggu bermula pada 24.05.2015 hingga 7.06.2015 sebagai pegawai perhubungan untuk pengambaran di Cocos (keeling) Islands Australia bersama krew TV al-Hijrah yang akan ditayangkan pada bulan Syawal nanti.

Dalam masa yang sama untuk mengukuhkan jaringan & ukhwah dengan komuniti setempat. Didoakan semoga misi dapat dijayakan dengan cemerlang.

Monday, May 25, 2015

Himpunan Relawan (HR) 2015


24 Mei 2015- 12 buah negeri telah di jelajahi oleh warga GPTD di dalam program Himpunan Relawan (HR) 2015. Himpunan Relawan ni diadakan bertujuan sebagai sesi pengenalan GPTD kepada mereka yang berminat untuk menyertai GPTD.

Program yang bermula pada 22 March ini iaitu di Lembah Klang Selangor dan berakhir pada 24 Mei 2015 di Shah Alam ini telah membawa relawan untuk berkongsi pengalaman mereka yang telah berjaya menyelesaikan misi serta pengenalan GPTD kepada msyarakat setempat.


Wacana Ketamadunan Islam: Menyingkap Peradaban Dunia di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), Unimas, Sarawak antara aktiviti HR 2015

FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA


23 Mei 2015, Putrajaya-GPTD telah membuka booth di Festival Belia Putrajaya  di Dewan Serbaguna, Kementerian Komunikasi & Miutimedia, Presint 4, Putrajaya .

Pelbagai aktivit menarik telah diadakan seperti penjualan buku, button badge dan sebagainya.

Heliza Helmi di antara artis yang hadir ke gerai GPTD

YB Khairy Jamaludin juga hadir ke gerai GPTD

Kuliah Inspirasi Tokoh (HAMKA)


23 Mei 2015, Kuala Lumpur- GPTD sekali lagi menganjurkan Kuliah Inspirasi Tokoh yang bertempat di Bilik Mesyuarat Tun Perak, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur.

Kuliah Inspirasi Tokoh pada kali ini bertajuk "HAMKA:Tafsir al-Azhar Menepati Citra Alam Nusantara" ini di sampaikan oleh seorang penulis iaitu Ustaz Zahiruddin Zabidi.

Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat bagi semua yang hadir.



Ustaz Zahirudin sedang membentangkan ceramahnya tentang Buya HAMKA: Tafsir Al-Azhar Menepati Citra Alam Nusantara.

Sunday, April 26, 2015

Kuliah Inspirasi Tokoh (KIT) 2


25 April 2015, Kuala Lumpur-  GPTD telah menganjurkan sebuah program Kuliah Inspirasi Tokoh Siri ke 2 yang bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kuliah ini telah disampaikan oleh Datuk Dr.Awang Sariyan  iaitu Ketua Pengarah DBP dalam membentangkan kisah Angkatan Kapal Laksamana Cheng Ho : Dari Nanjing ke Madagaskar.

Monday, March 02, 2015

Konvensyen Ketamadunan Dunia 1.0


28 Februari 2015, Kuala Lumpur-  Telah berlangsungnya satu konvensyen ketamadunan dunia yang dianjurkan pada 28 Februari bertempat di Auditorium Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Konvensyen yang bertemakan "Menjejaki Kegemilangan Tamadun Melayu" ini telah membuat persiapan yang amat rapi dan terdapat seramai 50 orang sukarelawan telah berkhidmat  bagi menjayakan konvensyen yang gilang gemilang ini.

Seramai empat orang panel telah membentangkan hasil kajian mereka di konvensyen ini. Antara panel tersebut adalah:
1) Puan Zaharah Sulaiman adalah seorang pakar IT dan merupakan penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia.
2)Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail merupakan pakar dalam bidang Falsafah dan Sejarah Matematik di Universiti Malaya.
3)Dr. Mohamammad Alinor Abdul Kadir merupakan pensyarah sains matematik di Universiti Kebangsaan Malaysia dan bergiat aktif sebagai Setiausaha Agung Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)
.4)Datuk Dr. Haji Awang Sariyan merupakan Ketua Pengarah DBP yang pernah menjadi Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Republik Rakyat China, yang berpangkalan di Beijing.

Sekiranya anda terlepas mengikuti KKD 1.0 yang telah diadakan ini, bolehlah mendapatkan DVD berharga RM15 dan Audio CD   pula hanya RM10 sahaja. Disamping itu juga,ketika berlangsungnya konvensyen ini, terdapat juga pameran dan perkongsian khas daripada En.Jamalullail iaitu dari By Road to Malaysia.

Turut diadakan juga majlis Malam Anugerah Relawan pada malam berlangsungnya konvensyen ini.




Para Relawan bertungkus lumus membuat persediaan bagi menjayakan konvensyen ini




Thursday, February 05, 2015

TAQWIM GPTD 2015

Semak jadual tahunan anda. Jom sertai aktiviti menarik sepanjang tahun 2015 yang telah dirancang.


Untuk mencetak taqwim ini, ianya boleh dimuat turun di http://bit.ly/taqwimgptd15

Jumpa anda di aktiviti yang terdekat.


Tuesday, February 03, 2015

Jom Jejak Kegemilangan Tamadun Melayu

JOM DAFTAR AWAL!

KONVENSYEN KETAMADUNAN DUNIA 1.0:
"Menjejaki Kegemilangan Tamadun Melayu"

Dapatkan yuran istimewa untuk pendaftaran awal (early bird) sebelum 15 Februari 2015.

Sila layari http://www.konvensyentamadun.com/ untuk maklumat lanjut.

DAFTAR di http://konvensyentamadun.com/daftar