Monday, May 05, 2014

Himpunan Relawan: GPTD meneruskan siri jelajah negeri


3 Mei 2014, Ipoh - GPTD telah meneruskan siri jelajah Malaysia dalam program Himpunan Relawan ke lebih lima buah negeri termasuk Melaka, Terengganu, Kelantan, Kedah, Penang dan Perak. Ternyata sambutan yang diberikan di setiap negeri sangat meriah dan memberangsangkan. Setiap peserta yang hadir menunjukkan semangat relawan yang tinggi ingin melakukan kebaikan dan kebajikan kepada umat.

Sudah menjadi kebiasaan GPTD akan membuat sesi pengenalan kepada yang berminat untuk mereka lebih faham apa aktiviti yang dijalankan di GPTD sebelum membuat keputusan untuk menjadi ahli dan memdapatkan pasport keahlian.

GPTD akan meneruskan jelajah ke Sabah, Sarawak dan terakhir di Johor. Bagi yang terlepas himpunan relawan boleh hadir di baki negeri tersebut dan sesi khas di pejabat GPTD yang akan diberitahu kelak.

Monday, April 21, 2014

Jemputan ke Mesyuarat Agung Tahunan GPTD kali ke-3


Makluman kepada semua ahli GPTD akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) GPTD kali ke-3 butiran seperti berikut:

Tarikh: 8 Jun 2014 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Lantai Tiga, Gombak, KL

Dijemput kepada semua ahli untuk hadir ke MAT. Maklumat lanjut boleh hubungi sekretariat GPTD di 01.789.666.49

Jumpa anda di sana ya!

Thursday, March 13, 2014

Himpunan Relawan @ Negeri Sembilan Selesai

8 Mac 2014, Paroi - GPTD telah meneruskan Jelajah Malaysia 2014 kali ini ke Negeri Sembilan. Program yang diadakan di Kompleks Belia & Sukan (KOMBES) Paroi, Negeri Sembilan telah mendapat kerjasama daripada Pejabat Belia & Sukan daerah Seremban & Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sembilan.

Program dimulakan dengan sesi bedah buku Ahmad Ammar oleh Sdr Muhammad Suhail, Presiden GPTD menerangkan serba sedikit tentang kisah hidup Ahmad Ammar dan isi yang paling ditekankan ialah peribadi & sikap baiknya yang boleh kita contohi. Selepas itu program diteruskan dengan ucapan perasmian oleh En Mohamad Rosdi Mahmod, Pegawai Jabatan Belia & Sukan daerah Seremban. Beliau turut menekankan aspek kepentingan kesukarelawanan dalam diri belia.


Selesai perasmian program disusuli dengan sesi Himpunan Relawan yang memberikan penerangan lebih jelas tentang GPTD kepada peserta yang hadir pada hari tersebut. Alhamdulillah dalam himpunan tersebut perbincangan Diskusi Grup (DG) telah dijalankan bersama ketua mentor bagi Negeri Sembilan iaitu Sdr Kamarul Ariffin Wafa.



Pihak GPTD mengucapkan selamat datang ke GPTD kepada semua ahli yang telah berdaftar dan mendapatkan pasport keahlian peringkat Negeri Sembilan. GPTD juga merakamkan jutaan penghargaan kepada semua pihak & penaja yang menjayakan program ini.

GPTD masih lagi membuka peluang kepada pihak & penaja yang bermiant untuk menaja GPTD Jelajah Malaysia ke negeri-negeri yang lain. Maklumat lanjut boleh hubungi sekretariat di 0178966649.

Friday, March 07, 2014

GPTD JELAJAH MALAYSIA 2014 @ NEGERI SEMBILAN



GPTD akan meneruskan program Himpunan Relawan dalam siri jelajah ke seluruh negara kali ini akan ke Negeri Sembilan seperti butiran berikut:

Tarikh: 8 Mac 2014 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat: Kompleks Belia & Sukan (KOMBES) Paroi, Negeri Sembilan

Di dalam program tersebut sesi bedah Buku Ahmad Ammar akan dijalankan pada sebelah pagi. Penyertaan adalah percuma. Bagi yang ingin sertai GPTD sebagai ahli dan mendapatkan pasport GPTD boleh berbuat demikian dengan yuran RM30.00 sahaja selepas sesi penerangan.

Oleh itu dijemput kepada semua yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang GPTD boleh hadir di himpunan relawan @ Negeri Sembilan.

Wednesday, February 26, 2014

GPTD di UNISZA


18 Februari 2014, Gong Badak - GPTD telah dijemput untuk berkongsi kisah Ahmad Ammar oleh Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) UNISZA bersempena Karnival Mahasiswa Islam (KAMI) pada 17 Februari 2014. Majlis yang meriah dengan kehadiran penuh dewan.



Selesai program tersebut perbincangan bersama Dekan Fakulti Pengajian Islam dan wakil pimpinan PMKI bagi menyatakan hasrat sekiranya sudi untuk menjadi hos GPTD Jelajah Malayisa peringkat negeri Terengganu. Alhamdulillah hasil perbincangan tersebut mereka sudi untuk membantu melancarkan GPTD Jelajah Malaysia di Terengganu. Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

GPTD Jelajah Malaysia 2014 telah bermula


17 Februari 2014, Shah Alam - Alhamdulillah GPTD Jelajah Malaysia 2014 telah memulakan jelajahnya yang pertama pada 15 Februari 2014 di UIAM. Himpunan Relawan (HR) diselitkan bersama dalam siri jelajah tersebut memberi penerangan dan taklimat tentang GPTD yang lebih mendalam kepada ahli-ahli baru. UIAM menjadi lokasi pertama kerana sambuatan yang luar biasa ketika program Ammar yang dijalankan sebelum itu. Disamping HR berlangsung program diikuti dengan pelancaran Buku Ahmad Ammar Satu Kematian Yang Hidup dirasmikan oleh pengarang buku tersebut iaitu Mejar Mohamad Qayyum A. Badaruddin.



Jelajah seterusnya yang dijalankan pada keesokkan harinya bertempat di Auditorium Karangkraf, Shah Alam menumpukan ahli-ahli sekitar Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Majlis dimulakan dengan perasmian buku Cerita Cinta Ahmad Ammar oleh CEO Krangkraf sendiri Dato' (Dr) Hussamuddin bin Hj. Yaacob bersama-sama Pengasas GPTD, Tn Hj Ahmad Azam Ab Rahman dan penulis-penulis yang menyumbang dalam buku tersebut.  Di majlis tersebut watikah perlantikan sebagai penasihat GPTD telah diserahkan kepada Dato' oleh Presiden GPTD, Muhammad Suhail Ahmad. Selepas itu program diteruskan dengan himpunan relawan kepada ahli-ahli baru.


Insyallah jelajah akan diteruskan selepas ini ke negeri-negeri seluruh Malaysia. Untuk tarikh yang terdekat GPTD akan jelajah ke Negeri Sembilan pada 8 Mac 2014 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan.

Tuesday, February 11, 2014

Majlis Pelancaran Buku Ammar sempena Himpunan Relawan Lembah Klang

Berita baik buat warga UIAM & Lembah Klang (KL/Selangor/Putrajaya)
=============================
GPTD akan mengadakan Majlis Pelancaran Buku Ammar sempena Himpunan Relawan di dalam siri GPTD Jelajah Malaysia bermula di Lembah Klang. Butiran program seperti berikut:-

Majlis Pelancaran Buku "Ahmad Ammar Suatu Kematian yang Hidup" & Himpunan Relawan Khas UIAM
Tarikh: 15hb Februari 2014
Masa: 9.00 pagi
Tempat: UIAM, Gombak, KL

Majlis Pelancaran Buku "Cerita Cinta Ahmad Ammar" & Himpunan Relawan peringkat Lembah Klang
Tarikh: 16hb Februari 2014
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Auditorium Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

*Perhatian kepada mereka yang akan hadir di peringkat Lembah Klang mohon isi borang kehadiran untuk tujuan semakan keahlian online dengan klik link berikuthttp://bit.ly/kehadiranHR

Thursday, February 06, 2014

Jom ke Diskusi Obat Hati (DOH)