Tuesday, February 26, 2013

Pertemuan bersama tokoh guru

21 Februari 2013, Seremban - Satu pertemuan telah diadakan antara pimpinan GPTD dan tokoh pendidik iaitu Cikgu Anisah Abdullah dan Cikgu Norizan dalam merangka untuk membuat program-program turun sekolah. Antara program yang telah diperbincangkan adalah program memupuk minat membaca di kalangan pelajar. Kami sangat bertuah kerana bertemu dengan guru-guru ini kerana mereka sangat menyokong dan memberi pengisian untuk pembangunan modul membaca yang berkesan.

GPTD juga ditawarkan untuk memberi dan membantu pelajar dalam menganjurkan program yang bersifat khidmat komuniti di luar negara terutamanya pelajar bersekolah berasrama penuh. Ini kerana di dalam mendapatkan status Sekolah Berperestasi Tinggi (SBT) mereka perlu menganjurkan sekurang-kurangnya 2 program ke luar negara.

Tuesday, February 19, 2013

Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 GPTD Meriah

17 Februari 2013, Kuala Lumpur - Alhamdulillah GPTD telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-2 yang bertempat di Dewan Mawar, Perpustakaan Kuala Lumpur. Antara usul yang telah ditekankan dalam mesyuarat tersebut ialah fokus penulisan. Ramai relawan GPTD telah melakukan misi di luar negara tetapi masih belum mempunyai penulisan seperti artikel, majalah atau buku. Oleh itu fokus tahun ini memberikan latihan kepada relawan untuk menghasilkan sebuah penulisan hasil misi-misi mereka yang telah dilaksanakan. Selain itu usul untuk memperbaiki sistem kerja GPTD melibatkan sistem pejabat dan keahlian. Ini kerana ramai ahli yang telah berdaftar tetapi masih tidak dapat dibuat tindakan susulan yang baik. Insyallah dengan adanya sistem ini sedikit sebanyak dapat membantu melancarkan gerak kerja GPTD yang lebih terancang.

Sebelah petangnya pula telah diadakan sesi perkongsian pengalaman melibatkan dua grup yang telah menjalankan misi di Indonesia iaitu Grup Ibn Battutah dan Grup Wali Songo. Setiap grup telah membentangakan projek yang telah dijalankan di sana serta perancangan akan datang yang boleh dilakukan. Terdahulu grup Ibn Battutah telah menyambung siri menjejak pelayaran Ibn Battutah sendiri termasuk menjejak tokoh-tokoh Nusantara yang berada di kawasan sekitarnya. Grup Wali Songo pula meneruskan misi penubuhan perpustakaan psanteren di Cirebon serta menjejak kesan Wali Songo.

Thursday, February 14, 2013

Jemputan Perkongsian Pengalaman

Sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 GPTD membawakan Siri Perkongsian Pengalaman bersama relawan yang baru menyelesaikan misi di Indonesia. Peluang kepada anda untuk mengenali projek yang mereka laksanakan di sana. Tempat terhad. Untuk mendaftar sila sms [NAMA] [INSTITUSI] [NEGERI] ke 017-6665958 (Hakim).


Friday, December 21, 2012

Relawan GPTD sertai Program Berkhatan Sekampung


16 Disember 2012, Nabawan, Sabah - Beberapa orang relawan GPTD telah menyertai Porgram Berkhatan Sekampung yang dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Abim Sabah dan GPTD sendiri.


Program yang telah masuk fasa ke 5 kali ini memfokuskan program berkhatan untuk kanak-kanak dan remaja yang berada di Kg Pandiwan. Selain itu  diadakan juga program susulan Iqra yang telah berjalan sebelum ini. Sambil itu juga ibu dan bapa dikendalikan ceramah pemakanan yang sihat yang disampaikan oleh SUA GPTD, Sdr Huzaifah sendiri. ALhamdulillah program dapat dijalankan dengan lancar sekali.


Semua pihak memainkan peranan yang baik sekali. Ternyata program berkhatan ini adalah satu usaha yang murni kerana mereka yang membantu menjalankan aktiviti ini sedikit sebanyak pahala berkhatan ini turut dikongsi oleh mereka yang menjayakannya. Sesungguhnya amalan berkhatan ini sangat dituntut oleh Islam kerana ia termasuk dalam kategori menjaga kebersihan. Islam sangat menitik beratkan soal kebersihan.

Insyallah program sperti ini akan kerap dilakukan melibatkan semua relawan GPTD sebelum memulakan projek ke luar negara.

Sunday, December 09, 2012

JEJAK PATANI 2013

GPTD sedang merancang JEJAK PATANI 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio-Budaya | 20-31 Mei 2013. Ini adalah projek buat kali kedua atas permintaan...

GPTD perlukan 20 sukarelawan. Jika berminat sila daftar di http://bitly.com/gptdvolunteer & TAIP jp2013 nama no kp emel KEMUDIAN sms ke 019.956.7677 ATAU emel ke gptdunisel@gmail.com

#AKTIVITI:
1. Mengajar Bahasa Melayu, English & Komputer
2. Program Motivasi Jatidiri pelajar sekolah
3. Ramah Mesra Famili Angkat di Kg Nad Tanjong
4. Ziarah Sejarah di Surau Aur, Krisek, dll
5. Ziarah Ilmu di Pondok Dala dll

#SYARAT :
1. Berminat
2. Komitmen
3. Terbuka IPTA/S

#KOS
rm1000.00
(termasuk penginapan, pengangkutan, makan dan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim)

#INFO
019.956.7677 (SARAH)

Monday, September 17, 2012

Bedah Filem & Perkongsian Pengalaman


Klik gambar untuk paparan lebih besar

Semua dijemput hadir!


Tuesday, September 11, 2012

JejakChengHo #3 – Video Teaser CH 1



Nantikan video seterusnya yang akan dimuat naik pada setiap minggu.

Friday, August 31, 2012

Jom Baraan III



Jom Baraan III merupakan program susulan daripada program Jom Baraan I dan II yang telah berjaya dilaksanakan pada Aidilfitri 1431H dan 1432H yang lepas. Baraan merujuk kepada budaya masyarakat melayu Jawa Johor yang menyambut kedatangan Aidilfitri dengan amalan kunjung- mengunjung dari sebuah rumah ke rumah yang lain sambil memperdendangkan alunan marhaban dan berzanji.

Maka dengan ini, GPTD Pusat ingin menjemput rakan-rakan sekalian untuk sama-sama meraikan Jom Baraan III yang akan berlangsung pada 8 September 2012 bersamaan hari raya ke-21. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin! 

Tonton video Jom Baraan di bawah: