Friday, December 21, 2012

Relawan GPTD sertai Program Berkhatan Sekampung


16 Disember 2012, Nabawan, Sabah - Beberapa orang relawan GPTD telah menyertai Porgram Berkhatan Sekampung yang dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Abim Sabah dan GPTD sendiri.


Program yang telah masuk fasa ke 5 kali ini memfokuskan program berkhatan untuk kanak-kanak dan remaja yang berada di Kg Pandiwan. Selain itu  diadakan juga program susulan Iqra yang telah berjalan sebelum ini. Sambil itu juga ibu dan bapa dikendalikan ceramah pemakanan yang sihat yang disampaikan oleh SUA GPTD, Sdr Huzaifah sendiri. ALhamdulillah program dapat dijalankan dengan lancar sekali.


Semua pihak memainkan peranan yang baik sekali. Ternyata program berkhatan ini adalah satu usaha yang murni kerana mereka yang membantu menjalankan aktiviti ini sedikit sebanyak pahala berkhatan ini turut dikongsi oleh mereka yang menjayakannya. Sesungguhnya amalan berkhatan ini sangat dituntut oleh Islam kerana ia termasuk dalam kategori menjaga kebersihan. Islam sangat menitik beratkan soal kebersihan.

Insyallah program sperti ini akan kerap dilakukan melibatkan semua relawan GPTD sebelum memulakan projek ke luar negara.

Sunday, December 09, 2012

JEJAK PATANI 2013

GPTD sedang merancang JEJAK PATANI 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio-Budaya | 20-31 Mei 2013. Ini adalah projek buat kali kedua atas permintaan...

GPTD perlukan 20 sukarelawan. Jika berminat sila daftar di http://bitly.com/gptdvolunteer & TAIP jp2013 nama no kp emel KEMUDIAN sms ke 019.956.7677 ATAU emel ke gptdunisel@gmail.com

#AKTIVITI:
1. Mengajar Bahasa Melayu, English & Komputer
2. Program Motivasi Jatidiri pelajar sekolah
3. Ramah Mesra Famili Angkat di Kg Nad Tanjong
4. Ziarah Sejarah di Surau Aur, Krisek, dll
5. Ziarah Ilmu di Pondok Dala dll

#SYARAT :
1. Berminat
2. Komitmen
3. Terbuka IPTA/S

#KOS
rm1000.00
(termasuk penginapan, pengangkutan, makan dan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim)

#INFO
019.956.7677 (SARAH)

Monday, September 17, 2012

Bedah Filem & Perkongsian Pengalaman


Klik gambar untuk paparan lebih besar

Semua dijemput hadir!


Tuesday, September 11, 2012

JejakChengHo #3 – Video Teaser CH 1



Nantikan video seterusnya yang akan dimuat naik pada setiap minggu.

Friday, August 31, 2012

Jom Baraan III



Jom Baraan III merupakan program susulan daripada program Jom Baraan I dan II yang telah berjaya dilaksanakan pada Aidilfitri 1431H dan 1432H yang lepas. Baraan merujuk kepada budaya masyarakat melayu Jawa Johor yang menyambut kedatangan Aidilfitri dengan amalan kunjung- mengunjung dari sebuah rumah ke rumah yang lain sambil memperdendangkan alunan marhaban dan berzanji.

Maka dengan ini, GPTD Pusat ingin menjemput rakan-rakan sekalian untuk sama-sama meraikan Jom Baraan III yang akan berlangsung pada 8 September 2012 bersamaan hari raya ke-21. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin! 

Tonton video Jom Baraan di bawah:

 

Thursday, August 30, 2012

Jejak Cheng Ho #2 – Selamat Tiba di Kunming, Yunnan


Tiket ke Kunming sudah dibeli. Untuk memastikan kami tidak terlepas keretapi 5 jam awal kami sudah menunggu di Setesen Keretapi Guangzhou. Teramat ramai manusia yang mahu menaiki keretapi. Tapi ternyata penduduk di sini sedia membantu walaupun tidak memahami bahasa antara satu sama lain. Sudah masuk gerabak keretapi. Bergerak pada pukul 9.08 malam dan sampai pada jam 11.00 malam. Perjalanan dari Guangzhou ke Kunming memberi satu pengalaman baru. Bayangkan 26 jam hanya duduk di kerusi untuk sampai ke destinasi. Sakit badan dibuatnya. Melihat gelagat penumpang di sini kadang-kadang menceriakan kami sepanjang perjalanan.


 Misi lain kami sampai di sini ialah berpuasa sunat Aidilfitri. Alhamdulillah 2 hari berpuasa di sini telah Berjaya dilaksanakan. Walaupun berbekal kurma, roti & buah-buahan.


Tepat jam 11.08 malam kami tiba di Bandar Kunming. Suhu di sini lebih sejuk berbanding di Guangzhou lebih kurang 19C. Kami telah disambut oleh En Faizul staf Konsulat Malaysia di Kunming. Kami sangat bersyukur dipertemukan dengan En Faizul yang sangat membantu. Kami dibawa makan kerana seharian di keretapi tidak mendapat makanan berat. Selepas itu kami bersama En faizul berjalan mendapatkan tempat menginap. Hampir 2 jam berjalan tidak jumpa kerana semua penuh.


Allah maha Hebat. Kami dipelawa menginap di rumah Pak Jam orang Malaysia sudah menetap di Kunming hampir 8 tahun. Hari ini kami akan ke Jinming bertemu dengan En Mani (waris generasi ke-20 ChengHo). Kami sangat teruja untuk bertemu beliau. Nanti kami akan kemaskini hasil pertemuan dengan beliau. 

Bersambung… 

Grup Cheng Ho

Sumber: Saudara Abdul Hakim Shahbuddin

Monday, August 27, 2012

Jejak Cheng Ho #1 - Selamat Tiba di Guangzhou, China

Masjid Huaisheng, Guangzhou, China

27 Ogos 2012 - Alhamdulillah kami (Abdul Hakim Shahbuddin, Arina Abd Ghani, Hdariyani Kampun) selamat mendarat di Bai Yun International Airport pada pukul 12.30 pagi. Manakala Sdri. Nor Sakinah Ya’cub selamat sampai lebih awal iaitu 9.00 malam. Waktu di China dan Malaysia tidak ada berbeza, yang hanya membezakan adalah waktu solat dan waktu gelap dan terang yang agak cepat di China. 

Bergambar di pintu gerbang Masjid Huaisheng 

Hari ini kami dapat menyelesaikan beberapa urusan utama seperti membeli tiket keretapi untuk ke Kunming, Yunnan tempat utama dalam menjejaki dakwah Cheng Ho. Faktor bahasa menjadi kesukaran kepada kami. Seperti ayam dan itik. Tapi akhirnya urusan dapat diselesaikan walaupun ia mengambil masa yang lama. Hari ini juga kami dapat melawat masjid Huaisheng berhadapan tempat kami menginap. Tempat yang tenang di samping makanan halal yang mudah diperolehi. 

Berurusan membeli tiket keretapi Guangzhou – Kunming  

Insyallah esok malam kami akan bertolak ke Kunming yang akan mengambil masa 26jam. Doakan kami selamat sampai pergi dan pulang. Setakat ini sahaja dahulu catatan perjalanan kami. Kami akan kemaskini dari semasa ke semasa bergantung kepada internet yang ada dan kekangan media sosial yang disekat. 

Bersambung...

Grup Cheng Ho

Sumber: Saudara Abdul Hakim Shahbuddin



Misi Eksplorasi Dakwah Laksamana Cheng Ho Bermula!



26 Ogos 2012 - Alhamdulillah, pada hari ini 4 orang aktivis GPTD Cheng Ho iaitu Saudara Abdul Hakim Shahbuddin, Saudari Hdaryani Kampun, Saudari Arina Abdul dan Saudari Nor Sakinah Ya'cub telah berlepas ke negara China bagi meneruskan misi "Jejak Laksamana Cheng Ho di China". Pengembaraan ini akan mengambil masa selama dua minggu iaitu dari 26 Ogos 2012 hingga 7 September 2012 di sekitar daerah Guangzhou & Kunming, Yunnan. 

InsyaAllah pada 7 September 2012, 3 orang aktivis akan pulang ke tanah air manakala seorang aktivis lagi iaitu Saudara Abdul Hakim akan tinggal di sana lebih kurang satu tahun untuk meneruskan misi tersebut.

Kami daripada GPTD Pusat senantiasa mendoakan keselamatan dan kejayaan serta dipermudah perjalanan mereka di sana. Ameen.

Sebarang sumbangan ikhlas untuk perjalanan anak-anak muda ini boleh disalurkan ke akaun Maybank (162200035046) atas nama Abdul Hakim bin Shahbuddin. Terima kasih.