Dijemput kepada semua untuk menghadiri program ini mengetahui sendiri realiti sebenar demontrasi yang berlaku di Mesir dari pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di sana.View Pusat Pembangunan Belia Islam in a larger map
Dijemput kepada semua untuk menghadiri program ini mengetahui sendiri realiti sebenar demontrasi yang berlaku di Mesir dari pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di sana.
Anda berminat dengan GPTD? Anda ingin tahu lebih lanjut mengenai kami? Anda baru mendaftarkan diri sebagai ahli? Anda ingin terlibat dengan gerak kerja di luar negara?

24 Safar 1432 (29.01.11), Universiti Malaya - S.U.A. GPTD merangkap Ketua Grup GPTD Turki, telah menghadiri "Seminar Baladatun Toyyibah II: Model Uthmaniyyah" anjuran Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) Cawangan Selangor.
Seminar ini merupakan yang kedua selepas penganjuran siri yang sama membentangkan Model Andalusia.
Sebanyak 9 kertas kerja yang dibentangkan oleh 8 pembentang merangkumi jatuh bangun kerajaan Osmanlı, perkembangan fiqh di zaman tersebut, aspek kewarganegaraan dan ekonomi.
Kertas kerja yang dibentangkan amat baik untuk dijadikan rujukan bagi mereka yang berminat mendalami pengetahuan berkenaan kerajaan Osmanlı, khususnya penggerak GPTD Turki.
[Baca selanjutnya]
GOMBAK, 30 Januari 2011. Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia (GPTD) berbesar hati menerima kunjungan hormat adik-adik dari Persatuan Pelajar Islam Kelantan dan juga Besut. Kehadiran mereka disambut oleh Saudara Mohd Shazni Abdullah, Timbalan Presiden GPTD di Dewan Pusat Pembangunan Belia Islam, Taman Cemerlang.

16hb Januari 2010, Kepong - Tahun baru 2011 telah dimulakan dengan penuh semangat dan meriah melalui program Hari Keluarga GPTD yang diadakan pada 16 Januari lalu di Taman Metropolitan Kepong. Seramai lebih 30 orang yang hadir terdiri daripada ahli lama dan baru beserta keluarga mereka.
Program yang bermula jam 9 pagi turut dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Ahmad Azam yang sudi meluangkan masa bersama para peserta dan menyampaikan kata-kata aluan beliau.Selain itu, acara utama iaitu “Running GPTD” (explorace) telah menyaksikan kesungguhan dan kerjasama di kalangan para peserta dalam menjayakan tugasan yang diberikan kepada mereka.
Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh sdr. Suhail, Presiden GPTD setelah para peserta menikmati makanan ‘potluck’ yang dibawa oleh mereka. Semoga program Hari Keluarga ini berjaya menaikkan semangat para ahli untuk meneruskan misi Rahmatan lil Alamin pada tahun 2011 ini.

