Saturday, June 26, 2010

Malam Apresiasi Salahuddin al-Ayyubi


Saturday, June 19, 2010

Temuramah GPTD bersama KOSMO!

Kuala Lumpur, 19 Jun 210 - Saudara Suhail (Presiden GPTD) dan Saudara Hakim (Pen. Setiausaha) sekali lagi telah pergi ke KOSMO! untuk ditemuramah berkenaan penubuhan dan gerak kerja GPTD. Dalam sesi temuramah tersebut pelbagai soalan telah diajukan oleh wartawan KOSMO! kepada GPTD untuk diselitkan lebih banyak info di dalam akhbar tersebut.

Di kesempatan itu juga GPTD diberi ruang untuk mempromosikan iklan berkenaan Program Himpunan Relawan 2010 yang bakal berlangsung pada 10 Julai 2010. Pihak GPTD sangat menghargai peluang yang telah diberikan oleh KOSMO! dan berharap peluang seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang supaya segala aktiviti yang GPTD lakukan dapat dikongsi bersama dengan masyarakat di seluruh Malaysia.

Kunjungan mahabbah ke Wales



PERJALANAN dari Durham di utara United Kingdom (UK) ke Cardiff di selatan mengambil masa lebih kurang empat jam dengan menaiki keretapi.

Di tengah perjalanan saya sempat singgah di Birmingham menghadiri mesyuarat Jawatan kuasa Pelajar Community and Youth Work Union (CYWU). Justeru perjalanan tidaklah terasa jauh dan menjemukan.

Bacaan lanjut di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0618&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm&arc=hive

Thursday, June 17, 2010

Pendaftaran Himpunan Relawan ditutup

Penyertaan HIMPUNAN RELAWAN 2010 telah ditutup!

Adalah dimaklumkan bahawa penyertaan program ini telah mencapai had peserta. Bagi mereka yang masih berminat, teruskan hantar SMS NAMA & NO KP ke 0176665970 untuk rekod kami.

Selepas program ini berakhir, bermula bulan Ogos, GPTD akan mengadakan Jelajah Semenanjung bagi menziarahi setiap koordinator yang dilantik dalam Himpunan Relawan 2010 sekaligus mengadakan pengambilan baru ahli grup tokoh yang berkenaan.

Jadi, teruskan menghantar SMS NAMA & NO KP ke 0176665970 untuk kami memberitahu anda lokasi dan masa kedatangan ke tempat anda! Nantikan kami di sana!

Persidangan Global Model United Nations 2010 (GMUN)

Tawaran kepada ahli GPTD dibuka untuk SEORANG sahaja bagi mewakili GPTD ke program berikut:

Program : Persidangan Global Model United Nations 2010 (GMUN)
Tarikh : 14 - 18 Ogos 2010
Tempat : PWTC
Peserta : 20 orang

Syarat-syarat penyertaan
  • Berumur antara 18 hingga 24 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Fasih berbahasa Inggeris dan berkebolehan bahasa asing (kelebihan)
Jika berminat, sila emelkan kepada gptdhq@gmail.com perkara berikut:
- CV / Resume
- Gambar Pasport (Jika ada salinan softcopy)

KOSMO! menyambut baik kedatangan GPTD

Kuala Lumpur, 16 Jun 2010 - Seramai enam orang kepemimpinan GPTD telah mengadakan kunjungan rasmi ke pejabat operasi akhbar KOSMO! di Jalan Chan Sow Lin di sini diketuai oleh Presiden GPTD, Sdr Muhammad Suhail Ahmad.

Kunjungan selama dua jam tersebut telah diraikan dengan baik oleh Penolong Pengarang 1 KOSMO, En Mohd Nor Ab Samad; Penolong Pengarang Rencana, En Hamzah Abdul Hamid dan En Zamri Rambli; dan wartawan, En Mohd Faizal Zakaria sebelum dibawa melawat stesen kerja mereka.

Dalam sesi perkenalan, pihak KOSMO dan GPTD sempat bertukar pandangan mengenai penglibatan generasi muda belia dalam kerja-kerja kesukarelawanan.

Budaya kerja NGO bagi graduan universiti masih belum boleh diterima masyarakat di Malaysia kerana masa depan mereka dirasakan tidak terjamin.

Ini adalah cabaran besar bagi GPTD untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa kerja ini membawa pulangan yang besar kepada diri, keluarga dan masyarakat.

En Mohd Nor juga berpesan agar relawan GPTD menambahkan siri penjelajahan ke luar negara bagi mengumpul pengalaman berharga yang pastinya berguna suatu hari nanti.

KOSMO! turut menyatakan kesediaan untuk memberi liputan kepada aktiviti GPTD supaya lebih dikenali selain membantu GPTD memberi kesedaran kepada masyarakat awam khususnya belia tentang kepentingan semangat kesukarelawanan melalui kerja-kerja NGO.

Monday, June 14, 2010

Konya, Rumi dan Said Nursi.



Perjalanan dari Istanbul ke Konya mengambil masa 10 jam menaiki kereta. Perjalanan bertambah menarik kerana tempat yang dituju adalah tempat yang sinonim dengan tokoh sufi terkenal iaitu Maulana Jalaluddin ar Rumi. Rumi terkenal dengan karya Masnawi dan tarian kerohanian Semazen atau Dervish. Konya tidak akan bermakna tanpa susuk Rumi kerana itu Arif Nihat Asya menitipkan dalam puisinya secara berulang dalam setiap bait dengan ‘Konya means Mawlana’...

Bacaan lanjut di http://gptd-spain.blogspot.com/

Friday, June 11, 2010

E-zine KEMBARA edisi Khas

E-zine KEMBARA GPTD edisi khas akan dikeluarkan sempena Himpunan Relawan 2010. Oleh itu, bagi sesiapa yang berminat untuk menyumbang artikel atau karya kreatif yang akan dimuatkan di dalam e-zine tersebut sila emelkan kepada ezine.kembara@gmail.com selewat-lewatnya 18 Jun 2010 (Jumaat)

Berikut ialah format untuk artikel:
  • 2 pages
  • Spacing: 1.5
  • Font: Arial
  • Font size: 12
  • sekurang-kurangnya 3 keping gambar serta keterangan