Monday, October 19, 2009

Perbincangan Penubuhan GPTD Eropah di Sheffield, UK

Sheffield, United Kingdom- 18 Oktober 2009 / 29 Syawal 1430 - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD menghadiri dan mengisi program pertemuan dan jamuan hari raya Malaysian Islamic Study Group (MISG). Pertemuan tersebut turut dihadiri saudari Addawiyah Salim; Koresponden GPTD di UK dan juga saudara Suhaib Hamidi; Presiden Persatuan Melayu United Kingdom yang juga merupakan rakan kongsi GPTD.

Pertemuan tersebut turut membincangkan penubuhan dan gerak kerja GPTD di UK. Perbincangan tersebut dibantu oleh saudara Khairul Arifin Mohd Munir (MISG) dan saudara Safwan, pelajar perubatan Newcastle yang berminat menggerakkan GPTD di UK dan Eire. Beliau sudah pun membuat kerja-kerja awal kesukarelaan di Bosnia dan pengalaman beliau boleh diselami di http://bosnianexperience.blogspot.com. Blog beliau dijangka akan diikonkan di laman blog GPTD. Di samping itu juga projek keilmuan (http://scholarsfoundation.blogspot.com/) beliau juga dijangka diformulasikan di bawah GPTD memandangkan antara objektif pertama GPTD adalah membuat kajian dan memupuk budaya ilmu selari dengan apa yang diperjuangkan oleh saudara Safwan.

GPTD di Eropah juga akan melibatkan para pelajar di beberapa buah negara lagi seperti Republik Czech, Ireland dan lain-lain lagi bagi menyemarakkan lagi usaha-usaha kesukarelaan global ini.


Grup Ashbul Kahfi di Kemboja

Phnom Penh- 18 Oktober 2009 / 29 Syawal 1430 - Demikian email saudara Saiful Islam, Pengerusi Grup Ashabul Kahfi kepada Pengerusi GPTD :

"Waalaikumussalam, Alhamdulillah dan syukran jazilan pada abang atas kata-kata sokongan Maaf sebab lambat balas , ana baru pertama kali ke internet cafe di sini. Ana sekarang berada di Phnom Penh . Mengadakan kerjasama dengan CMIA ( Cambodian Muslim Islamic Alliance )
di bawah seliaan Ustaz Farid yang bertugas sepenuh masa di sini . Ana baru sahaja berjumpa dan bermesyuarat bersama ahli jawatankuasa CMIA dan para guru di Dubai Islamic School yang berada di bawah kelolaan CMIA . Insyaallah besok akan bermula program bersama para pelajar dan seterusnya akan dibawa oleh Ustaz Farid menziarahi sekolah-sekolah di sekitar Phnom Penh ini . Insyaallah ana akan pulang pada 24 Oktober ini memandangkan sahabat ana ahli terbaru Ashabul Kahfi , Uwais Al Qorni akan memulakan sesi pengajian untuk semester baru di UIA Nilai .

Ana insyaallah akan cuba kemaskini blog (http://ashabulkahfigptdabim.blogspot.com/) dalam ruang yang ada disebabkan keterbatasan kemudahan komunikasi di sini . Maaf atas kekurangan bang . Doakan ana dan para sahabat 'tsabat'(teguh) dalam perjuangan . Ameen..

Salam Permisi dari Ana , dan ahli Grup Ashabul Kahfi".

Saiful Islam
Pengerusi,
GPTD Ashabul Kahfi

Saturday, October 03, 2009

SU Kewangan Selamat Diijabkabulkan

Kepong, 3hb Oktober 2009 - Setiausaha Kewangan GPTD, Saudari Ain Najwa telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Saudara Afham pada malam semalam dan majlis kenduri dilangsungkan pada hari ini. Untuk makluman, Ain Najwa juga ialah ketua GPTD Sri Lanka. Ramai tetamu yang hadir khususnya tetamu dari Sri Lanka di mana tempat GPTD Sri Lanka membuat kajian dan khidmat sosial di sana turut sama-sama menghadiri majlis tersebut.

Kami dari GPTD mengucapkan selamat pengantin baru dan moga berbahgia hingga akhirnya. Semoga perkahwinan ini dapat menjadi pemangkin untuk bergerak lebih aktif lagi dalam medan dakwah khususnya GPTD.

Thursday, October 01, 2009

Pengerusi GPTD di UK

Sepang, 28hb September 2009 - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah berlepas ke United Kingdom untuk melanjutkan pelajarannya di peringkat Sarjana (Master) dalam 'Community and Youth Work'. Presiden GPTD, Saudara Suhail bersama-sama exco yang lain turut menghantar beliau ke lapangan terbang KLIA. Turut hadir sama saudara Muhd. Razak Idris;Presiden ABIM, saudara Wan Fazamy;Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, keluarga beliau dan lain-lain.

Insyallah beliau akan berada Universiti Durham lebih kurang satu tahun sepanjang pengajian. Diharapkan kepada beliau agar tabah dan berusaha sebaiknya. Diharapkan juga kepada semua ahli GPTD mendoakan agar beliau selamat pergi dan pulang nanti. Beliau boleh dicapai di http://gptd-spain.blogsport.com dan jufitri1979@yahoo.com

Monday, September 28, 2009

Al-fatihah buat bapa aktivis GPTD


Batu Pahat - 28 September 2009 - Presiden GPTD telah menerima khidmat pesanan ringkas daripada salah seorang aktivis GPTD, Mohd Akhmal Mohd Noor pada jam 1.29 pagi yang memaklumkan pemergian bapanya yang terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Johor.

Sebelum itu, Sdr Akhmal dan isterinya serta anak sulungnya sempat bersama-sama Presiden dan Penolong SUA, Abdul Hakim Shahbuddin menziarahi En Jambri (pegawai Imigresen yang pernah bertugas di Guangzhou, China) di Bukit Tinggi Klang sempena Aidilfitri.

Sdr Akhmal kini masih dalam perjalanan pulang ke rumah ibubapanya di Batu Pahat dan tidak berkesempatan bertemu dengan bapanya sebelum dia meninggal dunia.

Mohon agar semua pembaca blog khususnya ahli-ahli GPTD untuk sedekahkan al-Fatihah buat allahyarham.Moga Allah cucuri rahmatNya ke atas allahyarham dan ditempatkannya di kalangan orang-orang yang soleh.

Sunday, September 27, 2009

Kuala Lumpur- 27 September 2009 / 8 Syawal 1430 - GPTD menyokong surat di bawah:

19 September 2009

His Excellency Peter J.E. Anegbeh
High Commissioner for Nigeria in Malaysia
Kuala Lumpur.


Your Excellency,

Sub: Violent suppression of Al Quds Day Demonstration,the killing of five people, and the threat to the life of Mu’allim Ibrahim Al-Zakzaky by Nigerian police.

We, the undersigned civil society organsations, write to register our strongest protest against the forceful suppression by the Nigerian police of the demonstration on Al Quds Day in Zaria, Kaduna State, northern Nigeria in support of the struggle of the Palestinian people for liberation of their homeland from Zionist colonialism and occupation.

We understand that police violence has led to the klling of five innocent lives and that the life of the leader of the Islamic Movement Mu'allim Ibrahim Al-Zakzaky is under threat from the state's security forces. We have received reports of armed riot police moving towards Mu’allim Ibrahim Al-Zakzaky’s house in Zaria, Kaduna State, northern Nigeria. Members of the Islamic Movement are surrounding the home of Nigeria’s Islamic Movement leader, in a bid to block any attack by police.

Members o f the movement are unarmed, whereas the mobile police units are heavily armed and deployed in streets and areas near Al-Zakzaky’s residence. There are serious and credible fears that an attack is imminent on Al-Zakzaky’s home, which is part of a compound which houses many people. If the feared attack takes place, it will surely lead to a lot of bloddshed and loss of many innocent lives. Such an outcome must be prevented.

The serious violation of the human rights of those who took part in the demonstration and the threatened attack on Mu'allim Ibrahim Al-Zakzaky by the state's security apparatus must be condemned by Nigerians of all faiths and all peace-loving people in the world.

We are shocked that Nigeria, a victim of European colonialism and with a tradition of heroic resistance to it, has chosen to suppress its people's demonstration of support for the struggle of the Palestinians whose homeland has been colonised by settlers from Europe and the United States for over sixty years and who on a daily basis suffer discrimination, violence,and indignities from the Zionist occupation forces.

The brutal action by your security forces against people exercising their democratic and constitutional rights will not only create division and disunity in Nigeria leading to more violence but also tarnish its image in the Third world and in the movements for democracy, peace and justice in the West.

We urge your government to take immediate action to put an end to the repressive police action against the supporters of the Islamic Movement and to ensure the safety and liberty of Mu'allim Ibrahim Al-Zakzaky.

Yours truly,

Haji S.M. Mohamed Idris, Chairman, Citizens International

Azmi Hamid, Nusantara Initiative for Justice and Peace (NADI)

Mohideen Abdul Kader, Universal Justice Network (UJN)

Sunday, September 20, 2009

Salam Lebaran Daripada Presiden GPTD

Kuala Lumpur - 20 September 2009 / 1 Syawal Ramadhan 1430 - Presiden GPTD, saudara Muhammad Suhail Ahmad dan Pimpinan Utama GPTD Mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri, Maaf Zahir Batin. Teruskan Perjuangan, Allahuakbar!

Pesanan Aidilfitri


Sempena ketibaan Syawal pada hari ini, saya selaku Presiden GPTD mewakili semua saf kepimpinan GPTD ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua penggerak GPTD di seluruh tanahair dan di luar negara.

Marilah sama-sama kita hayati semangat hijrah yang berlaku pada 20 September 622 dalam kita menyambut Aidilfitri ini. Penghijrahan dari yang baik kepada yang lebih baik amat dituntut.

GPTD pada peringkat kepimpinan pusat kini berhasrat untuk pertingkat professionalisme dalam gerakan selain memperkukuh institusi GPTD dari segi ekonomi, prasarana dan kualiti ahli.

Adalah diharapkan semangat hijrah turut tersemai dalam diri ahli-ahli GPTD agar pelaksanaan sebarang perubahan yang bakal dilaksanakan dapat direalisasikan dengan lebih berkesan. Kami percaya kejayaan GPTD banyak bergantung kepada ahli-ahlinya dari peringkat akar umbi sehingga ke pucuk kepemimpinan.

Dalam Fasa Kedua yang sudah bermula ini, GPTD akan lebih fokus dan terarah secara objektif untuk mencapai misi-misi yang akan diumumkan kelak. Pada peringkat permulaan ini, kepimpinan pusat akan mengadakan beberapa siri perbincangan untuk perancangan yang lebih teliti.

Kami juga berhasrat untuk turun ke kampus-kampus dan kawasan-kawasan di mana terdapat ahli-ahli GPTD untuk kami salurkan segala maklumat yang dirancang seterusnya berbincang dengan lebih serius tentang situasi dan kondisi setempat.
Sempena Aidilfitri ini, GPTD menyarankan agar hubungan silaturrahim khususnya di kalangan ahli keluarga dipereratkan oleh ahli-ahli GPTD. Jadikan kesempatan ini satu peluang yang berharga walaupun sebentar untuk bersama dengan ahli keluarga yang disayangi. Bermaaf-maafan dan saling mengasihi sesama ahli keluarga harus diamalkan.

Kesempatan ini juga pastinya menjadi ruang kepada ahli-ahli GPTD yang sedang belajar untuk merehatkan minda sebelum menyambung pengajian setelah tamat cuti kelak. Didoakan agar kesempatan berehat ini dapat menyegarkan kembali minda untuk terus menimba ilmu.

Akhir kata, sekali lagi saya mewakili barisan kepemimpinan GPTD memohon kemaafan atas segala salah dan khilaf sepanjang GPTD menerajui gerakan ini dan Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua. Sampaikan salam kami kepada ahli keluarga yang menjadi pendokong kuat kepada kita untuk terus menabur bakti di bumi Ilahi.

Saturday, September 19, 2009

Berbuka Puasa Bersama Sukarelawan Global Peace Mission (GPM) Malaysia

Kuala Lumpur- 18 September 2009 / 28 Ramadhan 1430 - Pimpinan utama GPTD telah berkesempatan berbuka puasa dan beramah mesra dengan seorang sukarelawan Global Peace Mission (GPM) Malaysia iaitu saudara Azlan Mohd Sharif di Hotel Corus, Ampang. Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah al-Fadhil Ustaz Shamsul Azhar Yahya;Yang Dipertua ABIM Negeri Sembilan, saudara Jufitri Joha;Pengerusi GPTD, saudara Noryzal Zainal Abidin;Timbalan Pengerusi, saudara Kamarul Arifin Mohd Wafa;Ahli Majlis Tertinggi GPTD dan saudara Muhd Nor Azym;Ketua GPTD Kolej Lagenda.

Saudara Azlan berkongsi pengalaman tentang bagaimana beliau ditahan oleh pihak berkuasa Mesir baru-baru ini atas alasan kerap membantu dan menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza. Beliau ditahan di dalam penjara dan kemudian dihantar balik terus ke Malaysia tanpa sempat menghantar bantuan ke Gaza.

GPTD amat bersimpati dengan beliau dan perjuangan rakyat Palestin yang ditindas dari segenap sudut. 21 Ogos lepas kita baru sahaja menyambut hari memperingati al-Quds. Semoga Ramadhan ini menjadikan kita aktivis GPTD dan seluruh masyarakat Islam prihatin dengan isu Palestin. Marilah kita doakan nasib rakyat Palestin.



Sementara itu, GPM menyerahkan memorandum membantah penahanan seorang penggerak utama GPM, Sdr Azlan Mohamad Sharif oleh pihak berkuasa Mesir baru-baru ini. Beliau ditahan ketika ingin menghulurkan bekalan bantuan kemanusiaan ke GAZA. Disamping membantah penahanan Sdr Azlan Mohamad Sharif, memorandum ini juga tutut menggesa pihak berkuasa Mesir, membentuk badan-badan kemanusiaan antarabangsa untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan oleh penduduk GAZA menerusi sempadan MESIR-GAZA.

Penyerahan Memorandum ini di Kedutaan Mesir, turut menyaksikan 3 wakil GPM, Tn Hj Ahmad Azam yang juga merupakan Pengasas GPTD, Tuan Hj Nur Anwar Hashim dan Sdr Azlan sendiri pergi menemui pegawai kedutaan Mesir untuk menyuarakan bantahan secara langsung berhubung isu penahanan Mejar (B) Azlan dan halangan yang di hadapi para petugas kemanusiaan untuk menyalurkan bantuan ke GAZA menerusi sempadan Mesir-GAZA.Turut hadir bersama saudara Raimi Ab Rahim;Setiausaha Agung ABIM, saudara Khairul Anuar Musa;Setiausaha Agung PKPIM, saudara Shazni Abdullah; Timbalan Presiden GPTD dan saudara Abdul Hakim Shahbuddin; Penolong Setiausaha Agung GPTD.

Bagi mengingati perjuangan rakyat Palestin sila kemaskini informasi di http://palestinkini.info/. Laman web ini adalah laman web rasmi Muassasah al-Quds Malaysia di mana ABIM dan GPTD adalah badan gabungannya.