Sunday, June 18, 2017

GPTD Ke Bengkel Fund Raising










Pada 18/06/2017, GPTD telah dijemput oleh Future Global Islamic Network (FGIN) untuk menyertai Bengkel Fund Raising yang dianjurkan oleh mereka.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi memberikan kemahiran mencari dana bagi organisasi bukan berasaskan keuntungan (non-profit organisation, seperti GPTD). 

Sungguh, latihan Fund Raising berasaskan 4W's 1H yang diberikan oleh Puan Caroline Gaal merangkap Konsultan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) amat luar biasa. Latihan ini sepatutnya wajib diketahui dan dituntut oleh golongan muda khususnya.

Harapan kami agar selepas ini isu/masalah dana bagi sesebuah organisasi bersifat non-profit dapat diselesaikan dengan berkhemah. Aameen.



 Puan Caroline Gaal adalah antara penceramah bengkel ini


Antara peserta yang turut hadir ke bengkel ini
    
Perbincangan juga diadakan bagi meningkatkan kefahaman dalam kalangan peserta yang hadir




Presiden GPTD, saudara Muhammad Suhail juga turut menyertai bengkel ini

Saturday, June 17, 2017

Kuliah Ramadhan 2017

 KULIAH RAMADHAN 2017 "KEMBARA RAMADHAN IBN BATTUTA" 





Pada 17 Jun 2017, Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) telah mengadakan Kuliah Ramadhan. Tahun ini kami membawakan tajuk yang mungkin jarang sekali kita dengar, "KEMBARA RAMADHAN IBN BATTUTA". Tajuk ini dikupas oleh penterjemah buku Rihlah Ibn Battuta iaitu Dr. Syed Nurulakla.

Ibn Battuta adalah seorang pengembara Islam tersohor dan ulama zaman pertengahan Maghribi, yang diiktiraf secara meluas sebagai salah seorang pengembara terhebat sepanjang zaman. Beliau terkenal dengan pengembaraannya yang luas. Sepanjang tempoh tiga puluh tahun, Ibn Battuta melawat kebanyakan dunia Islam yang terkenal dan juga tanah bukan Islam. Perjalanannya termasuk perjalanan ke Afrika Utara, Afrika Barat, Timur Tengah, India, Asia Tengah, Asia Tenggara dan China.

Waktu kuliah disampaikan bermula jam 6.00 petang di Lantai Tiga GPTD. Pelbagai ilmu yang bermanfaat dikongsi bersama kami. Banyak juga pengalaman yang kami terima daripada beliau mengenai pengembaraan Ibn Battuta. Selesai sesi kuliah, Majlis Iftar Ramadhan pula menyusul. 

Berikut ialah video live kuliyah yang disampaikan oleh 
Dr. Syed Nurulakla mengenai kembara Ibn Battuta: 

 https://www.facebook.com/gptdhq/videos/vb.79429442341/10155547006122342/?type=2&theater


Berikut ialah gambar keadaan semasa program dijalankan serta buku-buku Rihla Ibn Battuta 


Buku Rihla Ibn Battuta dalam Bahasa Arab Jilid 1



Buku Rihla Ibn Battuta jilid kedua







Ketika kuliah sedang berlangsung










JEMPUTAN KE MAJLIS KULIAH RAMADHAN DAN IFTAR RAMADHAN









Pada petang ini, 17 Jun 2017,  Kuliyah Ramadhan berjudul Kembara Ramadhan Ibn Battuta serta Majlis Iftar GPTD akan diadakan. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke kuliah ini yang akan bermula jam 6.00 petang ini di Lantai Tiga GPTD.
.
Kuliah berjudul Kembara Ramadhan Ibn Battuta akan disampaikan oleh penterjemah buku "Rihlah Ibn Battuta" iaitu Dr. Syed Nurulakla.
.
Kepada mereka yang tidak berpeluang untuk hadir, kuliyah ini boleh ditonton secara live di FB Live GPTD pada petang ini melalui link ini :

https://www.facebook.com/gptdhq/ 









Thursday, June 15, 2017

Berakhirnya Bengkel Pengurusan Projek (GISO)






Pada 14 Jun 2017, maka berakhirlah Bengkel Pengurusan Projek Global Islamic Student Outreach (GISO) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berlangsung selama dua hari.

Komitmen yang diberikan oleh para pelajar grup 'Road to Japan' (R2J) sepanjang bengkel berlangsung wajar diberi penghargaan. 

Antara sebabnya adalah mereka sendiri yang mengambil inisiatif untuk mengundang GPTD ke sini. Ditambah pula mereka hanyalah pelajar tahun pertama dan sudah punya kesedaran mengurus projek secara serius. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang program ini diadakan terutamanya mengenai pengurusan sebelum, semasa dan selepas misi mereka ke Jepun seperti kemahiran mengambil gambar,  melukis pelan dan pengetahuan mengumpul dana.

Kami mendoakan agar misi mereka ke Jepun berjaya pada tahun 2019 ini! 


Berikut ialah antara aktiviti yang berlangsung sepanjang dua hari program ini dijalankan.



Presiden memberi penerangan mengenai cara melakar pelan




Para pelajar memberi tumpuan sepenuhnya semasa sesi pembelajaran berlangsung
Encik Hakim menerangkan tentang penggunaan aplikasi Google Translate

Kuliyah tiga minit yang disampaikan oleh salah seorang pelajar di sana





Pelajar melukis pelan jalan dalam sungai ketika sesi modul melukis pelan setempat


Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan



Antara lukisan pelan setempat yang dilukis oleh pelajar



Bengkel diakhiri dengan penyampaian saguhati oleh wakil pelajar




Wednesday, June 14, 2017

BENGKEL INSENTIF PENGURUSAN PROJEK (GISO)


14/06/2017, kami mula berkampung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi mengendalikan Bengkel Intensif Pengurusan Projek Global Islamic Student Outreach (GISO).
Para pelajar telah diberi amanat oleh pihak universiti untuk menganjurkan projek luar negara dan mereka telah memilih GPTD sebagai jurulatih mereka.
Walaupun mereka berpuasa, namun semangat dan perhatian yang ditunjukkan dari pagi hingga malam hari amat memberangsangkan!

Saudara Huzaifah Ahmad yang turut serta berkongsi ilmu dalam bengkel ini


Jika anda berminat untuk mengikuti bengkel seperti ini, boleh hubungi/whatsapp hotline GPTD di +60178966649

Tuesday, June 13, 2017

INFO & TIPS (INTIP) - TIPS KEMBARA

TUALA MANDIAN KECIL




Tuala bagaimana yang sesuai untuk dibawa ketika ‘travel’?

Kebiasaan tuala mandi yang kita pakai di rumah adalah bersaiz besar kerana lebih selesa untuk dipakai. Namun, saiznya yang besar akan mengambil ruang beg yang banyak sehingga 1/3 ruangan. Oleh itu, tuala mandi yang bersaiz kecil adalah sangat sesuai untuk dibawa ketika mengembara. Ia dapat membantu kita menjimatkan ruang beg dan beg juga menjadi ringan.

Selain itu, tuala jenis fabrik mikrofiber juga sesuai untuk dibawa ketika mengembara. Hal ini kerana fabrik mikrofiber mempunyai kuasa serapan air yang sangat baik. Jadi, kita tiada masalah untuk mengelap badan kita yang basah selepas mandi sehingga kering.

Monday, June 12, 2017

SALAM NUZUL QURAN 1438H



Bersempena Nuzul Quran pada hari ini, marilah kita bersama menghiasi Ramadhan pada kali ini dengan amalan 4M:


Membaca al-Quran
Memahami al-Quran
Mentadabbur al-Quran
Mengamalkan al-Quran

Ambil manfaat dan pedoman sebanyaknya dari Kalam Suci ini. Jadikanlah bulan yang penuh keberkatan ini sebagai bulan untuk kita memaknai hidup dengan Al-Quran.

Sunday, June 11, 2017

GPTD INFAQ RAMADHAN 1438H







Bersempena dengan Ramadhan tahun ini, kami membuka kembali tabung Infaq Ramadhan kepada individu atau organisasi yang berminat untuk menyumbang.

Sumbangan anda dikhususkan untuk membiayai kos operasi GPTD, membiayai aktiviti pendidikan dan latihan yang akan dijalankan dan juga membiayai elaun petugas-petugas yang menggerakkan program dan aktiviti GPTD.

Tabung infaq ini hanya akan dibuka sepanjang bulan Ramadhan sahaja. Oleh itu, ambillah peluang ini untuk menggandakan pahala di bulan yang mulia ini.

Untuk menyumbang, salurkan kepada:


i) Akaun Rasmi GPTD, CIMB Bank 8600531314
ii) Laman web https://www.billplz.com/infaqgptd
iii) Atau boleh hadir secara terus ke pejabat kami pada hari bekerja (9.00 pagi - 6.00 petang)
.
Untuk pertanyaan lanjut, klik http://GPTD.wasap.my
.
Semoga kita menjadi hambaNya yang bertaqwa.