Monday, May 25, 2015

Kuliah Inspirasi Tokoh (HAMKA)


23 Mei 2015, Kuala Lumpur- GPTD sekali lagi menganjurkan Kuliah Inspirasi Tokoh yang bertempat di Bilik Mesyuarat Tun Perak, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur.

Kuliah Inspirasi Tokoh pada kali ini bertajuk "HAMKA:Tafsir al-Azhar Menepati Citra Alam Nusantara" ini di sampaikan oleh seorang penulis iaitu Ustaz Zahiruddin Zabidi.

Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat bagi semua yang hadir.



Ustaz Zahirudin sedang membentangkan ceramahnya tentang Buya HAMKA: Tafsir Al-Azhar Menepati Citra Alam Nusantara.

Sunday, April 26, 2015

Kuliah Inspirasi Tokoh (KIT) 2


25 April 2015, Kuala Lumpur-  GPTD telah menganjurkan sebuah program Kuliah Inspirasi Tokoh Siri ke 2 yang bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kuliah ini telah disampaikan oleh Datuk Dr.Awang Sariyan  iaitu Ketua Pengarah DBP dalam membentangkan kisah Angkatan Kapal Laksamana Cheng Ho : Dari Nanjing ke Madagaskar.

Monday, March 02, 2015

Konvensyen Ketamadunan Dunia 1.0


28 Februari 2015, Kuala Lumpur-  Telah berlangsungnya satu konvensyen ketamadunan dunia yang dianjurkan pada 28 Februari bertempat di Auditorium Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Konvensyen yang bertemakan "Menjejaki Kegemilangan Tamadun Melayu" ini telah membuat persiapan yang amat rapi dan terdapat seramai 50 orang sukarelawan telah berkhidmat  bagi menjayakan konvensyen yang gilang gemilang ini.

Seramai empat orang panel telah membentangkan hasil kajian mereka di konvensyen ini. Antara panel tersebut adalah:
1) Puan Zaharah Sulaiman adalah seorang pakar IT dan merupakan penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia.
2)Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail merupakan pakar dalam bidang Falsafah dan Sejarah Matematik di Universiti Malaya.
3)Dr. Mohamammad Alinor Abdul Kadir merupakan pensyarah sains matematik di Universiti Kebangsaan Malaysia dan bergiat aktif sebagai Setiausaha Agung Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)
.4)Datuk Dr. Haji Awang Sariyan merupakan Ketua Pengarah DBP yang pernah menjadi Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Republik Rakyat China, yang berpangkalan di Beijing.

Sekiranya anda terlepas mengikuti KKD 1.0 yang telah diadakan ini, bolehlah mendapatkan DVD berharga RM15 dan Audio CD   pula hanya RM10 sahaja. Disamping itu juga,ketika berlangsungnya konvensyen ini, terdapat juga pameran dan perkongsian khas daripada En.Jamalullail iaitu dari By Road to Malaysia.

Turut diadakan juga majlis Malam Anugerah Relawan pada malam berlangsungnya konvensyen ini.




Para Relawan bertungkus lumus membuat persediaan bagi menjayakan konvensyen ini




Thursday, February 05, 2015

TAQWIM GPTD 2015

Semak jadual tahunan anda. Jom sertai aktiviti menarik sepanjang tahun 2015 yang telah dirancang.


Untuk mencetak taqwim ini, ianya boleh dimuat turun di http://bit.ly/taqwimgptd15

Jumpa anda di aktiviti yang terdekat.


Tuesday, February 03, 2015

Jom Jejak Kegemilangan Tamadun Melayu

JOM DAFTAR AWAL!

KONVENSYEN KETAMADUNAN DUNIA 1.0:
"Menjejaki Kegemilangan Tamadun Melayu"

Dapatkan yuran istimewa untuk pendaftaran awal (early bird) sebelum 15 Februari 2015.

Sila layari http://www.konvensyentamadun.com/ untuk maklumat lanjut.

DAFTAR di http://konvensyentamadun.com/daftar


Tuesday, January 27, 2015

RELAWAN GPTD KE MAKASSAR

26 Januari 2015,Kuala Lumpur- Telah berangkat sekumpulan Relawan dari DG Gombak ke Makassar, Indonesia bagi menyelesaikan misi latihan lapangan di luar negara dengan menjejak Sejarah Sheikh Yusuf al-Makassari dan perkembangan Islam di sana.

Harapan GPTD supaya Relawan dapat menjalankan misi ini dengan baik dan pulang dengan ilmu dan fakta-fakta berkaitan Sejarah Sheikh Yusuf al-Makassari dan perkembangan Islam di sana supaya boleh dikongsikan bersama.

Friday, January 23, 2015

BENGKEL ASAS FOTOGRAFI


22 Januari 2015, Gombak- GPTD telah mengadakan bengkel asas fotografi yang disampaikan oleh Encik Muhammad Huzaifah bin Ahmad bagi relawan DG Gombak yang bertempat di Lantai Tiga sebelum mereka memulakan misi Menjejak Sheikh Yusof Makassar.

Tujuan bengkel asas ini adalah untuk memberi pendedahan kepada relawan bagaimana untuk mendapatkan foto-foto terbaik sepanjang mereka menjalankan misi mereka disana untuk di kongsikan kepada umum.

Monday, January 19, 2015

WACANA: MELAYU CAPE TOWN & MADAGASKAR


17 Januari 2015, Kuala Lumpur - Telah berlangsungnya satu wacana yang dianjurkan oleh Diskusi Group (DG) Gombak membincangkan Melayu CapeTown & Madagascar yang bertempat di Bilik Mesyuarat Tun Perak  Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Sesi yang berlangsung selama hampir empat jam tu telah memberi pendedahan kepada para hadirin bahawa adanya Melayu di Cape Town dan Madagaskar yang dikongsikan oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman dari pelbagai bidang.

Wacana Melayu Cape Town & Madagaskar di Bilik Mesyuarat Tun Perak, Dewan Bahasa & Pustaka