Sunday, October 12, 2014

Tenaga pengajar Kursus Bahasa Turki GPTD pulang ke Turki



12 Oktober 2014, Sepang - GPTD sempat menghantar petugas Yayasan Hayrat iaitu Hocam Celil Akar pulang ke Turki di Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia (KLIA).

Untuk pengetahuan, beliau merupakan satu-satunya tenaga pengajar Kursus Bahasa Turki GPTD. Maka secara rasminya kami di GPTD terpaksa menghentikan kursus ini buat sementara waktu. 

Kami mengucapkan jutaan terima kasih dan mendoakan agar Hocam Celil Akar terus sukses di sana!

Friday, October 10, 2014

Pengerusi GPTD dinobatkan Tokoh Belia ASEAN 2014



10 Oktober 2014, Brunei - Sdr. Jufitri Joha, Pengerusi Majlis Syura GPTD telah dinobatkan sebagai Tokoh Belia ASEAN 2014 di Brunei Darussalam. 

Tahniah diucapkan. Semoga terus sakti dalam mendepani kerja belia di dalam dan luar negara.

SERAHAN MISI LATIHAN LAPANGAN | DG UNISZA GONG BADAK


10 Oktober 2014, Gong Badak - Saudara Huzaifah selaku wakil daripada Exco GPTD Pusat telah menyerahkan misi lapangan ke luar negara kepada ahli DG UniSZA Kampus Gong Badak, Terengganu. 


Moga dengan kehadiran Mentor baru iaitu Saudari Balqis akan melancarkan lagi gerak kerja misi tersebut.

Tuesday, October 07, 2014

SERAHAN MISI LATIHAN LAPANGAN | DG UNISZA TEMBILA



7 Oktober 2014, Besut - Saudari Arina selaku Exco Keahlian GPTD telah menyerahkan misi latihan lapangan kepada ahli DG Unisza Kampus Tembila. Mereka berasa sangat teruja menerima misi yang diberikan. 

Semoga misi berjaya dilaksanakan dengan baik.

SERAHAN MISI LATIHAN LAPANGAN | DG MELAKA



7 Oktober 2014, Melaka - Mentor DG Melaka, Presiden GPTD sendiri telah menyerahkan misi latihan lapangan ke luar negara 2014 kepada ahli DG Melaka.

Semoga misi yang diserahkan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Monday, October 06, 2014

SERAHAN MISI LATIHAN LAPANGAN | DG KELANTAN


6 Oktober 2014, Kota Bahru - Alhamdulillah, selesai sudah pertemuan dengan ahli Diskusi Grup (DG) Kelantan. Misi latihan lapangan ke luar negara 2014 juga telah diserahkan kepada mereka. Didoakan semoga misi ini akan mencapai matlamatnya. Semoga berjaya!

Saturday, October 04, 2014

Siri Diskusi Terjemahan Kitab Risalah An-Nur bakal diadakan


3 Oktober 2014, Kajang - Telah diadakan perbincangan gerak kerja teknikal dalam menjayakan 10 Siri Diskusi Terjemahan Kitab Risalah An-Nur yang akan dianjurkan oleh Yayasan Hayrat dan Pemikir An-Nur dengan kerjasama GPTD. 


InsyaAllah Siri ini akan dibuka kepada umum yang berumur antara 18-40 tahun, bertempat di Pusat Pemikir An-Nur, Seksyen 8, Bangi dan dijangka bermula pada pertengahan Oktober ini.

Cadangnya diadakan pada setiap Sabtu dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari atau setiap Khamis jam 9.00 malam hingga 11.00 malam.

Wednesday, October 01, 2014

Ahli GPTD sambung pengajian di Bandung



30 September 2014, Sepang - Presiden GPTD sempat menghantar Saudara Azri, ahli GPTD warga Pulau Kokos, Australia ke KLIA2 untuk menyambung pengajian ijazah di Institut Agama Islam Latifah Mubarokiyah, Tasik Malaya, Bandung, Indonesia dalam jurusan Dakwah dan Penyiaran.

Azri telah diamanahkan untuk meneroka sejarah Islam di Indonesia khususnya melibatkan jasa besar Wali Songo.

Kami mendoakan agar pengembaraan ilmu ini bakal menjadikannya seorang pendakwah yang bakal menyerlah di bumi Australia sekembalinya ke tanah kelahirannya.