Monday, July 14, 2014

STEADFAST UIAM kunjungi GPTD

Gombak, 14 Julai 2014 - GPTD telah menerima tetamu daripada wakil Student Facilitator Team (STEADFAST) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.

Tujuan utama mereka ke Lantai Tiga adalah untuk mendapatkan nasihat, pendapat dan cadangan berhubung program pendidikan antarabangsa Malaysia-Kemboja yang akan mereka jalankan pada September ini.

Alhamdulillah sesi perbincangan berjalan lancar dan berjaya menjuruskan fokus dengan lebih terperinci.

Friday, July 11, 2014

Relawan GPTD Unisel ke Pattani, Selatan Thai

Pengkalan Kubur, 11 Julai 2014 - Seramai 11 relawan Grup Jejak Patani (10 dr Unisel dan 1 dr KIAST) telah merentas sempadan Selatan Thai melalui Pengkalan Kubur-Takbai dalam Misi Kembara Ramadan di Patani 3.0 tahun 2014.

Misi relawan adalah menyalurkan bantuan dana kepad Badan Kebajikan Anak Yatim Tabal Takbai (AYATA) dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Nad Tanyong (PAYONG). Grup Jejak Patani (GJP) di bawah GPTD Unisel juga membawa sumbangan buku bahasa Melayu edisi kanak-kanak, Al-Quran dan Al-Mathurat Waqaf untuk Pustaka Madani di AYATA. GJP komited meneruskan projek ini bagi tahun ke - 3 sejak 2012.

Thursday, July 10, 2014

Induksi relawan ke Pulau Kokos, Australia

Seremban, 10 Julai 2014 -  Relawan  senior GPTD Cocos Island iaitu Saudara Kamarul Arifin Wafa telah mengendalikan induksi buat para relawan baru yang akan meneruskan misi Rahmatan lil-'Alamin (khidmat sosial dan sosio-budaya) di Cocos Island Australia selama sebulan mulai 15/7/2014.


Para relawan GPTD yang akan menyambung misi khidmat sosial dan kajian sosio-budaya di Cocos Island Australia sempat meluangkan masa bersama pengasas GPTD iaitu Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman dan Pengerusi GPTD iaitu Saudara Jufitri Bin Joha.

Maka secara rasminya, pertemuan ini melengkapkan sesi induksi para aktivis sebelum mereka meneruskan misi rahmatanlil 'alamin ini.


Jaringan dan perhubungan antara GPTD dengan masyarakat Melayu Cocos Island telah terbina sejak tahun 2004.

Wednesday, July 09, 2014

Penyerahan Sumbangan kepada GPM

Gombak, 9 Julai 2014 -  Penyerahan barangan sumbangan kepada rakan strategik kami Global Peace Mission (GPM) Malaysia berupa tudung, pakaian lelaki & wanita yg disumbangkan oleh orang ramai melalui GPTD.


Sumbangan tersebut akan disalurkan projek-projek Ramadhan GPM dalam dan luar negara.



Terima kasih diucapkan kepada penyumbang yang budiman. Moga diberikan limpahan rezeki olehNya.

Tuesday, July 08, 2014

GPTD Unisel adakan Majlis Iftar

Bestari jaya, 8 Julai 2014 -  Timbalan Presiden, Sdr Hakim dan Setiausaha Agung, Sdr Huzaifah mewakili GPTD Pusat telah menghadiri Majlis Iftar & Diskusi Grup (DG) bersama ahli Gptd Unisel Bestari Jaya.


Majlis turut diikuti dengan Solat Terawih bersama dan perkembangan aktiviti yang dijalankan mereka.

Friday, July 04, 2014

Kunjungan Dari Belia Korea Selatan



7 Julai 2014, Kuala Lumpur - GPTD telah menerima kunjungan daripada International Peace Youth Group (IPYG) yang berpusat di Korea Selatan. Organisasi ini menggerakkan kempen keamanan di seluruh Korea untuk meraih persahabatan antara agama. 

Kedatangannya ke Malaysia kali ini bertujuan membina jaringan bersama organisasi yang membawa mesej keamanan sejagat. GPTD turut dipelawa untuk menyertai persidangan yang bakal diadakan pada 17 - 18 September 2014 di Seoul, Korea Selatan. Turut bersama ialah rakan strategik GPTD iaitu Global Peace Mission (GPM) Malaysia.

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan Donation Drive 1435H Launched


GPTD just launched a fundraising campaign named "Ramadhan Donation Drive" on 1st Ramadhan 1435H. This campaign aims at raising funds for GPTD to organize more trainings to volunteers, programs for public and to reward the people behind the scene who had sacrificed their job and time to serve other people.

It is our greatest hope that we could raise RM30,000 within 30 days of Ramadhan. This would be your opportunity to grab the rewards Allah promises to those who giving charity in Ramadhan, not only to uplift the burden of the needy but also to attain blessings from Allah.

Imam Al-Bukhari and Muslim reported that Ibn ‘Abbas, may Allah be pleased with him, had said, “ The Prophet s.a.w. was the most generous of people. He used to be the most generous in Ramadhan when hewould meet with angel Jibril and study the Quran with him. Angel Jibril would meet with the Prophet s.a.w. every night in Ramadhan to teach him the Quran. The Prophet s.a.w. was so generous when he met with Jibreal, more generous than the wind that brings rain.” Imam Ahmad added to this narration, “And nothing he was asked for but he would give it.”
Furthermore, Al-Bayhaqi reported that‘Aishah, may Allah be pleased with her, had said, “ When Ramadhan would start, the Prophet s.a.w. would release all prisoners of war and fulfil the need of every person who would ask him for something.” 

This increased generosity of the Prophet s.a.w. in Ramadhan has several reasons and indications that we have to pay attention to, among them is that Ramadhan is an honourable and blessed month, and the rewards for generosity are multiplied in it. The reward for a single good deed done in Ramadhan is equivalent to 70 good deeds done in any other month. The Prophet s.a.w. said, “The best charity is that given in Ramadhan.” [At-Tirmizi].

Now you and I can perform this act of good deed and attain its reward by simply giving donation to this project. Click here to donate http://gptd.blogspot.com/p/ramadhan-donation-drive.html.

As a token of appreciation, our volunteers will provide the donors some souvenirs according to your amount of donation:


  1. RM50 - A set of GPTD special bookmarks
  2. RM100 - A set of GPTD special bookmarks + a car sticker (kufi design of "rahmatanlilalamin" which means blessing to all)
  3. RM500 - A set of GPTD special bookmarks + a car sticker (kufi design of "rahmatanlilalamin" which means blessing to all) + one T-Shirt displaying the kufi design of "rahmatanlilalamin"
  4. RM1000 - A set of GPTD special bookmarks + a car sticker (kufi design of "rahmatanlilalamin" which means blessing to all) + one T-Shirt displaying the kufi design of "rahmatanlilalamin" + kufi design of "rahmatanlilalamin on canvas with frame sized 2 feet x 2 feet.
For more info and visuals, kindly proceed to this link http://gptd.blogspot.com/p/ramadhan-donation-drive.html

We pray to Allah to protect you all the times and provide you with blessed life in this worldly life and hereafter. We appreciate your generous donation. 

Monday, May 05, 2014

Himpunan Relawan: GPTD meneruskan siri jelajah negeri


3 Mei 2014, Ipoh - GPTD telah meneruskan siri jelajah Malaysia dalam program Himpunan Relawan ke lebih lima buah negeri termasuk Melaka, Terengganu, Kelantan, Kedah, Penang dan Perak. Ternyata sambutan yang diberikan di setiap negeri sangat meriah dan memberangsangkan. Setiap peserta yang hadir menunjukkan semangat relawan yang tinggi ingin melakukan kebaikan dan kebajikan kepada umat.

Sudah menjadi kebiasaan GPTD akan membuat sesi pengenalan kepada yang berminat untuk mereka lebih faham apa aktiviti yang dijalankan di GPTD sebelum membuat keputusan untuk menjadi ahli dan memdapatkan pasport keahlian.

GPTD akan meneruskan jelajah ke Sabah, Sarawak dan terakhir di Johor. Bagi yang terlepas himpunan relawan boleh hadir di baki negeri tersebut dan sesi khas di pejabat GPTD yang akan diberitahu kelak.