Friday, November 15, 2013

PERKONGSIAN & HARAPAN | "APABILA AMMAR BERTEMU BIDADARINYA..."




Dipersembahkan oleh Hj. Ahmad Azam Ab Rahman (abah Ammar & pengasas GPTD) dengan penampilan khas Ustaz Hasrizal Jamil (Mentor Ammar dalam sejarah Uthmaniyyah)

Tarikh: 17 November 2013 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat: Dewan Masjid Asy-Syakirin KLCC

Yuran: PERCUMA

TENTATIF:

9.00 pagi - Tahlil ringkas
9.30 pagi - Tayangan video
10.00 pagi - Ceramah 1 (Ustaz Hasrizal)
11.00 pagi - Sajak oleh pakcik Ammar
11.05 pagi - Ceramah 2 (En. Azam)
12.05 tengahari - Majlis bersurai
12.10- Ramah mesra dgn keluarga


Semua dijemput hadir

Sunday, October 13, 2013

Projek Pembangunan Muallaf di Sabah

13 Oktober 2013, Ranau, Sabah - Beberapa orang relawan GPTD telah menjalankan projek Pembangunan Muallaf di Kg Sumbilingun, Ranau, Sabah selama 3 hari bermula pada 11 -13 Oktober 2013. Beberapa projek susulan telah dilancarkan iaitu pembinaan mini perpustakaan bagi masyarakat di kampung tersebut. Sumbangan buku juga banyak diterima daripada penyumbang-penyumbang yang budiman.

Seterusnya relawan GPTD akan bergerak ke Kg Pandiwan, Nabawan untuk sama-sama menyambut hari raya aidiladha serta menjalankan beberapa program bersama penduduk kampung dari 14-16 Oktober 2013.

Friday, August 16, 2013

Jom Baraan 4.0

Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) dengan berbesar hati ingin menjemput saudara/saudari ke Jom Baraan 4.0 yang akan berlangsung pada 24 Ogos 2014 di sekitar Johor.

Jom Baraan 4.0 merupakan program susulan daripada program Jom Baraan I, II dan III yang telah berjaya dilaksanakan pada Aidilfitri 1431H hingga 1433H yang lepas.

Baraan merujuk kepada budaya masyarakat melayu Jawa Johor yang menyambut kedatangan Aidilfitri dengan amalan kunjung- mengunjung dari sebuah rumah ke rumah yang lain sambil memperdendangkan alunan marhaban dan berzanji. Maklumat tentang baraan lebih lanjut boleh rujuk SINI.

Sehubungan dengan itu, bagi mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri berdasarkan maklumat yang tertera di lampiran poster selewat-lewatnya pada 20 Ogos 2014.

p/s - BAS, Makanan disediakan. Yok Baraan!!!


Monday, June 10, 2013

MyCorps is Recruiting!


Want to be a volunteer leader or humanitarian worker? Join MyCorps now & prepare yourself!

Requirements:
http://mycorps.my/wp-content/uploads/2012/11/SYARAT-KELAYAKAN-MENYERTAI-PROGRAM-MY-CORPS.doc

Application form:
http://mycorps.my/wp-content/uploads/2012/11/BORANG-PERMOHONAN-MyCorps.doc

Recruitment page:
http://mycorps.my/pengambilan/

By: MyCorps

Tuesday, May 21, 2013

Wisata Madani Turki 2013


20 Mei 2013, Sepang - Seramai 3 orang relawan iaitu Sdr Huzaifah (kiri), Sdr Najmudin (tengah) dan Sdr Anwar (kanan) akan meneruskan misi dokumentari wisata madani Turki yang telah berjalan sejak setahun yang lalu. Misi kali ini bagi merakam detik pembukaan Kota Konstantinopal mendapatkan beberapa bahan bagi melengkapkan dokumentari tersebut.

Mereka akan berada di sana selama dua minggu manakala sdr Anwar akan menetap selama 4 bulan bagi mengikuti kelas bahasa Turki. Semoga misi ini berjalan lancar dan berjaya.

Jejak Pattani 2013


Gambar relawan Pattani ketika majlis aqiqah anak Puan Ain Najwa, Setiausaha Kewangan (SUK) GPTD


19 Mei 2013, Greenwood - Seramai 7 orang relawan Jejak Pattani termsuk daripada mahasiswa Universiti Selangor (Unisel), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pertama kali penyertaan daripada mahasiswa Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII) telah berrangkat ke Pattani dalam misi menjalankan projek kajian dan sosio budaya di wilayah Pattani.

Insyallah mereka akan berada di sana selama seminggu. Projek ini juga mendapat sokongan daripada Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Persatuan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Semoga projek ini dapat berjalan dengan lancar hendaknya.

Monday, May 13, 2013

Tahniah SUK GPTD Atas Kelahiran Putera Sulung

Tahniah diucapkan kepada Puan Ain Najwa Badrul Amin, Setiausaha Kewangan GPTD dan suami atas kelahiran putera sulung mereka seberat 2.37kg telah selamat lahir 10 Mei 2013, 4.15am di Hospital Selayang. Semoga diberikan kesihatan dan kekuatan kepada ibu dan anak hendakNya.

Wednesday, April 10, 2013

Mari Mengenal Rahsia Alam

Ilmu falak yang sudah lama dipinggirkan. Suatu ketika dulu, umat Islam cukup hebat dalam membaca fitrah pergerakan matahari dan bulan dalam menentukan banyak perkara. Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui rahsia alam lebih lanjut. Ayuh ke sesi pengenalan percuma ini!

Sila hubungi 0176665958 untuk sebarang persoalan.