Tuesday, August 07, 2012

Jejak Laksamana Cheng Ho di China

Seramai 4 orang aktivis dari Grup Cheng Ho akan manjalankan misi "Jejak Laksamana Cheng Ho di China" pada hari raya ini. Pengembaraan yang akan mengambil masa hampir dua minggu mejelajah daerah Guangzhou & Kunming Yunnan.

Antara objektif misi ini adalah mengkaji pengkisahan sejarah laksamana cheng ho sambil melakukan aktiviti khidmat sosial seperti melawat masjid-masjid di china dan madrasah serta kajian ketamadunan. Di samping itu juga, membentuk sukarelawan muda yang bakal melakukan anjakan paradigma serta mendedahkan mereka dengan isu-isu antarabangsa dan dunia global dalam proses penjanaan minda yang positif dan cemerlang. Selain itu, mereka dapat membina jaringan antarabangsa terutamanya di kalangan belia dan mahasiswa/i malaysia yang berada di china.

Selepas tarikh tersebut 3 orang akan pulang ke tanah air manakala seorang aktivis lagi akan tinggal di sana lebih kurang satu tahun untuk meneruskan misi tersebut. 

Sementara itu, bagi menjayakan misi tersebut mereka masih memerlukan dana untuk menampung kos perjalanan, penginapan dan sebagainya. Perhatian kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan dana, sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB Islamic (12190000828102) atas nama "Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia".

Semoga sumbangan anda semua dapat melancarkan misi ini.

Saturday, August 04, 2012

Bengkel Cungkil Bakat Seni Reka Peserta

28 Julai 2012, Taman Cemerlang - GPTD telah berjaya menganjurkan Bengkel Asas Photoshop dengan kerjasama Serambimaya Resources dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang diadakan di Pusat Pembangunan Belia Islam, Taman Cemerlang, Kuala Lumpur.

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta membina daya kreativiti dalam menghasilkan sesuatu rekabentuk. Selain itu ia juga dapat mencugkil bakat-bakat terpendam para peserta.

Alhamdulillah bengkel ini telah berjalan dengan baik walaupun diadakan di dalam bulan Ramadhan. Insyallah GPTD akan menganjurkan lagi bengkel tersebut memandangkan ramai yang tidak dapat turut serta pada siri kali ini.

Friday, August 03, 2012

Kembara Ramadan @Patani 2012


Alhamdulillah. 10 orang sukarelawan (7 orang daripada Unisel, seorang daripada UIA, UNIMAP, dan Al Islam Medical Centre) dipimpin oleh Saudara Wan Ab Rahman atau lebih mesra dengan gelaran Che' We telah bertolak ke Kelantan pada jam 10.30 malam tadi (2 Ogos 2012) bagi meneruskan misi Kembara Ramadan @Patani.

Jika sebelum ini  Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio-Budaya Jejak Patani telah berjaya direalisasikan oleh GPTD Unisel, kini tiba masanya untuk menguatkan lagi hubungan yang telah terbina.

Gambar para sukarelawan yang bertolak malam tadi
Kami daripada GPTD Pusat mendoakan agar perjalanan misi Rahmatan lil-'Alamin ini dipermudah dan senantiasa diberkati-NYA. Ameen.

p/s: Jam 7.00 pagi ini dikhabarkan bahawa mereka telah bergerak ke sempadan imigresen Thailand melalui Pengkalan Kubur

Wednesday, August 01, 2012

Jelajah Dakwah di Pulau Kokos 2012

Saudara Kamarul Arifin (kiri) bergambar bersama Mohd Shazni (kanan) sebelum berlepas ke Pulau Kokos 

Alhamdulillah, tanggal 28 Julai 2012 seorang lagi aktivis dakwah Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) telah berlepas ke Pulau Kokos, Australia bagi meneruskan misi Rahmatan lil-'Alamin yang telah terbina sejak lebih 5 tahun lalu. 

Jika sebelum ini saudara Muhammad Suhail bin Ahmad telah menginfakkan diri di sana pada tahun 2008 selama lebih 3 bulan, dan kemudiannya disambung oleh saudara Kamarul Arifin secara berkala, kini tiba giliran saudara Mohd Shazni Abdullah mengorak langkah. InsyaAllah beliau akan menginfakkan diri di sana selama dua bulan (dan mungkin lebih). 

Kami daripada GPTD Pusat mendoakan keselamatan dan kejayaan serta dipermudah segala usaha sepanjang beliau meneruskan misi dakwah di sana. Ameen.

Sebarang sumbangan ikhlas untuk anak muda ini boleh disalurkan ke akaun Bank Islam (12113020325117) atas nama Mohd Shazni Abdullah. Terima kasih.

Sunday, July 15, 2012

Salam Ramadhan buat semua


Sunday, June 10, 2012

Bengkel Penulisan Rencana


Dalam usaha memugar budaya ilmu di kampus Unisel Bestari Jaya. Gptd Unisel mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel Penulisan Rencana seperti berikut : 

Tarikh : 16 Jun 2012, Sabtu 
Tempat : BS3, Fsktm Unisel 
Masa : 9.00 pg - 1.00 ptg 
Terbuka kepada semua. 
Yuran hanya rm15.00. Jika ahli GPTD perlu membayar rm10 sahaja. 

Jamuan dan sijil disertakan. Jika berminat sila DAFTAR segera. SMS dan hantar ke 019.205.3197 atau 013.391.7122. Terhad kepada 20 peserta.

Saturday, June 09, 2012

Wisata Madani Turki 2012




Alhamdulillah, Wisata Madani Turki 2012 telah selamat diadakan dari 21 Mei hingga 04 Jun yang lalu. Program kali ini memfokuskan kepada penghasilan mini-dokumentari berkisar mengenai Fatih Sultan Mehmed, Sultan Abdul Hamid II, dan Bediuzzaman Said Nursi.

Grup kali ini dianggotai oleh Sdr. Muhammad Huzaifah Ahmad (Setiausaha Agung) yang bertindak sebagai Penyelaras Program / Pengarah Kreatif, serta dibantu oleh Sdr. Najmuddin dan Sdr. Md Izham.

Turut sama dalam program kali ini adalah wakil Grup Peguam ABIM (GPA), En. Khairul Anwar Ismail (yang juga merupakan AJKP ABIM) dan En. Hadi. 

Bagi tujuan tersebut, grup tersebut telah melawat sekitar Istanbul dan Ankara. Bagi yang berminat untuk mendapatkan mini-dokumentari tersebut, bolehlah menghubungi pihak Sekretariat GPTD melalui e-mel untuk tempahan awal. Bahan tersebut dijangka siap dalam tempoh 4 bulan.

Selain daripada itu, grup ini juga telah berkesempatan hadir ke Simposium Antarabangsa Bediuzzaman dan Risale-i Nur kali ke-5 di Ankara serta Mesyuarat Agung Kesatuan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan Dalam Dunia Islam (UNIW) di Istanbul.

Wednesday, May 16, 2012

Jemputan: Seminar Tamadun Melayu-China dan Hikayat Tiga Negara

Jemputan ke

Seminar Tamadun Melayu-China dan Hikayat Tiga Negara
Pelancaran Hikayat Tiga Negara, karya klasik China oleh YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia
17 Mei 2012 (Khamis)
9.00 pagi
Balai Syed Nasir, Dewan Bahasa & Pustaka

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai sila sms nama ke 017-6665958 (Hakim)