Tuesday, February 28, 2012

SAKTI VI Kembali!!!

SAKTI VI kembali lagi.. Penampilan Khas Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com), Jufitri Joha (Aktivis Belia Antarabangsa), panelis Ustazah pilihan dan ramai lagi.. Pelbagai pengisian & aktiviti menarik.

AYUH, jangan lepaskan peluang!! DAFTAR SEKARANG!!!

Sunday, February 12, 2012

Latihan Memanah Anjuran GPTD Unisel

Wednesday, February 08, 2012

Laporan International Youth Gathering (IYG) 2012


Pada 22-29 Januari 2012 yang lalu, Angkatan Belia Islam (ABIM) telah dijemput untuk menghadiri International Youth Gathering (IYG) yang ke-7 anjuran The Union of NGOs of The Islamic World (UNIW). Program yang berlangsung di Khartoum, Sudan ini diwakili oleh delegasi Malaysia yang terdiri daripada Setiausaha Agung Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia (GPTD); saudara Muhammad Huzaifah bin Ahmad dan 2 orang wakil daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Pusat, iaitu saudara Mohd Shazni bin Abdullah (Setiausaha Agung PKPIM) dan juga Ahmad Afif Mohtari Yasim (Naib Presiden Antarabangsa PKPIM).

Tema persidangan pada kali ini ialah "Unity of Muslims : Role of Youth". Wakil daripada delegasi Malaysia telah membentangkan satu kertas kerja yang berkisar tentang 'civil society' berdasarkan topik 'Quest for Solutions Toward the Unity of Muslims'. Hampir 10 buah negara dan 50 orang belia dari pelbagai pelusuk negara telah menghadiri program yang bersejarah ini.

Para delegasi daripada negara-negara yang hadir telah bersepakat bahawasanya umat Islam perlu menghayati dan mendalami ilmu secara menyeluruh agar dapat membentuk masyarakat yang bertamadun. Disamping itu dapat menyatukan hati seluruh penggerak belia Islam lantas membangunkan syiar Islam.

Dengan terbinanya ukhuwah di antara setiap delegasi diharap ianya mampu menyatukan setiap Muslim di dunia ini lantas meneruskan misi Rahmatan lil-Alamin.

Tuesday, January 10, 2012

Program Pertukaran Belia ke Luar Negara




Monday, January 02, 2012

Ayuh ikuti pendedahan eksklusif

Wednesday, December 28, 2011

Wakil GPTD Gegar UMP


23 November 2011, Universiti Malaysia Pahang – Exco GPTD (Grup GPTD Cheng Ho), saudara Fakhrurazi Zainal Abidin telah memenangi tempat ketiga apabila mewakili UIAM dalam pertandingan bertutur bahasa Mandarin antara universiti. Pertandingan ini dianjurkan sempena ‘Minggu Bahasa & Kebudayaan Cina 2011’ pada 19 hingga 27 november yang lalu.


Dalam pertandingan tersebut , setiap peserta diberi masa satu minit untuk mengolah isi dari tajuk ‘Dengar dan kenali diri saya’. Saingan sengit telah dipertontonkan apabila menyaksikan aktivis GPTD melonjak dari tangga kesembilan pada peringkat saringan kepada tangga ketiga didalam pusingan akhir. Wakil Universiti Malaysia Pahang menduduki tangga pertama dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia menduduki tangga kedua.

Tuesday, December 06, 2011

Jemputan ke Bengkel Memahami Isu Antarabangsa


Anjuran : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Tarikh : 9 Disember 2011/ 13 Muharram 1433H
Hari : Jumaat
Masa : 5 petang - 11 malam
Tempat : Dewan Pembangunan Belia Islam, No. 6, Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, Gombak, 53100 Kuala Lumpur. (Klik di sini untuk pelan lokasi)

Jurulatih : Uncle Mohideen dari Citizens International.

Tiada bayaran dikenakan. Kepada sesiapa yang ingin menyertai, khususnya orang-orang GPTD yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan isu antarabangsa sila hubungi nombor di bawah:

013.911.49.90 (Zul Amin) / 019.622.51.00 (Jufitri Joha)

Terima kasih.

Monday, December 05, 2011

Mesyuarat Agung Tahunan Pertama GPTD 2011


Ucapan daripada pengasas GPTD; Tn. Hj. Ahmad Azam

Alhamdulillah, pada hari Sabtu tanggal 3 Disember 2011 telah pun berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) yang pertama Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD). Walaupun GPTD telah lebih sepuluh tahun wujud di arena dunia relawan secara glokal (baca: global dan lokal), namun inilah kali pertama MAT diadakan.

Barisan 'orang GPTD' yang hadir

Mungkin ada yang tertanya, mengapa setelah SEPULUH tahun berlalu, ini baru MAT yang pertama GPTD? Untuk pengetahuan, GPTD baru berdaftar di bawah Registrar Office Youth Societies (ROY) Malaysia pada tahun ini dan setiap kelab yang berdaftar di bawah ROY wajib menjalankan MAT setiap tahun. Objektif pendaftaran GPTD di bawah ROY adalah untuk memastikan kepimpinan GPTD lebih tersusun dan sistematik agar 'orang-orang' GPTD dapat mengekspresi idea melalui karya-karya yang lebih kreatif.

Ucapan aluan oleh pengerusi majlis, Saudara Jufitri Joha

Sebelum MAT berlangsung, pengasas GPTD; Tn. Hj. Ahmad Azam menyampaikan amanat beliau kepada relawan GPTD yang hadir, diikuti dengan ucapan aluan, sejarah dan hala tuju GPTD oleh Saudara Jufitri Joha. Kemudiannya diikuti dengan gimik perlantikan ahli jawatankuasa tertinggi untuk sesi 2011/2013.


Usai gimik, majlis diteruskan dengan ucapan dan pembentangan program yang telah dijalankan kan sepanjang tahun 2010-2011 oleh Presiden GPTD, Saudara Muhammad Suhai bin Ahmad. Beliau memetik kata-kata George S. Patton menjadi pembakar semangat; "Accept the challenges, so that you may feel the exhilaration of victory". Sebelum majlis digulung dan pengesahan perlantikan diteruskan, majlis dibuka untuk sesi ucapan dan lontaran idea wakil-wakil ahli jawatankuasa dan perwakilan.

Prof. Dr. Awang Sarian mengupas ketamadunan dari sudut pandang ilmiah

Usai MAT GPTD, pada sesi petangnya disambung dengan Wacana Ketamadunan Prof. Dr. Awang Sarian. Tajuk wacana beliau adalah "Memupuk Persefahaman Ketamadunan Melalui Bidang Ilmiah." Walaupun pada awal sesi wacana isinya kelihatan agak berat, namun Prof. berjaya menarik perhatian ahli dewan dengan mengemukakan contoh yang lebih ringan untuk difahami.

Alhamdulillah keseluruhan program berjalan dengan lancar. InsyaAllah kita akan bertemu lagi untuk MAT GPTD tahun hadapan. Ameen.

p/s: Tahniah & takziah diucapkan kepada kepimpinan baru yang telah dilantik. Semoga dapat melaksanakan amanat Misi Rahmatan Lil 'Alamin ke seluruh alam. Tidak lupa juga tahniah kepada semua urusetia MAT GPTD kali ini dalam memastikan program berjalan dengan lancar sekali.