Tuesday, May 24, 2011

GPTD akan keudara di Durian.fm

Hari ini 2 orang exco GPTD telah dijemput untuk keudara di Radio Online Durian.FM butiran seperti berikut:-

Tarikh: 24 Mei 2011
Hari: Selasa
Masa: 8.00 mlm - 10.00 malam
Topik: Mahasiswa, anak muda & aktivisme

Panduan untuk mendengar Radio Durian. FM

CARA UNTUK MENDENGAR
1). Komputer atau laptop, melalui laman web berikut:-
utama: http://bit.ly/DurianFM
kedua: http://bit.ly/durianfm2

2). Telefon bimbit (seperti iPhone dsb): sila install aplikasi http://tunein.com/mobile
kemudian search perkataan "durianfm"

3). Telefon Android (Wireless/GPRS 3G) serta lain-lain jenis,
sila dapatkan panduan di http://on.fb.me/how2listen

CARA UNTUK MENGHUBUNGI
Untuk sebarang T'anda Tanya atau pandangan (ketika waktu siaran)
1). Telefon: 015-4840 8888
2). Skype: arifabdull
3). Facebook: www.facebook.com/radio.duriafm.tandatanya

Oleh itu mari kita dengar sama-sama. Hebahkan info ini pada yang lain.

Projek Luar Negara UPM

16 Mei 2011, Serdang - GPTD telah dijemput oleh Kelab Bimbingan Mahasiswa (KBM) untuk mengdakan kerjasama bagi menjayakan projek Kelab tersebut untuk menjalankan misi khidmat sosial di luar negara.

Di dalam pertemuan tersebut GPTD diwakili oleh Presiden, Sdr Suhail telah memberikan taklimat ringkas tentang GPTD dan gerak kerja. KBM bercadang untuk menghantar dua kumpulan untuk melakukan misi tersebut. Antara negara yang dicadangkan ialah Pulau Kokos, Australia & Sri Lanka. Projek ini dijangka akan dijalankan pada bulan Julai.

SAKTI V Khas Meriah

8 Mei 2011, Semenyih - Alhamdulillah SAKTI V Khas telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari 1 malam. Seramai 25 orang peserta termasuk urusetia telah berkampung di Dewan Pusat Pembangunan Belia Islam dan di Bukit Broga pada keesokkan ahrinya.

Hari pertama peserta telah diberikan beberapa pendadahan tentang kesukarelaan, khidmat sosial di luar negara dan sebagainya. Turut memberikan pengisian pada SAKTI kali ini ialah Sdr. Jufitri, Sdr AKhmal & Sdr Nadmin yang mana mereka ini adalah aktivis awal yang menggerakkan GPTD.

SAKTI kali ini dibuat berlainan sedikit dengan mendaki Bukit Broga serta melakukan beberapa aktiviti di puncak. Diharapkan kepada peserta dapat memanfaatkan segala pengisian yang diberikan sepanjang program.


Lagi gambar klik SINI
Video klik SINI

Tuesday, May 10, 2011

WACANA TOKOH; WALI SONGO DAN PERANANNYA DALAM PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA


WACANA TOKOH; WALI SONGO DAN PERANANNYA DALAM PERKEMBANGAN
ISLAM DI NUSANTARA

Pada 17 Mei 2011 (Selasa)
Di anjurkan oleh Grup Wali Songo, Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD)
Dengan kerjasama Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Di Pusat Pembangunan Belia Islam, Taman Cemerlang

PENGENALAN

Wacana ini membawakan dengan lebih dalam sejarah perkembangan Islam di Nusantara, sekaligus menampilkan peranan-peranan penting Wali Songo dalam mengembangkan Islam di Tanah Jawa. Sebagai satu wacana yang di terajui oleh orang muda, satu sesi analisis anak muda dalam mengkaji metodologi dakwah Wali Songo untuk di adaptasi kepada dakwah masakini juga akan di sentuh.

Semoga wacana ini akan membuka ruang dan peluang bagi anak muda untuk mengenali dan meneladani tokoh Islam di Tanah Jawa ini sekaligus mengadaptasi pendekatan dakwah mereka supaya lebih bersesuaian dengan masakini.

MATLAMAT

Memperkenalkan kepada masyarakat mengenai sejarah perkembangan Islam di Nusantara.
Menjejak kembali peranan Wali Songo dan metodologi dakwah dalam menyebarkan Islam di Tanah Jawa.
Meneladani perjuangan Wali Songo dalam menegakkan Islam di Tanah Jawa sekaligus untuk diadaptasikan dengan situasi semasa.
Ingin mengenal sejarah, asal-usul Islam dan integrasi agama dan budaya yang telah merubah nusantara daripada sebuah rantau penyembah alam kepada penyembah Yang Maha Esa? Jemput hadir ke wacana ini :)

Maklumat lanjut sila hubungi:
Fatimah: 013-2182429
Fadhilah: 019-3731173

Menjejak. Meneladani. Memimpin.

Tuesday, May 03, 2011

Kem SAKTI V KHAS


Oleh kerana ramai ahli yang tidak dapat mengikuti SAKTI V baru-baru ini maka pihak GPTD sekali lagi akan mengadakan SAKTI V KHAS.. Sesiapa yang berminat boleh hantarkan ke nombor 019-3653019 (Dalila).


PROGRAM TENTATIF
KURSUS ASAS SUKARELAWAN DAN JATIDIRI (KEM SAKTI KHAS)


HARI PERTAMA : 07 Mei 2011, Sabtu

8.00 pagi
: Pendaftaran
: Sarapan pagi

09.30 pagi
: Taklimat

10.30 pagi
: Sesi 1: Perasmian Pembukaan Kem SAKTI V KHAS oleh Pengerusi GPTD (Sdr. Jufitri Joha)

12.00 tgh
: Makan tengahari
: Solat Zuhur

2.00 ptg
: Sesi 2: "Rahmat Sekelian Alam: Islam Sumber Tamadun"

4.00 ptg
: Minum petang
: Solat Asar

5.00 ptg
: Riadhah

6.30 ptg
: Persiapan diri
: Makan Malam

7.30 mlm
: Solat Marghrib
: Kuliyah Maghrib: "Rahmat Sekelian Alam: Islam Pilihanku"
: Solat Isya’

9.30 mlm
: Sesi 3 :LDK

11.30 mlm
: Rehat


HARI KEDUA : 08 Mei 2011, Ahad

04.00 pg
: Bertolak ke Bukit Broga

06.00 pg
: Solat Subuh
: Sesi 3: "Rahmat Sekelian Alam: GPTD – Kembara Mencari Diri"

09.00 pg
: Resolusi

10.35 pg
: Bertolak pulang

12.00 pg
: Majlis Perasmian Penutupan Kem SAKTI V KHAS

12:45 tgh
: Makan tengah hari
: Solat Zuhur

02.00 ptg
: Bersurai





TEMPAT ADALAH TERHAD..

Monday, April 11, 2011

Program Rekreasi Ilmu - UK

Dijemput kepada semua koreponden & ahli-ahli GPTD yang berdekatan sama-sama memeriahkan program ini. Pengasas, Tuan Hj Ahmad Azam & pengerusi, Sdr Jufitri Joha akan menjadi penceramah untuk program tersebut.

Tuesday, April 05, 2011

Public Lecture: Deir Yassin

Dijemput kepada umum untuk memeriahkan majlis ilmu tersebut. Keterangan lanjut seperti poster di atas.

Sunday, April 03, 2011

2 April 2011, Serdang - Tahniah dan syabas kepada peserta [SINT] Ketokohan Salahuddin al-Ayyubi Dalam Memperkasa Generasi Muda yang diadakan di Dewan Kuliah, Fakulti Rekabentuk & Senibina, Universiti Putra Malaysia.

Walaupun di saat musim peperiksaan akhir semester (IPT), kalian masih mampu menghadiri program yang semestinya tidak akan membantu anda menjawab soalan peperiksaan akhir. Tapi yakinlah sesungguhnya program / majlis ilmu seumpama inilah yang banyak membantu kita dalam pembinaan syakhsiah diri dan jati diri sebagai seorang individu Muslim yang berperanan dalam memperkasa generasi muda.

Terima kasih kepada pihak penganjur bersama Kelab Bimbingan Mahasiswa, Universiti Putra Malaysia (KBM UPM) & Grup Jil-Salahudin yang bertungkus lumus siang dan malam dalam memastikan program ini berlangsung dengan baik dengan izin Allah SWT.