Wednesday, December 29, 2010

Jom Jejak Belia Metropolitan!!!

Sukarelawan diperlukan seramai yang mungkin..
Berminat?
Hubungi nombor tertera di poster..
Jom Jejak!!!

Monday, December 20, 2010

KEMBARA AMAL 2010



Kota Marudu, 19 Disember 2010 – ABIM Sabah dengan jayanya meneruskan program tahunan yang cukup berkesan dan menarik iaitu diberi nama Kembara Amal. Pada tahun ini adalah kali yang ke 6 program itu dijalankan di Negeri Sabah.

Mohd Shazni Abdullah, Timbalan Presiden GPTD, telah dipilih untuk menyertai program anjuran ABIM Negeri Sabah tersebut. Kembara 6 hari 5 malam ini bermula di Kota Kinabalu menuju ke daerah Kota Marudu dan berkampung di empat buah kampung tertentu di daerah tersebut.

Hampir 40 orang peserta dari ABIM Kota Kinabalu, ABIM Ranau, ABIM Kota Marudu dan wakil dari Majlis Belia Brunei telah menyertai kembara amal ini.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti menziarahi penduduk kampung, forum dialog yang membincangkan keindahan Islam, forum kekeluargaan, gotong royong kubur dan masjid, sukaneka dan banyak lagi. Aktiviti kemanusiaan sebegini mampu menjadikan peserta dan penduduk kampung begitu mesra.

Program yang berkonsepkan dakwah dan penghayatan nilai Islam ini berjaya bukan sahaja menarik minat penduduk kampung, tetapi ia juga merapatkan ukhwah yang begitu erat antara peserta.

Semoga keindahan ukhwah ini sentiasa dipelihara olehNya dan usaha dakwah dan misi Rahmatan lil Alamin di Sabah ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan. InsyaAllah.


Perkongsian Pengalaman : 3 XPDC

Tarikh: 25 Disember 2010
Tempat: Dewan Pusat Pembangunan Belia Islam, Taman Cemerlang, Gombak
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari


Mari sama-sama memeriahkan lagi program ini.
Masuk Percuma!!!
Terbuka kepada semua.

Bagaimana untuk ke tempat ini?

1. Kenderaan sendiri, sila lihat pada peta di bawah.


View Pusat Pembangunan Belia Islam in a larger map


2. Pengangkutan Awam :
- Sila naik LRT ke stesen Taman Melati atau Terminal Putra Gombak- naik teksi ke Taman Cemerlang (jarak sekitar 1 km - RM 3)

Saturday, December 18, 2010

KURSUS PENULISAN KREATIF FIKSYEN & NON-FIKSYEN

16 Disember 2010, Kuala Lumpur - Aktivis GPTD, Wan Ritini Binti Wan Ismail telah mewakili GPTD & ABIM menyertai "Kursus Penulisan Kreatif Fiksyen & Non Fiksyen" yang diadakan di Rumah Universiti, Universiti Malaya dari 14-16 Disember 2010.

Kursus tersebut mendedahkan peserta untuk berkarya dan memantapkan lagi bakat dalam menghasilkan karya yang mampu mendidik masyarakat.

Antara panelis yang mengisi pada kursus tersebut ialah Prof Dr. Mohd Sidin Ahmad Ishak, Universiti Malaya, Puan Ainon Mohd, Pengerusi PTS, Dato’ A.Samad Said, Sasterawan Negara, Prof Dato’ Dr. Anwar Ridhwan, Sasterawan Negara, Tuan Haji Malim Ghozali PK, Tuan Haji Hasanuddin Mat Isa, Tuan Haji Hasanuddin Mat Isa dan Tuan Mohd Yusry Mohd Yusopp, Editor Perolehan PTS.

Semoga kursus dapat dikongsi bersama ahli-ahli dan terus konsisten dalam bidang penulisan demi memartabatkan bidang ini setaraf dengan bidang lain di mata dunia.

Thursday, December 16, 2010

Malam Taaruf GPTD Unisel

Bestari Jaya, 15 Disember 2010 / 9 Muharram 1432H - Malam Taaruf GPTD Unisel telah berlangsung dengan jaya di Dewan Senat dengan kehadiran daripada kepemimpinan GPTD Pusat, Pelajar Indonesia (Program pertukaran pelajar IKMI), sukarelawan baru & lama. Acara bermula dengan ucapan Presiden GPTD Unisel, Sdr Muhammad Izzat Chiairil Anuar."Terima kasih kepada sukarelawan baru yang telah memilih organisasi yang betul untuk melakukan transformasi diri & sosial", kata Izzat dengan penuh semangat. Kemudian penasihat, En Izwan Suhadak telah menyampaikan syarahan tentang konsep GPTD=(AIS=AIR)+3M sebagai sebuah gagasan untuk sukarelawan hayati.

Sdri Hdariyani Kampun, selaku Setiausaha merangkap Pengarah program telah berkongsi pengalaman dalam 3 XPDC yang pernah diikutinya iaitu XPDC HAMKA, XPDC WALI SONGO & XPDC CHENG HO. Pada malam tersebut dilancarkan Grup Ibn Battutah yang akan melaksanakan XPDC IBN BATTUTAH pada pertengahan tahun 2011. Pada akhir acara sukarelawan bersetuju untuk melaksanakan Misi Bantuan Kebakaran di Kg Rantau Panjang yang akan diketuai oleh Sdr Mohd Helmy.

Tuesday, December 07, 2010

Salam 1432H

Sunday, November 07, 2010

XPDC Wali Songo Bantu Mangsa Merapi


KLATEN, 1 November / 24 Dzul Qa'idah - Aktivis GPTD seramai tujuh orang yang sedang mengikuti XPDC Wali Songo telah berpeluang menghulurkan tangan memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana letusan Gunung Merapi.



Bantuan tenaga relawan telah diberikan melalui Global Peace Mission Malaysia (GPM) dengan kerjasama Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia (DDII) yang telah membuka Posko Peduli Merapi di Ngrancah Bumiharjo Kemalang Klaten.

Pengagihan selimut, bantal, tuala, tikar dan alas tidur kepada mangsa bagi keselesaan mereka di kawasan pengungsian adalah antara bantuan tenaga yang telah diberikan.

Kesempatan yang tidak diduga ini pasti meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila kesemua aktivis GPTD yang terlibat dapat merasakan sendiri kepayahan hidup masyarakat di negara jiran yang tinggal berdekatan garisan gunung berapi.


Antara masalah yang dihadapi para mangsa bencana ialah anak-anak mereka tidak bersekolah disebabkan sekolah-sekolah berdekatan telah dijadikan pusat pengungsian. Hanya terdapat sebuah sekolah yang dinamakan Sekolah Darurat.

Di sini aktivis GPTD akan mengadakan aktiviti menarik bagi pengisian minda dan rohani anak-anak yang berusia sekitar enam hingga 12 tahun.

Thursday, November 04, 2010

XPDC WALI SONGO PULAU JAWA


1 November 2010 / 24 Zulkaeda 1431 H -GPTD UNISEL telah berlepas ke Pulau Jawa Indonesia bagi merialisasikan program yang dirancang iaitu XPDC Wali Songo. Mereka yang dijangka berada di sana selama 2 minggu akan menggunakan sepenuh masa untuk gerak kerja mengkaji Wali Songo serta melakukan kerja-kerja kemanusiaan yang diperlukan di sana.



Seramai 5 aktivis GPTD UNISEL menyertai XPDC kali ini. Turut serta mengiringi mereka ialah Naib Presiden GPTD, Saudara Izwan Suhadak dan Exco Pusat GPTD Saudari Siti Nur Dalila. Untuk mengikuti jejak XPDC ini boleh layari blog GPTD UNISEL.

Semoga misi ini berjaya dan mendapat keberkatan dariNYA.