Saturday, January 16, 2010

Kunjungan ke Paris & Penubuhan GPTD Perancis

Paris, 16 Januari 2010/30 Muharam 1431H - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah mengunjungi Perancis baru-baru ini dalam kerangka lawatan mahabbah bertemu Gabungan Muslim Perancis (CMF) dan melawat Pusat Islam Paris. Selain itu saudara Jufitri juga turut bertemu Brother Abdul Basset;Presiden CMF, Brother Fouad Imarrine; Exco European Muslim Network (EMN) dan juga membuat perbincangan awal menubuhkan GPTD Perancis. Ikuti catatan beliau di http://gptd-spain.blogspot.com/

Friday, January 15, 2010

Presiden berkunjung ke USIM

Nilai, 10 Januari 2010 - Presiden GPTD, Muhammad Suhail Ahmad dan isteri nya selaku EXCO Publisiti, Nur Nadzifa Ahmad Azam, telah berkunjung ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat pertama kali untuk berkenalan dan berbincang dengan ahli-ahli GPTD.

USIM mempunyai dua grup utama iaitu GPTD Syria dan GPTD Maghribi. Grup ini terdiri daripada 7 dan 8 orang ahli komited yang merancang untuk memulakan eksplorasi awal ke negara projek pertengahan tahun ini.

Kunjungan awal dan terakhir sebelum Presiden kembali meneruskan misinya di China sempat memberi ruang untuk berkongsi pengalaman dan memberi pesanan bagi mengembalikan semangat dan kekuatan yang tersimpan dalam diri.

GPTD Syria diketuai oleh Sdr Shahrul manakala GPTD Maghribi diketuai oleh Sdr Hussein masing-masing mendapat bimbingan terus daripada Ustaz Rumaizuddin dan Ustaz Shamsul, selaku penggerak kuat ABIM Negeri Sembilan.

Di akhir pertemuan itu, Presiden sangat berharap agar komitmen semua ahli yang terlibat kekal kuat sehingga ke akhir hayat kerana tanggungjawab dakwah tertanggung atas kita selagi kita masih bernafas.

Dijangkakan semua ahli GPTD Syria dan GPTD Maghribi akan menghadiri 'Kem Pemantapan Jatidiri' yang bakal diadakan pada 29-30 Januari 2010. Semoga perkenalan sebentar itu menyeret diri ke pengenalan yang lebih panjang tentang kehidupan seorang pendakwah.

Monday, January 11, 2010

Kempen 1B1A: Poster 3



POSTER 3: PLEASE FLUSH AFTER USE sudah dilancarkan

Sunday, January 10, 2010

GPTD Turut Serta Dalam Misi 'Jalan-Jalan Cari Kawan' Tahun Baru 2010

Mari ikuti pengembaraan Sambutan Tahun Baru 2010


Lokasi pilihan : KLCC

Bersama kami, krew Jalan-Jalan Cari Kawan (ABIM + GPTD)

Operasi bermula

Lautan manusia di dataran KLCC

Antara belia yang didekati

Dimanakah anak-anak anda sekarang?

Celik atau tidak, itu bukan penghalang

Keheningan malam bertukar

Letupan yang dinantikan?

Transformasi manusia

Yeahh!!!

Usai misi, kita makan beramai-ramai

Sepanjang misi ini berlangsung, kami diberi tugasan supaya mengedarkan borang survey, booklet ABIM dan merakam detik-detik malam sepanjang sambutan Tahun Baru. Apa yang dapat kami simpulkan daripada pengembaraan sepanjang malam semalam adalah :

Pertama
Rata-rata belia yang keluar menyambut perayaan Tahun Baru tidak tahu sebab utama mereka menyambutnya. Pabila ditanya, mereka tidak mampu menjawab. Pelik? Itulah realiti kehidupan akhir zaman. Melakukan sesuatu tanpa mengetahui sebabnya.

Kedua
Jika anak-anak masyarakat Orang Asli tidak bersekolah disebabkan kekurangan kemudahan di kawasan pedalaman, apa pula alasan anak-anak kelahiran kota Metropolitan ini?

Ketiga
Kanak-kanak bawah umur bebas berkeliaran di tengah malam. Dimanakah ibubapa mereka?

Kesimpulan
Kalau diikutkan, sangat banyak perkara yang hendak diketengahkan di sini. Namun kami pasti, cakap saja tak guna. Mari sama-sama kita dekati anak-anak muda ini dengan cara yang berhikmah. Dekati mereka, nasihati mereka. Bukan memarahi mereka! Cubalah berada di tempat mereka.


p/s: Zaman sudah berubah, jika ingin dekati mereka, cuba ikut cara mereka. Janganlah rigid sangat ya kawan-kawan.

Saturday, January 09, 2010

Timbalan Presiden GPTD berlepas ke Syria

Dari kiri: Hakim, Firhad, Rashdan, Shazni, Akmal & Firdaus

Sepang, 9hb Januari 2010 - Saudara Shazni, Timbalan Presiden GPTD telah berlepas ke Syria untuk Misi Kembara Ilmu Syria.Insyallah dalam perancangan dia akan berada di sana lebih kurang 5 bulan. Turut meghantar beliau di lapangan terbang termasuk Pen. Setiausaha, Saudara Hakim, Exco dan staf ABIM serta rakan-rakan yang lain. Kami di GPTD mendoakan agar dipermudahkan perjalanan dan berjaya dalam misi yang dijalankan.

Selepas ini dia boleh dilawati dengan melayari http://mohdshazni.com untuk mengikuti kisah perjalanan dia sepanjang berada di sana.

Monday, January 04, 2010

Salam Solidariti Untuk Muslim Ottawa Association

GPTD telah memanjangkan salam solidariti dan perkenalan dengan umat Islam Kanada melalui Muslim Ottawa Association dan baru-baru ini umat Islam Kanada telah menganjurkan persidangan terbesar Reviving Islamic Spirit (RIS). RIS boleh dilayari di http://revivingtheislamicspirit.com/

Sunday, January 03, 2010

Hari Keluarga GPTD 2010

Tasik Titiwangsa.- Sabtu, 2 Januari 2010 - Alhamdulilah Hari Keluarga GPTD yang dirancang berjalan dengan penuh kemeriahan. Jutaan terima kasih diucapkan buat semua yang menjayakan hari yang bersejarah itu. Jom kita layan gambar sekitar hari tersebut....


~Senaman regangan otot~


~Kaum hawa~


~Santapan Pagi~

~Tiup Sampai Pecah~

~Aktiviti Berkumpulan~

~Mari Menganyam~

~Isi Air Dalam Botol~

~Lontar Getah Dalam Straw~

~fuhhhh~

~Sedikit Pengisian~

~Santapan Rohani~

~Hadiah Pemenang~


~Senyuman Kepuasan~

Semoga pertemuan yang dijalin dapat merapatkan lagi ukhwah yang dibina sehingga akhir hayat. Harapan pimpinan GPTD agar kita semua lebih berdedikasi dalam memperjuangkan misi Rahmatan Lil Alamin..


p/s: Lain-lain gambar akan di muat naik selepas ini atas sebab kelemahan talian antara jaring.

Friday, January 01, 2010

Misi Kembara Ilmu Syria




Tanggal 9 Januari 2010 ini, seorang lagi sukarelawan GPTD; Mohd Shazni Abdullah, merangkap Timbalan Presiden GPTD akan memulakan misi kembara ilmu beliau ke Syria.

Objektif utama kembara ilmu beliau adalah untuk memperkasa penguasaan Bahasa Arab disamping memperluas jalinan antarabangsa GPTD. Beliau yang akan mengembara seorang diri dijangka menetap di sana selama beberapa bulan.

Justeru itu, kepada pihak-pihak yang ingin meringankan beban misi ini bolehlah menghulurkan sumbangan ikhlas ke akaun beliau; HSBC 105-280648-025.

Beliau turut boleh dihubungi melalui email mohdshazniabdullah@gmail.com atau ditalian +6013-3923074

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar misi beliau ke Syiria ini berjaya dan senantiasa mendapatan keberkatan dari-Nya. Ameen.