Friday, November 13, 2009

Promosi khas beg laptop


GPTD sedar akan kepentingan laptop dalam kehidupan seharian para pelajar masa kini. Kadangkala kita rasa leceh dan rimas dengan beg laptop yang besar dan tak selesa sedangkan kita perlukannya untuk ke mana-mana.

Jadi, GPTD dengan ini menawarkan harga promosi khas untuk ahli GPTD seperti dalam iklan di atas.

Gambar Hiasan
  • Jika berminat, emelkan ke gptdhq@gmail.com atau sms ke 017-6144026 / 017-6665958
  • Tawaran terbuka kepada ahli dan bukan ahli dengan harga yang tertera
  • Harga termasuk kos penghantaran ke rumah anda
  • Selagi stok masih ada (jumlah stok tersedia akan dikemaskini)

STOK : 3 UNIT


STOK : 3 UNIT


STOK : 3 UNIT

STOK : 1 UNIT

STOK : 5 UNIT
(4 booked)

Thursday, November 12, 2009

Selamat Ulangtahun Kelahiran


Kami warga GPTD Pusat ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-27 kepada Sdr Izwan Suhadak Ishak, Penasihat GPTD UNISEL yang menyambut hari lahirnya hari ini.

Didoakan semoga pertambahan umur ini membawa berkat dalam perjuangan yang setia demi menyebarkan rahmat Ilahi ke serata alam dan generasi pelapis yang bawah didikannya di UNISEL menjadi kebanggaan Nabi bersama-sama dengan keluarga yang bahagia hingga ke syurga.


Juga kepada Sdr Ahmad Fahmi Mohd Samsudin yang menyambut ulangtahun kelahiran ke-22, GPTD Pusat mendoakan agar nikmat usia ini dapat dicurahkan sebanyak-banyaknya untuk umat seperti para sahabat yang dididik Nabi agar kita sama-sama dapat menyebarkan rahmat kepada alam dan didoakan agar kejayaan adalah milik anda setelah mengharungi ujian akhir semester nanti.

[GPTD kini akan memantau perkembangan diri ahli termasuk ulangtahun kelahiran melalui aplikasi Facebook. Bagi sesiapa yang masih belum menjadi rakan Facebook GPTD, diharapkan dapat berbuat demikian agar kami dapat sentiasa bersama anda]

Viva Palastina dan Yvonne Ridley




Saya bertuah dapat bersama dalam 'talk' yang telah disampaikan Yvonne Ridley bertajuk 'People, Power and Palestine'. Ini kali pertama saya bersemuka dengan beliau dan saya sempat menyerahkan kad nama (ABIM) sebagai tanda persahabatan dan jalinan kerjasama.



Di Durham ini memang subur dengan diskusi berkaitan Palestin dan Israel termasuk yang terbaru dari Prof. Bill Williamson...bacaan seterusnya di http://gptd-spain.blogspot.com

Guatemala - Nasib Bekas Koloni Sepanyol

Durham, UK- 9 November 2009 / 21 Zulkaedah 1430 - Selepas berjaya menjejakkan kaki ke Sepanyol dua kali, saya harus menyambung projek GPTD saya fasa ke-3 iaitu dengan mengenal pasti langkah seterusnya ke Amerika Latin. Amerika Latin merupakan benua yang menggunakan bahasa Sepanyol iaitu bahasa bekas penjajahnya kecuali Brazil yang menggunakan bahasa Portugis kerana penjajahnya adalah Portugis

Usaha telah digerakkan semenjak beberapa tahun lepas mengenal pasti negara Amerika Latin yang sesuai dijadikan 'entry point' GPTD termasuklah Cuba, Mexico dan Surinam.

Justeru, baru-baru ini saya menghadiri 'talk' tentang Rekod Hak Asasi di Guatemala, sebuah negara Amerika Latin di bahagian tengah benua. Seperti yang Dr. Farish A. Noor sebut selalu benua Amerika Latin amat jarang-jarang diketahui tentang keadaan sebenar mereka. Bacaan lanjut di http://gptd-spain.blogspot.com

Wednesday, November 11, 2009

Gombak- 5 November 2009 / 17 Zulkaedah 1430 - Grup Tahfiz Ashabul Kahfi telah mengadakan pertemuan dengan wakil GPTD yang diwakili oleh saudari Jihan yang merupakan salah seorang Exco GPTD . Pertemuan ini diselitkan dengan sesi pengenalan yang lebih terperinci berkenaan Grup Penjejak Muda Tamadun Dunia ini kepada ahli baru Ashabul Kahfi , saudara Azamuddin Al-Hafiz . Saudara Azamuddin yang kini menetap di Semenyih dan memilih profesion guru sebagai kerjaya disalah sebuah sekolah Sri Abim di Semenyih, betul-betul menunjukkan komitmen dan minat untuk menyertai Grup Ashabul Kahfi yang bernaung di bawah GPTD.

Pertemuan yang dihadiri oleh saudara Saiful sebagai Pengerusi Ashabul Kahfi dan saudara Hamzah ( sukarelawan AsKa untuk Projek Melbourne pada 2007 ) dan saudara Azamuddin diadakan secara santai dan terbuka di cafe bersebelahan Masjid UIA . Bermula dalam sekitar jam 9 malam dan berakhir sejam selepas itu , perbincangan diadakan secara dua hala dan memberikan ruang kepada saudara Azamuddin untuk bertanya secara langsung kepada wakil GPTD ( saudari Jihan yang ditemani seorang rakan ) dan reaksi serta hasil positif dari pertemuan dan perbincangan itu benar-benar memberikan maklumat yang tepat dan memuaskan berkenaan GPTD ini , hasil maklum balas dari saudara Azamuddin . Kredit buat saudari Jihan ( walaupun boleh diistilahkan sebagai bidan terjun menggantikan saudara Syazni yang kebetulan mempunyai komitmen lain pada malam itu ).

Ashabul Kahfi kini dalam usaha untuk memperkembangkan gelombang dakwah dipersada arus perdana dikala masyarakat yang amat dahagakan dakwah dan tarbiyyah .Seraya itu Grup Ashabul Kahfi yang ingin memperkukuhkan jentera penggerak wadah ini , memerlukan seramai mungkin Ahlul Al-quran untuk bersama memikul amanah dakwah terhadap ummat tika ini . Atas dasar tersebut , Pengerusi AsKa , saudara Saiful Islam mengadakan perjumpaan secara tidak rasmi dengan beberapa Ex-DQ yang kini menyambung pengajian mereka di USIM pada 6 sehingga 7 Oktober bertempat di Nilai . Mewar-warkan misi dan visi serta pentaarufan ringkas berkenaan Grup Ashabul Kahfi dan GPTD umumnya sebagai langkah pertama memberi pengenalan . Diperkenalkan juga blog khas AsKa dan beberapa program yang pernah disertai oleh ahli AsKa semenjak 2006 sehingga sekarang . Maklum balas yang positif diterima dari kawan-kawan dan harapan agar bertambah seramai mungkin golongan huffaz yang bersedia menginfaqkan diri di dalam perjuangan dan persada dakwah ini . Menggunakan potensi dan kelebihan yang Allah letakkan secara pinjaman pada diri masing-masing.

Semoga Ashabul Kahfi ini akan bangkit dari tidur mereka yang lama dan lena....dan memperjuangkan Agama demiNya .

Monday, November 09, 2009

Kempen 1 Bulan 1 Adab dilancarkan



Kempen 1 Bulan 1 Adab dengan ini dilancarkan oleh GPTD buat semua pemblog pada 11.11.2009. Anda akan dibekalkan dengan poster Adab setiap 11 hari bulan.

Sila kunjungi laman KEMPEN segera. Mari kita berkempen!

Kuasa penentu di tangan anda!


Dapatkan kod ikon KEMPEN ini dan letakkan di blog anda.

Saturday, November 07, 2009

GPTD @ Newcastle

Newcastle- 6 November 2009 / 18 Zulkaedah 1430 - Saudara Jufitri Joha Pengerusi GPTD telah mengunjungi Newcastle untuk membuat perbincangan tidak rasmi dengan wakil GPTD di sana. Proses perbincangan berjalan lancar bagi memastikan GPTD boleh bertapak dan bergerak di UK dan Eropah bagi mengajak lebih ramai para pelajar di sini membuat kerja-kerja kesukarelaan di pentas antarabangsa.

Wednesday, November 04, 2009

Semoga Kamil Berjaya



GPTD dari peringkat kepemimpinan tinggi ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya kepada Sdr Mohd Kamil Bin Ab Halim, koresponden GPTD di Korea yang dicalonkan sebagai Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) 2009/2010.

Pencalonan ini juga adalah satu kejayaan yang harus dipuji kerana bukan mudah untuk dicalonkan dalam PPMK yang merupakan satu persatuan besar yang mewakili semua pelajar Malaysia di Korea yang berjumlah lebih 400 ahli.

Kami mendoakan agar kejayaan seterusnya dalam memenangi kerusi Presiden PPMK menjadi milik Sdr Kamil memandangkan komitmennya yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab dapat dilihat dari prestasinya dalam Pertubuhan Briged Bakti Negeri Kelantan (BBNK) dan GPTD Kelantan.

Sdr Kamil dalam siri kempennya telah menubuhkan satu laman blog untuk tatapan umum bawah gagasannya 'Penerus Tradisi, Menyempurna Misi'. Dia juga terkenal dengan laman blog peribadinya 'Voice of Jundumay' yang mendapat hit lawatan harian melebihi 1000 orang.