Tuesday, September 09, 2008

Training of Dynamic Du'at



Announcement :

"TRAINING OF DYNAMIC DU'AT"

12th - 14th September 2008 / 12-14 Ramadhan 1429H

Kolej Dar al-Hikmah, Kajang, Selangor

Organized by : PERKIM CLUB, CFS, IIUM

In Collaboration with : GPTD, ABIM & PKPIM

Speakers :

1. Brother Jufitri bin Joha, GPTD Chairman

2. Brother Muhammad Suhail bin Ahmad, GPTD Exco

and Others.

Misi ke Turki



Pihak GPTD ingin mengucapkan selamat jalan kepada saudara Mas Darwin bin Ali atas keberangkatan beliau ke Istanbul, Turki. Misi beliau yang dijangka selama dua tahun adalah untuk menyambung pelajaran sekaligus melaksanakan misi jamaah melalui GPTD untuk mendalami ketokohan Badiuzzaman Said Nursi, mempelajari budaya setempat yang kaya dengan khazanah yang diwarisi zaman berzaman, menguasai bahasa Turki dan membina rangkaian dakwah dan jaringan belia di Turki.

Projek ini mendapat kerjasama Hayrat Foundation, Turki (http://www.hayratvakfi.org/) dan Pesuruhjaya The Union of NGOs of the Islamic World (UNIW-http://theunity.org/) iaitu Sdr. Ahmad Azam Abdul Rahman yang juga merupakan Pengasas GPTD.

Sdr. Mas akan menetap di Konya iaitu tempat persemadian Sheikh Jalaluddin ar-Rumi, seorang ahli sufi terkenal Turki.

Selamat maju jaya Mas!

Friday, September 05, 2008

ZITO ke APEEC



SERDANG, 4 Sep - Ziarah Tokoh (ZITO) telah diadakan di Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC) Universiti Putra Malaysia (UPM)pada hari ini oleh delegasi yang diketuai Pengerusi GPTD, Sdr Jufitri Joha.

ZITO pada kali ini telah memilih Prof Dr Haji Azimi Haji Hamzah sebagai tokoh untuk perkongsian pendapat dan pandangan dalam memacu pergerakan GPTD.

Sebagai Pengarah APEEC, Prof Dr Haji Azimi sangat berpengalaman dalam melatih dan merencana modul-modul yang bersesuaian dengan sikon (situasi dan kondisi) belia hari ini.

Perbincangan yang berlangsung selama dua jam tersebut lebih menekankan kepada aspek pembinaan minda dan jatidiri penggerak-penggerak belia sebelum memulakan sebarang aktiviti mengajak belia lain ke arah kebaikan.

Memahami konsep 'The Power of Invitation' amat penting dalam diri penggerak. Dengan mengajak orang lain berbuat baik, sebenarnya diri sendiri yang akan lebih terkesan ke arah itu.

Ini adalah aspek terpenting dalam diri penggerak bagi memastikan 'end product' yang dihasilkan daripada program-program adalah melahirkan lebih ramai lagi penggerak seperti mereka.

Begitu banyak input bermanfaat yang diperolehi dalam ZITO kali ini yang akan dikongsikan oleh delegasi kepada ahli-ahli dari semasa ke semasa. GPTD juga merancang untuk mengadakan perlatihan bawah bimbingan Prof Dr Haji Azimi pada masa akan datang.


Thursday, September 04, 2008

Projek Utama 2008



GOMBAK, 3 Sep - Satu mesyuarat khas telah diadakan untuk koordinasi tiga projek utama GPTD untuk tahun ini bersama Pengerusi GPTD, Sdr Jufitri Joha dengan para sukarelawan terlibat.

Tiga projek tersebut ialah Projek China yang dipelopori Sdr Muhammad Suhail Ahmad, Projek UK oleh Sdri Addawiyah Salim, dan Projek Turki oleh Sdr Mas Darwin Ali.

Projek Turki akan bermula pada 9 September 2008 manakala projek-projek lain akan menyusul pada bulan Oktober 2008. Berbanding projek China selama setahun, projek-projek lain akan mengambil tempoh yang lebih panjang iaitu melebihi dua tahun.

Untuk mengetahui perkembangan peribadi para sukarelawan terlibat, sila layari laman blog mereka tersendiri iaitu:

Temuramah UTUSAN



GOMBAK, 28 Ogos - Seorang sukarelawan sepenuh masa GPTD, Sdr Muhammad Suhail Ahmad telah dikunjungi wartawan UTUSAN, Pn Zuarida Mohyin untuk temuramah eksklusif berkenaan dirinya dan projek China.

Temuramah yang berlangsung hampir dua jam itu telah meninjau serba sedikit latarbelakang Sdr Suhail dan pengalaman-pengalamannya dalam bidang kesukarelawanan.

Sesi temuramah itu turut dihadiri sukarelawan lain, Sdri Puteri Nur Azwa Megat Mohd Yusof dan Ketua Penyelaras GPTD, Sdr Najmuddin Mohd Nawi yang bersama-sama melibatkan diri dalam perbincangan ringkas bersama Pn Zuarida.

Perbincangan ringkas yang diadakan sambil temuramah berlangsung menghasilkan beberapa kerjasama positif GPTD dengan akhbar UTUSAN. Antaranya ialah peluang rangkuman program dan penulisan artikel untuk dimuatkan dalam akhbar secara berkala.

Justeru, GPTD mengalu-alukan ahli-ahli GPTD untuk menghantar laporan ringkas atau artikel anda ke gptdhq@gmail.com untuk tujuan tersebut.

Untuk mengetahui berita selanjutnya berkenaan temuramah tersebut, sila dapatkan senaskah akhbar UTUSAN yang akan diterbitkan nanti dalam tempoh terdekat.


Wednesday, September 03, 2008

Perutusan Kemerdekaan & Ramadhan



Kemerdekaan pada tahun ini menjadi terlalu bermakna bagi umat Islam kerana ia datang sehari sebelum kehadiran bulan Ramadhan.

Seperti yang saya ungkapkan baru-baru ini di UITM Jengka ketika menyampaikan syarahan bertajuk ‘Kemerdekaan dari Perspektif Islam’ di hadapan lebih 300 pelajar bahawa, kemerdekaan yang haqiqi adalah kemerdekaan dari sudut aqidah. Iaitu berjaya membebaskan diri dari sebarang unsur syirik dan mengukuhkan keyakinan kepada mentauhidkan Allah yang Maha Esa. Kita harus berasa bahagia jika kita berjaya memahami erti kemerdekaan yang sebenar seperti yang diungkapkan oleh Dr. Muhammad Nur Manuty, Mantan Presiden ABIM dalam makalah beliau, “Islam dan Jiwa Merdeka” sebagai “..bahagialah suatu bangsa yang benar-benar memahami erti kemerdekaan”

Saya juga rasa amat berbahagia kerana dengan izin Allah berjaya menyampaikan mesej sebenar kemerdekaan kepada peserta pada malam tersebut berdasarkan maklum balas sistem pesanan ringkas (sms) yang saya terima daripada saudari Ain (Pelajar UITM Jengka) berbunyi “Pd pndpt sy, crmah tu sgt mnarik. Isu smasa yg dbncgkn dpt dlontarkn dgn kreatif. Erti kmrdekaan yg dbncngkn myedrkn sy, bhw rmaja skrg ni da kurg mghyti erti kmrdekaan mnurut islam. Rmi da trjajah dn pmkirn dn ideologi brt...”. Begitulah bunyi ayat sms tersebut.....

Bacaan lanjut di http://gptd-spain.blogspot.com


Tuesday, September 02, 2008

MISG - EVO Training Camp 2008



Dont Forget This Week!
5-7 September 2008 / 5-7 Ramadhan 1429 H

A programme specially tailored for overseas students and foundation students in United Kingdom, Ireland, New Zealand, Egypt, Russia, United State, Aussie, Indonesia and many more…

* With our speakers :

a.) Mr. Ahmad Azam Abdul Rahman
UNIW (Turkey) Commissioner


b.) Mr. Yusri Mohamad
ABIM President


c.) Mr. Jufitri Joha
GPTD Chairman


Organizer : I Transcend Human Development Sdn Bhd
Co-Organizer : ABIM - PKPIM - GPTD - MISG ABIM UK


Contact Brother Najmuddin (GPTD Coordinator)for registration
at 012-6980568

Malaysian Islamic Study Group-Evo (MiSG-Evo) Camp

During this coming blessed month of RAMADHAN… WHY DON'T YOU JOIN US???

A programme specially tailored for overseas students and foundation students...

In United Kingdom, Ireland, New Zealand, Egypt, Russia, United States, Aussie, Indonesia and many more…

With our trainers:

Sis. Mazita
BPP Dublin College, Ireland

Bro. Zawawi
Univ. of Notthingham, UK

Bro. Ibrahim
Univ. of Warwick, UK


And the special Master Trainer, Bro. Noryzal

The fee is ONLY RM 33

Let's strengthen our brotherhood for the sake of ummah..