Sunday, April 20, 2008

Perasmian Cawangan GPTD yang Pertama

Kota Bahru, 19 April 2008 - GPTD telah berjaya membuka cawangan yang pertama di Kolej Cosmopoint Kota Bahru, Kelantan. Satu Majlis Perasmian telah diadakan di kolej tersebut yang dirasmikan oleh Saudara Najmuddin (Penyelaras GPTD). Lebih kurang 30 orang ahli GPTD Cosmopoint hadir di majlis tersebut. Saudara Najmuddin juga diiringi oleh beberapa orang exco bagi menyerikan majlis tersebut.

Majlis disusuli dengan pengenalan GPTD yang disampaikan oleh Saudara Najmuddin dan persembahan video korporat GPTD. Majlis diteruskan lagi dengan perkongsian pengalaman serta memberikan tips kepada peserta tentang kepentingan hidup sukarelawan dan khidmat sosial yang disampaikan oleh Saudara Hakim menyertai Projek Eksplorasi Korea Jepun.

Insyallah program susulan akan dirancang selepas ini bagi ahli-ahli GPTD Cosmopoint Kota Bahru. Pihak GPTD juga mengucapkan jutaaan terima kasih kepada pihak GPTD Cosmopoint Kota Bahru terutama presidennya Mohd Farid dan rakan-rakan yang terilibat secara langsung atau tidak langsung dan tidak lupa juga kepada ABIM Kelantan, Briged Bakti Negeri Kelantan dan Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK).

Wednesday, April 16, 2008

KEM GEMPUR & SAKTI III

Klang, 11 - 13 April 2008 - Alhamdulillah, GPTD telah berjaya melaksanakan program "Kem Gempur & Kem SAKTI III" bertempat di Banyu Manis Eco Resort, Klang. Seramai lebih kurang 35 orang peserta dari IPTA/S termasuk urusetia bersama-sama menyertai program ini.

Program ini rentetan dari Kem Sakti yang lepas mendedahkan kepada para aktivis erti sebenar kesukarelawanan dan strategik-strategik sebelum memulakan sesuatu projek ke luar negara. GPTD turut mengundang penceramah yang tidak kurang hebatnya seperti En. Ahmad Azam (Pengsas GPTD), Jufitri Joha (Pengerusi GPTD), Saudara Noryzal (Timbalan Pengerusi), Saudara Shakir Fahmi (Aktivis ke Palestin), Saudara Helmy (Pengamal Media) dan lain-lain lagi.

Di akhir program setiap peserta diberi tugas untuk membuat program di dalam kampus supaya ia dapat diperaktikkan setelah menghadam teori semasa program.



*/ Gambar sepanjang program boleh dimuat turun dengan klik pada

Foto 1
Foto 2
Foto 3
Foto 4
Foto 5
Foto 6

Tuesday, April 15, 2008

Dakwah Training Mosque Tour



Sepang, 13 April 2008
- Salah seorang aktivis GPTD iaitu saudara Muhammad Suhail Ahmad telah berlepas ke Bahrain pada jam 3.00 pagi bagi menyertai program "Dakwah Training Mosque Tour" termasuk 14 deligasi dari Malaysia bersama-sama peserta dari luar negara. Saudara Suhail akan berada di Bahrain selama 12 hari.

Program ini mendedahkan dan mengajar kaedah berdakwah di Masjid. Kaedah yang digunakan oleh Masjid Negara Bahrain dalam menyebar dakwah melalui 'Mosque Tour' sangat berkesan dan memberi manfaat.

Thursday, April 03, 2008

KEM GEMPUR & KEM SAKTI SIRI 3

Berikut merupakan program terdekat anjuran GPTD:

i) Kem Gempur!
ii)Kem Asas Sukarelawan dan Jatidiri (SAKTI) Siri III

Tempat : Banyu Manis Eco Resort, Kapar, Klang
(berkumpul di Anjung Rahmat, Gombak)
Tarikh: 04 – 06 Rabiul Akhir 1429 / 11 – 13 April 2008 (Jumaat – Ahad)
[kedua-dua kem dijalankan secara serentak]
Yuran Penyertaan : RM 15

Kem Asas Sukarelawan dan Jatidiri (SAKTI) Siri III sepertimana 2 kem yang sebelumnya, lebih bersifat mendedahkan para peserta kepada kesukarelaan dan menerapkan nilai-nilai sukarelawan. Selain itu, para peserta juga akan ditawarkan menjadi penggerak bagi projek-projek kelolaan GPTD. Peserta disasarkan kepada mana-mana individu yang berminat.

Kem Gempur! merupakan kem susulan bagi para peserta Kem SAKTI II yang telah dijalankan November tahun lalu. Selain itu, gerak kerja lanjut berkenaan pelaksaanan projek-projek GPTD di luar negara akan dibincangkan di samping objektif utamanya, iaitu menjadikan para sukarelawan cukup lasak dalam menghadapi cabaran semasa. Sasaran penyertaan bagi kem ini adalah daripada penggerak grup berikut:

  • Grup UK

  • Grup Bosnia

  • Grup Sri Lanka

  • Grup China

  • Grup Uzbekistan

  • MYGT – Maninjau

  • AJK GPTD


Kepada yang berminat, sila serahkan nama dan nombor perhubungan ke najm29@yahoo.com atau hantarkan dalam bentuk mesej ke talian 016 - 323 5700 sebelum Rabu, 9 April 2008 / 02 Rabiul Akhir 1429.

Semua peserta dikehendaki mendaftarkan diri di Sekretariat GPTD, Anjung Rahmat, Gombak antara jam 3:00 - 3:50 petang pada hari Jumaat 11 April / 04 Rabiul Akhir. Bas akan bertolak ke kem pada jam 4:00 petang.

Sebarang maklumat, sila hubungi Sdri. Puteri di talian 016 - 323 5700 atau 017 - 25 22 396.

Tuesday, March 18, 2008

Pengerusi GPTD Di Sana Sini 2



Dalam kesibukan suasana pilihanraya, saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD meneruskan aktiviti-aktiviti belia dan kemasyarakatannya dengan menghadiri pelbagai program. Antaranya terlibat dalam menjadi moderator Bengkel Evaluasi Masalah Sosial Remaja anjuran Biro Pembangunan Sosial ABIM, menyertai delegasi Islamic Outreach ABIM (IOA) ke Singapura melawat pertubuhan dakwah di sana seperti Darul Arqam, Jamiyah, Masjid Sultan dan berkesempatan menemui dengan Timbalan Mufti Singapura iaitu SS Ustaz Fatris Bakaram yang masih muda.

Selain itu saudara Jufitri juga mengetuai lawatan ke Institut Kajian Oksidental (IKON) UKM sehingga GPTD dianggap sebagai "Friend of IKON". Saudara Jufitri juga menghadiri penutup program anjuran International Youth Centre (IYC) dan World Assembly of Youth (WAY) di Melaka yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka.

Sementera itu juga, saudara Jufitri turut dijemput menjadi panel Program Persediaan Mahasiswa Dinamik (Persada) di Kuala Pilah anjuran Pkpim. Pada kesempatan tersebut beliau telah menekankan persaingan global yang harus dihadapi oleh bakal mahasiswa di mana mereka terpaksa bersaing sesama individu di seluruh dunia di pentas terbuka. Sudah pasti persaingan ini amat sengit dan hanya yang bersedia sahaja akan berjaya. Untuk menghadapi cabaran tersebut, mereka harus 1.) be the first, 2.) be different dan 3.) continuously strive dalam apa sahaja bidang yang diceburi.

Saudara Jufitri juga telah menerima di sekretariat dua kunjungan mahasiswa daripada UIA dan UPM yang telah diberikan taklimat mengenai ABIM dan GPTD.

Saudara Jufitri juga turut serta dalam Mesyuarat Biro Antrabangsa ABIM dan Penyelaras Kawasan GPTD (Peka) yang telah membincangkan gerak kerja di peringkat antarabangsa yang antara lain memfokuskan kepada beberapa aspek gerak kerja iaitu Muslim Professional Alliance, Nusantara Peace Committee, World Congress of Muslim Philanthropy, World Council of Muslims for Interfaith Relations (WCMIR), Union of NGOs In The Islamic World (UNIW) dan World Assembly of Muslim Youth (WAMY).

Akhir sekali, saudara Jufitri yang juga selaku Naib Dipertua ABIM Rembau turut berkesempatan menghadiri 2 program anjuran ABIM Rembau iaitu menjadi pengadil untuk perlawanan futsal dan memberikan ceramah motivasi remaja dalam program Perasmian Tadarus Al-Quran dan Akademik.

Monday, March 17, 2008

GPTD ke Sunway University College



Subang Jaya, 14 Mac 2008 - Atas pelawaan Sunway University College Islamic Society (SUCI), GPTD telah ke sini untuk memberikan taklimat ringkas memperkenalkan GPTD kepada para pelajar Sunway College University dan Monash University.

Para peserta seramai hampir 60 orang telah menghadiri sesi taklimat yang pertama kali diadakan. Turut hadir ialah Puan Zurratul Ain, penasihat SUCI yang memberikan sokongan kepada aktiviti GPTD.

Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Sdr Asyraf, Presiden SUCI yang menyampaikan ucapan penghargaan kepada GPTD kerana menerima pelawaan mereka.



Seterusnya majlis dihidupkan oleh hos GPTD, Sdr Muhammad Suhail bagi memastikan agenda berjalan lancar. Gaya penyampaian taklimat kali ini adalah cara terkini GPTD untuk mempelbagaikan kaedah memperkenalkan GPTD agar ia kelihatan santai tetapi informatif.


Persembahan multimedia mempersembahkan beberapa informasi berkenaan GPTD secara ringkas sebelum taklimat penuh disampaikan oleh Sdr Jufitri Joha, Pengerusi GPTD.




Perkongsian pengalaman oleh Sdr Noryzal Zainal Abidin yang pernah berkhidmat selama 3 tahun di Australia pula disampaikan secara berselang dengan persembahan seni oleh kumpulan USRATIKA yang membawa lagu 'Jiwa Pengembara' untuk halwa telinga para peserta.

Lagu 'Jiwa Pengembara' yang berkonsep puisi ini adalah lagu tema GPTD yang sarat dengan makna bersesuaian dengan gerak kerja para sukarelawan GPTD (Lagu ini sedang berkumandang dalam blog ini).

Majlis diakhiri dengan perkongsian informasi oleh Sdr Zaid, Naib Pengerusi Kelab HAMKA yang memperkenalkan kelab ini dan membuka keahlian kepada para peserta.

Sesi soal jawab jelas menunjukkan bahawa para peserta berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan GPTD dan ingin menganggotainya.

Di samping taklimat pengenalan ini, GPTD turut membuka ruang pameran untuk tatapan para peserta. Terdapat juga jualan buku yang dikendalikan oleh Kelab HAMKA bagi memupuk minat membaca yang tinggi di kalangan ahli dan peserta.

GPTD mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada SUCI dan para peserta kerana sudi menerima kehadiran kami dengan layanan cukup baik. GPTD berharap agar para peserta dapat menganggotai GPTD bagi memberikan nilai tambah kepada diri demi manfaat masa depan.

Wednesday, March 12, 2008

Makluman terkini

Berikut adalah program-program terkini anjuran GPTD untuk makluman semua:
  • Taklimat GPTD di Kolej Sunway

  • Wacana HAMKA Siri 2
Sila layari laman Pengumuman (Announcement) untuk maklumat lanjut.

Thursday, March 06, 2008

ZIGO: Ziarah KE IKON

Bangi, 27 Feb 2008 - Bertempat di Institut Kajian Oksidental (IKON) UKM Bangi. GPTD telah mengadakan lawatan sambil belajar bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang aktiviti yang telah di jalankan oleh IKON. Ia telah ditubuhkan pada 1 Oktober 2003 dan juga merupakan Institut Penyelidikan yang top-down dan terkenal dengan kajiannya. IKON juga adalah institut pengajian tentang peradaban barat di seluruh dunia dan juga perspektif dalam luar wilayah oksidental.GPTD juga berpeluang mengenali IKON dengan lebih mendalam dan pada masa yang sama GPTD telah membentangkan aktiviti –aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun ini. Dalam pada itu GPTD juga berkesempatan bertemu dengan Prof.Dr.K.S.Nathan yang dilantik sebagai ketua KAMERA atau di kenali sebagai Pusat Kajian Amerika. Pusat Kajian Amerika(KAMERA) telah di tubuhkan pada 1 April 2007. Oleh itu banyak manfaat yang telah kami terima ketika di IKON.