Pada 5-6 Mei 2007 bersamaan 17-18 Rabiulakhir 1428, 5 warga ABIM
termasuk Pengerusi dan Ketua Penyelaras GPTD telah terlibat sebagai panel penceramah bagi memenuhi agenda pengisian Seminar Ketamadunan Islam dan Cabaran Mahasiswa yang telah diadakan di Institut Agama Islam Negeri, Medan, Indonesia. Seminar ini telah dirasmikan oleh Consul General Malaysia di Medan, En Fauzi Omar.Seramai hampir seratus orang mahasiswa yang melibatkan para pelajar dari Malaysia, Indonesia dan Thailand yang menuntut di 3 buah institusi pengajian tinggi iaitu Universitas Negeri Medan, Universitas Sumatera Utara dan Institut Agama Negeri Medan telah menyertai seminar yang diadakan selama 2 hari ini. Para peserta kebanyakannya menuntut dalam jurusan agama dan kedoktoran. Para peserta telah didedahkan dengan beberapa isu cabaran dan pengajaran ketamadunan, peranan mahasiswa didalam membentuk tamadun khaira ummah serta berkongsi pengalaman mengenai kerja-kerja khidmat masyarakat dan bantuan kemanusiaan Seminar yang telah dijayakan ini adalah hasil kerjasama dari Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia dengan Angkatan Belia Islam Malaysia.



Selepas itu saudara Jufitri Joha bergegas ke Lyon, Perancis untuk menghadiri Mesyuarat tahunan Gabungan Muslim Perancis (Collectif des Musulmans de France (CMF)) pada 8-9 April 2007 / 20-21 Rabiulawal 1428H. Program tersebut diadakan di sebuah kawasan peranginan dan pergunungan 150 km ke Selatan Lyon. Saudara Jufitri telah membentangkan pengalaman dakwah ABIM di Malaysia. Turut sama membentang pengalaman dakwah ialah Sheikh Abu Bakr Fofana dari Ivory Coast dan Sheikh Mbye dari Senegal. Seramai 40 orang wakil-wakil negeri di Perancis telah menghadiri program ini. 2 pelajar Malaysia di Perancis tutut hadir sebagai peserta yang mewakili ABIM dan menjadi penterjemah atas undangan saudara Jufitri Joha.
08 Februari 2007, Anjung Rahmat - Tepat jam 9.30 malam di Bilik Mesyuarat GPM, Wacana Islam di German telah berlangsung dan disampaikan oleh Dr. Mohd Farid Shahran tentang perkongsian pengalaman, perdebatan, dialog yang beliau hadiri di sana dikongsikan kepada kami. Beliau sebagai wakil ABIM dan di antara Islam dan Kristian di German.



