Tuesday, July 26, 2005
Taklimat GPTD di KDH
Thursday, July 07, 2005
Seminar Zheng He
Seramai 4 orang ahli Grup Pengkaji Tamadun Dunia telah menghadiri Seminar Zheng He yang telah berlangsung di The Mines Resort.Tiga orang pembentang telah membentangkan kertas kerja termasuk salah seorang Proffesor dari Universiti Beijing.Seminar ini diadakan sempena hari ulangtahun ke 600 tahun pelayaran ke barat oleh ahli pelayaran yang terulung China iaitu Laksamana Zheng He.
Di antara tahun 1405 dan 1433 Zheng He telah melakukan pelayaran yang disertai oleh 27,800 anak kapal,lebih daripada 200 buah kapal dengan kapasiti kapal yang terbesar seberat 2,500 tan.
Seminar seperti ini bertujuan mendedahkan kepada masyarakat bahawa ekspedisi yang dilakukan oleh Zheng He telah berjaya menjalinkan hubungan dagangan dan diplomatik dengan lebih 30 buah negara.
Lebih-lebih lagi,sejarah telah menukilkan bahawa Zheng He telah memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan hubungan diplomatik di antara Kerajaan Melayu Melaka dan China pada waktu itu.Semoga ahli-ahli GPTD dapat menyuntik semangat Laksamana Zheng He dalam usaha untuk menyebarkan misi 'rahmatan lil 'alamin'.
Wednesday, July 06, 2005
Rihla Ibn Battuta
Ibn Battuta was a traveler and a writer back in the Middle Ages. His journeys and his accomplishments were similar to another person that you have probably heard of -- Marco Polo. Marco Polo's name appeared in history books everywhere, and he became famous. Ibn Battuta was not famous for a long time.
Ibn Battuta was born in 1304 in Tangier, Morocco. He was brought up as a Muslim. One thing that Muslims believed in was going on a pilgrimage, called a hajj, to the city of Mecca. When he was 21 years old, Ibn Battuta decided that it was time for his first pilgrimage. He set out for Mecca. Along the way he joined a group of other travelers for safety.
Battuta must have enjoyed traveling, because, after he finished his visit to Mecca, he just kept on traveling. Battuta kept traveling for 30 years!
During those years he returned to Mecca several more times, but he also visited many more places in Europe, Asia, and Africa. He visited all of the large Muslim empires of his time.
The places where Battuta traveled included the country of Spain, the Mediterranean Sea, the north coast of the continent of Africa, the Red Sea, the Nile River, the Pacific Ocean, much of Africa's East Coast, the Indian Ocean, India, China, much of East Asia, the Middle East, and parts of Russia. All together, he traveled about 75,000 miles, even farther that Marco Polo!
Like Marco Polo, Ibn Battuta kept records of interesting sites from his journey. He recorded how people lived and new ideas that he learned from them. Also like Marco Polo, Ibn Battuta dictated stories to a writer who could turn them into a good book after he returned. Battuta's book was called Rihla, or My Travels.
Friday, June 10, 2005
TASMANIA dan Saudara Noryzal....
Atas semangat untuk melahirkan sukarelawan muda yang adventurous dan tahan lasak, Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD)dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengorak langkah menghantar seorang sukarelawan muda ke Hobart, Tasmania iaitu satu wilayah di selatan Australia. Sukarelawan muda yang dimaksudkan itu ialah saudara Noryzal Zainal Abidin.
Tujuan penghantaran beliau ke sana adalah untuk membantu kerja-kerja khidmat sosial dan dakwah di sana bagi memastikan Nur Islam dan Rahmat Allah tersebar ke serata pelusuk alam maya ini tidak terkecuali Hobart. Usaha pemergian beliau ke sana mendapat kerjasama padu dari Global Peace Mission (GPM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Selain itu, program ini adalah dalam kerangka untuk mendedahkan sukarelawan muda ke dunia luar yang lebih lebih mencabar, menimba ilmu dan pengalaman serta memberikan peluang berkhidmat untuk masyarakat luar negara. Saudara Noryzal mendapat bimbingan secara langsung daripada Presiden ABIM sendiri iaitu Encik Ahmad Azam Abdul Rahman dan dari Regional Islamic Da’wah Council of Southeast Asia and the Pacific (RISEAP).
Saudara Noryzal, merupakan graduan jurusan ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) tahun 2003. Beliau yang merupakan anak jati Johor Bahru ini masih bujang dan baru sahaja mencecah umur 25 tahun pada bulan Januari yang lepas. Semasa di alam universiti dahulu beliau amat aktif dengan program-program khidmat sosial dan kemasyarakatan. Sebelum beliau berkhidmat di Hobart, beliau pernah berkhidmat sebagai imam dan aktivis sosial di Pulau Krismas, Australia hampir selama setahun.
Di Hobart, beliau memegang Temporary Resident Visa yang membenarkan beliau tinggal lama untuk berkhidmat di sana. Beliau bertindak menjadi imam masjid, membantu kerja-kerja landskap masjid yang baru dibina di sana di samping membuka kelas penghayatan agama kepada masyarakat Islam di sana. Bermula dengan hanya 9 pelajar, berkembang menjadi jumlahnya sekarang kepada 45 orang pelajar. Masyarakat Islam Australia memang dahagakan ilmu agama cuma masalahnya di sana menurut saudara Noryzal ialah masalah kekurangan Imam untuk membantu mereka memimpin masyarakat dalam masalah agama dan institusi masjid. Antara tempat dalam Australia yang memerlukan Imam adalah di Rockingham (Perth), Adelaide, Darwin, Townsville (Queensland) dan Alice Spring. Semua ini memerlukan imam muda yang sanggup berkhidmat selama setahun atau lebih dan mempunyai kemampuan untuk memimpin dan menyantuni masyarakat Islam di sana dengan baik dan berkesan.
Berikut disertakan sebuah coretan ringkas saudara Noryzal yang kini berada nun jauh di negeri orang:
”.............Sepanjang berada di Australia, saya fikir Tasmania merupakan daerah yang terindah jika ingin dibandingkan dengan daerah-daerah yang lain yang pernah saya kunjungi. Panoramanya yang mempesona dengan suasana persekitarannya yang nyaman, benar-benar menenangkan. Namun, kehadiran saya ke sini bukanlah untuk tujuan menilai keindahan pribuminya, tetapi meneruskan misi da’wah ke atas diri yang masih dalam usaha mencari diri sendiri. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Banyak yang saya baru pelajari sewaktu berada disini. Sememangnya Allah itu Ar Rahman dan Ar Rahim. Saya mula menjejakkan kaki ke bumi Tasmania pada 1 Januari 2005, jam 8 pagi. Ketibaan saya disambut oleh Presiden Tasmanian Muslim Association (TMA), merangkap Imam masjid Hobart, Tn Hj Sabri Samson. Kali pertama saya bertemu dengannya sewaktu menghadiri persidangan AFIC sewaktu di Sydney. Beliau merupakan bekas pelajar sekolah Alam Shah dan berhijrah ke Tasmania sebagai pelajar. Dia merupakan pelajar yang terpilih sewaktu kerajaan melancarkan Colombo Plan untuk para pelajar dari Malaysia. Setelah menamatkan pengajiannya di peringkat sarjana, beliau terus bekerja menjadi guru sekolah di sini dan kini sudah pun bersara. Beliau berasal dari Sijangkang, Klang. Setelah menetap dirumahnya selama 3 hari, saya menumpang selama sebulan di sebuah rumah penduduk tempatan yang bersebelahan dengan masjid. Keluarga tersebut berasal dari Sudan. Saya dikenalkan dengan seorang pelajar dari Malaysia yang mana menjadi teman rapat saya sepanjang saya berada disini dan dia merupakan Presiden MASCAR ( Malaysian Student Council of Australia ) . Saya kemudiannya berpindah ke sebuah bekas bilik operasi kontraktor binaan yang kemudiannya menjadi setor masjid. Setelah berada disitu selama sebulan, saya kemudiannya berpindah ke rumah sewa yang lebih selesa. Perjalanan da’wah disini masih dalam peringkat awalan dimana tidak banyak yang dapat saya lakukan. Namun walaupun begitu, cabarannya tetap ada. Disini saya berhadapan dengan masyarakat yang berasal dari pelbagai latarbelakang dan mempunyai kefahaman agama yang pelbagai. Kali pertama saya diuji ketika ingin menyambut Ai’dil Adha dimana saya diminta untuk menyelesaikan masalah penetapan tarikh hari raya korban pada tahun ini. Sebenarnya, tarikh untuk menyambut Aidil Adha telah pun ditetapkan oleh Imam tempatan pada hari Jumaat, bersamaan 10 Zulhijjah. Namun disebabkan kerajaan Arab Saudi pula menetapkan hari Arafah pada 9 Zulhijjah, maka ada segelintir ahli masyarakat yang meminta supaya Imam tempatan mengubah tarikh mengikut keputusan kerajaan Arab Saudi.........”
Demikian secebis pengalaman menarik beliau di sana. Kita berharap agar lebih ramai anak muda mengikuti jejak langkah beliau yang sanggup berkorban dan berjuang di jalan Allah demi memastikan umat Nabi Muhammad S.A.W. ini merasai nikmat dan manisnya ajaran agama yang suci ini. Beliau bercita-cita untuk terus menetap di sana seperti mana yang dilakukan oleh pendakwah-pendakwah Islam sebelum ini yang menetap dan berkahwin dengan penduduk setempat demi memastikan ajaran Islam berkembang ke setiap inci tanah bumi Allah ini. Amin......
Thursday, June 02, 2005
Khidmat Sosial dan Kajian Ketamadunan di Kemboja dan Turki
Mohd Ridzuan yusof
Anas Jaafar
Rasunah Abd Hamid
Norhidayah Ismail
Laporan hari pertama (31 mei 2005)
- Bertolak dari Malaysia pada jam 9.30
- Selamat sampai di kemboja pada jam 10.30(waktu di kemboja)
- disambut oleh Dr. sos mohsein, Dr sulaiman, dan karim / terus selesaikan urusan di kastam.
- Sos mohsein membawa kami ke pejabat mufti, di mana tempat penginapan pertama kami di kemboja.
- Diperkenalkan dengan beberapa staf yang bekerja di pejabat mufti, antaranya raihan fudly, rozali,
- Berehat pada jam 11.00 dan dijamu dengan nasi ayam kemboja.
- Jam 2.00 petang, kami telah dibawa ke kedutaan. Alhamdulillah sambutan terhadap program menggalakkan.
- Pulang pada jam 4.30, sempat singgah di salah sebuah pasar disini untuk "survey" tempat untuk pertukaran wang
- Sampai di pejabat, anas dan wan telah diajak untuk pergi bersiar di sekitar Bandar Phnom Penh dengan menaiki motorsikal
- Jam 7.30,bersiap untuk berjumpa dengan mufti, sos mohsein, wakil mahasiswa Islam, serta pegawai-pegawai pejabat mufti ( mereka menghadiri dialog antara agama pada sebelah pagi) bagi membincangkan tentang perjalanan program dan aktiviti yang boleh dilakukan disana,
- Terdapat beberapa aktiviti yang perlu dirombak.
Tambahan:
-Disini kami menerima sms, panggilan telefon, sms YM dari Malaysia, tetapi kami tidak dapat menghubungi keluar melalui telefon bimbit.
TURKI
Najmuddin Mohd Nawi
Mujahed
HARI PERTAMA (27 MEI 2005 / 18 RABIUL AKHIR 1426)
Bertolak dari Anjung Rahmat jam 6.00 pg
Berlepas dari KLIA jam 9.00 pagi dengan menaiki pesawat Airbus A330-200 Malaysia Airlines
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Attaturk, Istanbul jam 3.00 ptg waktu tempatan; suhu 23C (8.00 mlm waktu Malaysia)
Selesai urusan di kaunter imigresen & mengambil bagasi jam 3.40 ptg
Disambut oleh Sdr. Ersin & Sdr Mustafa
Tuan Presiden, En Ahmad Azam & Sdr. Hilmi dibawa ke Hotel (laporan selanjutnya sila rujuk Sdr Hilmi)
Najmuddin & Mujahedd dibawa ke Persatuan Solidariti Sosial dan Ekonomi Negara-negara Pasifik (PASIAD) dan diperkenalkan dengan staf PASIAD
Kami dijamu dengan makanan Turki di restoran Bezm-i Alem
Solat jama’ taakhir Asar & Zuhr di musolla bangunan pejabat PASIAD
Jam 5.30 petang, beramah mesra dengan ahli Lembaga Pengarah PASIAD, Sdr. Ferhan Merter di pejabat pengarah
Jam 6.30 ptg, kami dibawa ke apartmen oleh Sdr Salih dari Zamboanga City, Filipina. Beliau hadir ke Istanbul untuk mengikuti kursus bahasa Turki selama setahun. Kami dimaklumkan jarak Masjid Sultan Ahmet (Masjid Biru) hanya 30 minit berjalan kaki dari tempat kami (+ 2km).
Kami makan malam jam 10.30 malam dan tidur pada 11.30 malam (suhu 15C)
Waktu solat:
Subuh : sekitar 4.00 – 4.10 pagi
Zuhur : sekitar 1.00 – 1.15 tgh hari
Asar : sekitar 5.00 ptg
Maghrib : 8.30 mlm
Isyak : 10.00 mlm
HARI KEDUA(28 MEI 2005 / 19 RABIUL AKHIR 1426)
4.00 pg: Bangun & Solat subuh
9.30 pg: Bergerak ke PASIAD untuk sarapan & berbinang dengan Sdr Ismail
10.00 pg: Berbincang dengan Sdr Ismail mengenai GPTD Turki dan PASIAD
Bersarapan bersama staf PASIAD
Mengemaskini weblog GPTD Turki dan menghantar laporan kepada Penasihat, Penyelaras, dan yahoogroups GPTD & PKPIM
2.00 ptg: dibawa oleh Sdr Ismail menaiki komuter dari Haseki ke Sultanahmet [Laluan: Haseki-Yusufpasa-Aksaray-Laleli Universitesi-Beyazit Kapalicarsi-Cemberlitas-Sultanahmet]
+15 minit kemudian tiba di Masjid Sultan Ahmet (Masjid Biru). SubhanaLlah! BESARNYA MASJID!!!
Solat jama’ Zuhur-Asar dan melawat sekitar Masjid Biru
Melintasi Haiga (Aya) Sofya untuk ke Istana dan Muzium Topkape (Topkapi)
Melawat dewan yang menempatkan barangan peribadi Rasulullah S.A.W. (tapak kaki Rasulullah, helai janggut, jubah, gigi yang patah, cap mohor, surat asal Baginda kepada pembesar Qibti, 2 bilah pedang Baginda, busur panah & sarung); pedang: Ja’far ath-Thoyyar r.a., Uthman bin Affan r.a., Khalid al-Walid r.a., Abal-Husin r.a.; kunci Kaa’bah (zaman Rasulullah dan yang kemudian); sebahagian pintu Kaabah (zaman Rasulullah); pemegang / sarung Hajar al-Aswad (diwujudkan ketika zaman Daulah Uthmaniyyah); replika Qubah as-Sakhra (hadiah ulangtahun keputeraan kepada Sultan Abdul Hamid II daripada Patriarch Jerusalem)
+5.00 ptg tiba di PASIAD
Bersiar-siar di sekitar apartment sehingga ke Masjid Jamek Hirkai Sharif
Solat jama’ Maghrib-Isya’ di apartment & makan malam
HARI KETIGA (29 MEI 2005 / 20 RABIUL AKHIR 1426H
Bangun & solat subuh.Kemaskini laporan
Bantu Sdr Salih & Sdr Ismail sediakan sarapan
12.45 tgh hr: keluar daripada apartment
+1.30 tgh hr: tiba di stesen komuter Eminonu [Laluan: Yusufpasha-Aksaray-Laleli Universitesi (Universiti)-Beyazit Kapalecharshe (Kapalicarsi)-Chemberlitash (Cemberlitas)-Sultanahmet-Gulhane-Sirkeci-Eminonu]
Solat Zuhur & Asar di Masjid Jamek Baru (Yeni Cami)
2.15 ptg: tiba di pelabuhan feri Eminonu (Selat Bosphorus)
3.30 ptg: feri memulakan perjalanan menyelusuri Selat Bosphorus (Bosphorus Tour)
Berkenalan dengan beberapa orang kenalan baru; ucapan penganjur; persembahan kebudayaan: Thailand; makan tengah hari
7.00 ptg: Kembali ke pelabuhan Eminonu
7.10 ptg: Menaiki komuter pulang dari stesen Eminonu ke Haseki
7.40 ptg: Tiba di apartment
8.10 mlm: Sdr Hendri (Indonesia) tiba dari lapangan terbang
10.00 mlm: Makan malam
11.00 mlm: Perbincangan mengenai borang soal selidik & strategi mengumpul maklumat
HARI KEEMPAT (30 MEI 2005 / 21 RABIUL AKHIR 1426)
Bangun & solat Subuh. Hari kedua tidur tanpa selimut, nampaknya saya sudah semakin biasa dengan keadaan di sini.
Kami masih tidak mendengar kabar dari cik azam dan abg hilmi walaupun jarak dipisahkan hanya sejauh 500 m. Mereka akan bersama kami pada 31hb.
10.45 tiba di pejabat PASIAD dan terus mengemas kini laporan, check email dan sempat bertanya kabar kepada sahabat di Malaysia menggunakan Yahoo Messenger.
Hari ini kami di maklumkan Bro. Ayub akan menemani kami melawati beberapa tempat di Turki. Bro. Ayub adalah pelajar Turki yang menuntut di UIA.
Bro. Ayub tiba pada jam 2.25 ptg (waktu Turki) dan membawa kami ke Money changer dan terus menaiki bas ke Ayub Sultan dari Aksaray.
Solat zohor di Masjid Ayub Sultan, masjid yang penuh sejarah. Dikatakan oleh penduduk tempatan masjid ini mempunyai kelengkapan mengesan gempa bumi pada zaman pemerintahan Uthmaniyyah.
Selepas solat kami sempat melawat makan Ayub Sultan sebelum makan tengah hari
Melawat beberapa tempat di sekitar Ayub Sultan termasuk bazaar di sana. Kami semapat membeli beberapa buah buku menarik.
5.25 ptg kami kembali ke Masjid Ayub Sultan untuk solat asar. Di Turki, kebanyakkan masjid masih mengekalkan tradisi lama, yakni berzikir beramai-ramai.
5.40 kami kembali ke Aksaray menaiki bas dan dari Aksaray berjalan kaki ke Beyazit Kapalecarshe (Bazar berbumbung bayazit).
Kami tidak sempat masuk ke bazar tersebut kerana kekurangan masa. Hanya sempat menghabiskan masa di bazar berdekatan dengan Istanbul Universitesi.
Jam 7.25 : sampai di tempat menginap (apartment).
Malam nie kami makan nasi yang dimasak melalui rice cooker yang di bawa oleh mas Hendri dari Indonesia. Di sini memang susah nak mendapatkan sebuah rice cooker.
Solat maghrib bersama pada jam 8.40
11.10 mlm : update laporan sambil mendengar ceramah dari anak murid said nursi
Sunday, May 29, 2005
YPEIM and IIUM program to Aceh
Alhamdulillah, thank you to Allah. After 10 days been in Kabupaten Aceh Besar, Aceh; our representatives from PKPIM and GPTD who were invited by Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YPEIM), have landed safely in Malaysia Royal Military Airport, Subang on 28th May 2005. They are Muhammad Suhail Ahmad and Mohd Haidir.
YPEIM was in a mission of distributing logistic needs and collecting data of Aceh orphanage who now study in ponpes (pondok pesantren). Our representatives had been divided into two ponpes for motivational programme led by International Islamic University Malaysia (IIUM) students.
They are three ponpes that they are focusing at namely Babul Maghfirah, Daruz Zahidin, and al-Falah. Meanwhile, ponpes Babun Najah is also included is it's a branch of Babul Maghfirah.
Most of tsunami victims (orphanage) were positioned at Daruz Zahidin which its population has increased from 50 santri (students) to 120 santri. Most of them are in SD (Sekolah Dasar = Sek. Ren.) and SMP aged between 9 to 16 years old.
Teaching English and Arabic is the main need by ponpes. The method of teaching by our reprenstatives and IIUM students were praised by ponpes teachers because it made students eager to learn and encouraged to speak up as well as remembering new words in a short period of time. Motivational games and songs are very attractive and effective way of learning.
A hope from ponpes teachers : Please make it as a long term project as to polish up the dignity of muslim community in Aceh which has been shadowed by the fear and tough-and-hard life. This should be started from Acehnese young muslim especially those who has nobody in their lives.
Wednesday, May 04, 2005
The Arrival of GPTD delegation to Mecca
The delegation has arrived safely at KLIA on 29th April 2005 after completing their research on the socio-cultural life of Malays in Mecca. The delegation was led by Jufitri Joha and the other members are:
Mohd Raimi Abdul Rahim
Khairul Nizam Zainan Nazri
Intan Noradlin
Fadliana Saman
Mohd Khairuddin Md. Nor
Sharul Rizan Noranizan
Mohd Hilmi Ramli
Usamah Mat
Mohd Rashidi Mustafa Kamal
Mohd Kamarul Ariffin Mohd Wafa
Before coming back to Malaysia, they have experienced a lot of challenges which educate them more on understanding other races culture and characters in the world. Fortunately, one of the member who should be having his marriage ceremony on 1st May 2005 had been arranged to arrive earlier than the others. For the others, they had more experience there in managing their tickets with Qatar Airlines.
GPTD would like to show our condolence to one of the member who should be in malaysia on 26th April 2005 for her practical study because of the difficulty happened that can't be adjusted. GPTD pray to Allah that all the difficulties experienced would be rewarded by Allah with 'something' that no one would expect.
Thursday, April 28, 2005
Delegasi ke Phuket Selamat Tiba
Tanggal 13hb April hingga 21hb April yang lalu, Kem Bahasa Melayu telah diadakan di Kampung Borea, Phuket, Thailand. Program ini adalah hasil usaha penduduk kampung dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) dan Grup Pengkaji Tamadun Dunia(GPTD). Program ini disertai oleh enam orang aktivis GPTD dan dua orang staf ABIM; Mohd Shakir Fahmi Fakhrulrazi selaku ketua kumpulan, Ainul Syahidah Abdul Aziz, Mohd Faisal Maksom, Raja Nurbaizura Raja Ibrahim, Bibi Rohana Mohamed Shah, Mohd Nadmin Ramlan, Muhammad Sukri Mustafa dan Mohd Akhmal Mohd Noor.
Peserta Kem Bahasa Melayu ini disertai oleh anak-anak penduduk Kampung Borea dan kawasan berdekatan. Program bermula pada 16hb April. Tiga hari iaitu dari 13hb April sehingga 15hb April dipenuhi dengan perbincangan bersama penduduk kampung, beramah mesra dan mengkaji kehidupan orang Melayu di Phuket. Cabaran awal yang perlu ditempuhi ialah masalah komunikasi. Kebanyakan penduduk Melayu di sini tidak mahir bertutur dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa InggerÃs. Manakala kami pula tidak pandai bertutur dalam Bahasa Thailand. Namun semua ini dapat diatasi sedikit demi sedikit.
Kem Bahasa Melayu bermula secara rasmi pada 16hb April. Seramai 23 orang telah mendaftarkan diri. Mereka berumur sekitar 13 hingga 19 tahun. Mereka telah dibahagikan kepada dua kelas bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Pada sebelah pagi, peserta belajar secara formal di dalam kelas. Selepas waktu Zohor, pembelajaran diteruskan dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik bagi mengukuhkan penguasaan Bahasa Melayu mereka. Selepas Asar, program diteruskan dengan aktiviti riadah. Ulangkaji diadakan pada waktu malam sebaik selesai solat Isyak. Selain mengajar Bahasa Melayu, kami secara tidak langsung turut mempelajari Bahasa Thailand.
Alhamdulillah walaupun cuma lima hari, peserta Kem Bahasa Melayu ini, dapat menguasai dengan baik apa yang kami ajarkan. Perkara asas dalam pertuturan seharian seperti bertanya khabar, berkenalan, dan memperkenalkan diri dapat mereka fahami Masa yang lebih panjang diperlukan agar mereka dapat bertutur dengan fasih dalam Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka.
Program ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan awal Bahasa Melayu kepada peserta khasnya dan penduduk kampung amnya. Program susulan yang lebih berkesan akan disusun bagi memastikan generasi muda Melayu di Phuket, tidak melupakan Bahasa Melayu.





