Monday, August 25, 2014

Jamuan Aidilfitri GPTD & GPM Meriah

24 Ogos 2014 - Jamuan aidilfitri bersama dengan rakan sinergi GPTD iaitu Global Peace Mission telah dihadiri lebih kurang 100 orang. Turut hadir pada majlis tersebut antaranya Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan.



Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir. Mohon ampun dan maaf segala kekurangan sepanjang majlis dan perkenalan kita semua. Semoga Allah merahmati segala usaha yang dilakukan.

Saturday, August 16, 2014

Ziarah Keluarga Pulau Kokos


15 Ogos 2014, Seremban - Majlis jamuan meraikan kedatangan keluarga dari Pulau Kokos, Australia ke Malaysia. Jamuan telah diadakan di rumah senior GPTD Pulau Kokos, sdr Kamarul Ariffin di Seremban. 

Turut hadir sdr Shazni, imam muda yang pernah berkhidmat selama 3 bulan di sana. Mereka turut bercerita tentang keberjayaan 5 orang aktivis yang masih menjalankan aktiviti di sana.



Thursday, August 14, 2014

ZITO Bersama Ustaz Hasrizal


13 Ogos 2014, Bangi - Ziarah ke teratak Penasihat GPTD (Kajian & Ketamadunan), ustaz Hasrizal Abd Jamil membincangkan format latihan sejarah yang seronok.


Di samping itu juga ustaz berkongsi cerita dan hasil dapatan daripada seminar Asal Usul Melayu yang beliau hadiri baru-baru ini.


Wednesday, August 13, 2014

Ziarah Tokoh (ZITO) Dewan Bahasa dan Pustaka

Kuala Lumpur, 11 Ogos 2014 - Ziarah Tokoh (ZITO) ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersama Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan tengah hari tadi.


Ziarah kali ini adalah untuk menyerahkan watikah perlantikan secara rasmi kepada datuk sebagai penasihat GPTD (Bahasa & Tamadun Melayu). GPTD sangat berbesar hati menerima pandangan dan nasihat berkaitan projek-projek yang GPTD lakukan di samping peluang kerjasama seperti penyelidikan, penerbitan dan siri wacana tentang tamadun.

Jom Baraan 5 Meriah


Muar, 9 Ogos 2014 - Seramai 33 orang peserta daripada seluruh negara menuju ke Muar untuk menyaksikan sendiri tradisi buadaya Jom Baraan atau marhaban yang berada di Johor. Sebanyak 5 buah rumah telah dikunjungi. 

Program yang dimulakan setiap rumah dengan selawat dan doa. Selepas itu diikuti dengan hidangan jamuan yang telah disediakan tuan rumah. Peserta yang hadir kagum dengan keramahan tuan rumah yang menerima kehadiran peserta walaupun baru kali pertama bertemu.



Jamuan Aidilfitri FGN

Sri Gombak, 6 Ogos 2014 - Jemputan bersama pengasas GPTD, Tn Hj Ahmad Azam dan isterinya, Puan Nur Azlina di Majlis jamuan aidilfitri di pejabat baharu Future Global Network (FGN) Sri Gombak.


Hampir sebulan perpindahan pejabat dari pejabat lama yang terletak di Anjung Rahmat, Gombak. Terima kasih atas jemputan dan juadah yang disediakan.