Thursday, March 13, 2014

Himpunan Relawan @ Negeri Sembilan Selesai

8 Mac 2014, Paroi - GPTD telah meneruskan Jelajah Malaysia 2014 kali ini ke Negeri Sembilan. Program yang diadakan di Kompleks Belia & Sukan (KOMBES) Paroi, Negeri Sembilan telah mendapat kerjasama daripada Pejabat Belia & Sukan daerah Seremban & Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sembilan.

Program dimulakan dengan sesi bedah buku Ahmad Ammar oleh Sdr Muhammad Suhail, Presiden GPTD menerangkan serba sedikit tentang kisah hidup Ahmad Ammar dan isi yang paling ditekankan ialah peribadi & sikap baiknya yang boleh kita contohi. Selepas itu program diteruskan dengan ucapan perasmian oleh En Mohamad Rosdi Mahmod, Pegawai Jabatan Belia & Sukan daerah Seremban. Beliau turut menekankan aspek kepentingan kesukarelawanan dalam diri belia.


Selesai perasmian program disusuli dengan sesi Himpunan Relawan yang memberikan penerangan lebih jelas tentang GPTD kepada peserta yang hadir pada hari tersebut. Alhamdulillah dalam himpunan tersebut perbincangan Diskusi Grup (DG) telah dijalankan bersama ketua mentor bagi Negeri Sembilan iaitu Sdr Kamarul Ariffin Wafa.



Pihak GPTD mengucapkan selamat datang ke GPTD kepada semua ahli yang telah berdaftar dan mendapatkan pasport keahlian peringkat Negeri Sembilan. GPTD juga merakamkan jutaan penghargaan kepada semua pihak & penaja yang menjayakan program ini.

GPTD masih lagi membuka peluang kepada pihak & penaja yang bermiant untuk menaja GPTD Jelajah Malaysia ke negeri-negeri yang lain. Maklumat lanjut boleh hubungi sekretariat di 0178966649.

Friday, March 07, 2014

GPTD JELAJAH MALAYSIA 2014 @ NEGERI SEMBILAN



GPTD akan meneruskan program Himpunan Relawan dalam siri jelajah ke seluruh negara kali ini akan ke Negeri Sembilan seperti butiran berikut:

Tarikh: 8 Mac 2014 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat: Kompleks Belia & Sukan (KOMBES) Paroi, Negeri Sembilan

Di dalam program tersebut sesi bedah Buku Ahmad Ammar akan dijalankan pada sebelah pagi. Penyertaan adalah percuma. Bagi yang ingin sertai GPTD sebagai ahli dan mendapatkan pasport GPTD boleh berbuat demikian dengan yuran RM30.00 sahaja selepas sesi penerangan.

Oleh itu dijemput kepada semua yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang GPTD boleh hadir di himpunan relawan @ Negeri Sembilan.